Powered by Blogger.
RSS

Selamat Tahun Baru dan Cerita yang Tertinggal

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Kami harap tidak lah terlalu lewat bagi kami untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua muslim ^-^ Pssttt...apa azam sahabat-sahabat sekalian untuk tahun 1434H ini? Doa kami semoga sahabat-sahabat semua dipermudahkan segala urusan bagi mencapai segala yang sahabat-sahabat azamkan. Kami mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat semua. Amin

Lama juga kami tidak mencatat apa-apa di sini. Maaf dari pihak kami bagi sahabat-sahabat yang menunggu cerita dari kami. Sedang kami membelek-belek gambar-gamabar dalam folder kraf, kami terkejut dan beristighfar. Betapa kami terlupa untuk mengeluarkan cerita tentang kraf yang ini. 

Kraf ini kami hasilkan untuk Ulangtahun Persahabatan Y2TINA yang ke-18 yang diraikan pada 2 Mac 2013 (tetapi hadiahnya diberi lewat sekitar bulan September yang lalu. Hehehe). Alkisahnya, kami memilih lilin sebagai hadiah utama untuk setiap kali Ulangtahun Persahabatan ini. Terkesan daripada perbandingan mercun dan lilin. Kami memilih lilin, walau cahayanya tidak secantik mercun, tetapi sinarnya bertahan lama. Begitu juga dengan persahabatan kami. Alahmdulillah telah 18 tahun kami berkongsi ketawa dan duka. Melalui setiap fasa-fasa kehidpan bersama-sama. Doakan semoga persahabatan kami hingga ke syurga. Amin.

Untuk tahun ini kami memilih untuk menghasilkan sendiri hadiahnya, menggunakan teknik origami 3D. Awalnya kami hasilkan ini;




Memastikan warna tema ada di situ; HIJAU. Sebenarnya kraf ini ialah kraf pasu bunga. Bagi kawan-kawan yang mahu mencubanya, bolehlah merujuk DI SINI. Kami mengubahnya menjadi pemegang lilin ^-^
Sekali lagi, kami menggunakan lebihan kertas kraf bunga telur. Kemudian kami bermain dengan warna bagi menghaslkan corak melingkar. Yang terakhir kami gam lilin kecil dan ladybird merah yang comel.

Kemudian, apabila kami tambahkan lagi sepasang kraf ini. 



Bukan tanpa pengertian ye...Ada maksud di sebalik bilangan pemegang lilin ini. Warna dan hiasannya juga mempunyai maksud yang tersendiri. Tetapi tidak perlulah kami olahkannya satu per satu di sini. Panjang sangat nanti. Hehehe.

Berkenan dengan corak yang ini? Sahabat-sahabat boleh mencubanya. Kami merujuk VIDEO INI bagi menghasilkannya. Seperti biasa, dengan sedikit penambahan dan permainan warna ^-^



Sahabat-sahabat boleh juga menempahnya dengan kami. Jangan malu-malu untuk menghubungi kami ^-^ Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, pasu ini awalnya berlubang di bawahnya. Maka ianya tidak sesuai untuk diletakkan barang-barang seperti kerongsang, kunci dll. Namun kami telah mendapat ilham, bagaimana mahu mengatasi masalah tersebut, supaya ianya menjadi pasu yang pelbagai guna ^-^ alhamdulillah.

Baiklah sahabat-sahabat, sampai di sini dulu cerita kami. in shaa Allah kita jumpa lagi di cerita yang lain. Pesanan kami buat sahabat-sahabat. Hargai kawan-kawan kita, jangan lukakan hatinya. Dalam persahabatan ada pasang surutnya, tetapi jagalah ukwah. Dunia hari ini, berhubung dengan yang jauh sebenarnya bukanlah satu isu. Sahabat-sahabat kami di sini, kami amat berterimakasih dengan sokongan kalian selama ini ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Lahir Adik Comel!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Ucapan dan entri ini mungkin telah terlewat, namun kami tetap mahu meletakkannya di sini ^-^ 

Sebulan yang lepas adalah Hari Lahir adik kami yang ke-16 (kalau ada yang perasan, di tapak kek tertulis "Sweet 16" , yang itulah hadiah untuk adik kami). Menginjak ke usia 16 tahun. Kami berharap yang adik kami akan kekalkan tahap kecomelannya. Hahaha. Dan, terus istiqamah memperbaiki diri menjadi muslimah yang solehah. Doa kami semoga adik comel berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, tanpa perlu menjual agama. Amin.

