Assalamua’laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,
Hari ini, ceritanya pendek sahaja…sambungan keterujaan mengutip biji
saga…Kali ini tidak teruja sangat, kerana telah ramai yang tahu itu pokok saga,
dan mereka juga mengutip biji saga.
Tidak mengapa, kerana kami yakin in shaa Allah ada rezeki kami untuk
mengutipnya lagi. Mudah-mudahan pokok itu sentiasa berbuah. Amin.
Baiklah mari kita cuci mata dengan gambar-gambar yang tidak seberapa
ini.
Ini ialah kelongsong biji saga (Again,
incik imamku yang jumpa dan tunjukkan, agak jakun juga melihatnya…hahaha)
Close up sikit…
Ini pula biji saga yang berjaya dikutip, dan telah dibersihkan…banyakkan…saya
suka, saya suka (gaya Mei Mei).
Yang ini…bolehlah nak masukkan dalam cerita, yang ini incik imamku
sedang melakukan eksperimen, berapa lama biji saga tahan apabila direndamkan di
dalam air… Seandainya berjaya, akan berlakulah lagi proses mengutip biji saga
secara besar-besaran…hehehe…lantaran incik imamku mahu meletakkannya di dalam
akuarium
p/s: Errr…biji saga tak beracun kan?kan…?
~cinta~ukhwah~hadiah~
2 comments:
beracun..biji saga mmg beracun..jgn termakan sudahlah!!!
yeke sis...kira bahaya juga ye, stakat ni letak dlm botol je
Post a Comment