Kami agak lewat meraikan Hari Lahirnya kerana kami tidak berada di rumah Ayah ketika itu. Kami meraikannya ketika balik bercuti Aidiladha yang lepas. 


Adik yang teruja dapat makan kek

Hehehe. Adik comel kami tidak menutup aurat ketika gambar ini diambil. Maka, kami terpaksa mengedit gambar ini supaya auratnya tidak dijaja di blog ini. Dapat melihat keterujaan adik comel kami itu. Satu dia teruja kerana kami balik bawakan kek untuknya (kira seperti sebuah kejutanlah). Dua, dia teruja kerana corak love di kek tersebut.  Tiga, dia lebih teruja apabila kami katakan ini ialah kek tiramisu (adik comel kami memang sangat gemar makan kek). 

Kek ini sangat sedap walaupun harganya murah. Kami berdoa semoga tidak menempuh kesesakan jalan raya ketika dalam perjalanan balik ke rumah Ayah, supaya sempat membeli kek ini. Kami singgah di kedai kek (di Bandar Tasik Selatan). Bagi kami, satu sebab kedai itu dimiliki dan diusahakan oleh seorang Muslim (untuk memastikan ianya halal). Dua, kerana harganya yang boleh dikatakan murah berbanding kedai kek yang lain. Tiga, kek dia walaupun corak tidak berapa memberangsangkan (mujur ketika beli untuk adik, ada corak yang cantik ni), tapi rasanya mantap! (inilah orang kata don't judge a book by its cover).

Eh, iklan panjang pula. Ini dah kira mempromosikan kedai kek tersebut ni. ^-^ sayang sekali, kami tidak mengingati nama kedai tersebut. Namun, bagi yang biasa area BTS, pasti tahu kedai kek tersebut.

Di atas ialah gambar kek yang boleh disuap masuk ke dalam mulut. Di bawah ini pula ialah kraf origami 3D. Kek juga, tetapi tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut Y^^




Inilah hadiah Hari Lahirnya. Tentang hadiah ini dan keterujaan adik apabila melihat hadiah ini telah kami ceritakan di sini

Sekali lagi pihak Leyanita Craft Studio (angah dan abang Shahhir) mengucapkan Selamat Hari Lahir buat adik cigem yang comel. Semoga sentiasa mendapat hidayah dan taufikNya. Amin. Angah dan abang Shahhir doakan yang terbaik dan we love you!

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalau Ini Boleh Dikategorikan Sebagai Kraf Kitar Semula

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya,

Di penghulu hari ini, pihak Leyanita Craft Studio mendambakan segala kesejahteraan dan kebaikan buat sahabat-sahabat semua; buat kita semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan, esok lebih baik dari hari ini.

Cerita kali ini, berkisarkan tentang hadiah Hari Lahir. Ini adalah model pertama yang kami cuba hasilkan berpandukan video ini dan beberapa gambar yang dilihat di web-web enjin carian. Ternyata, ianya berbaloi. Kami sangat berpuas hati dapat menghasilkan hadiah yang comel ini buat seorang adik dan seorang sahabat. 

Seperti cerita-cerita sebelum ini. Kami agak kalut menyiapkan semua hadiah sebelum urusan pindah rumah (termasuklah hadiah yang ini). Awalnya stok kertas berwarna biru kami mahu cuba bereksperimen membuat model Doraemon (seperti yang diminta oleh Kak Nol). Namun, disebabkan belum lagi berjaya dengan eksperimen tersebut, maka kami ambil unit-unit segitiganya untuk menghasilkan model ini. 

Panjang pula pendahuluannya ye...mana gambarnya... Sabar...sabar... Baiklah, mari kita lihat hasilnya dahulu. Nanti kami akan cerita lagi tentang kek ini. 




Emmm...cantik tak? Cantik kan... Warna biru dipilih kerana kedua-dua pemilik hadiah ini memang gemarkan warna biru. Kalau boleh semua benda nak warna biru.

TakdirNya, saya mempunyai beberapa stok barangan terpakai yang berwarna biru. Cerita seterusnya berdasarkan tajuk entri ini ^-^


Bunga reben yang berwarna biru untuk kek yang pertama, kami ambil dari beg organza (selalu yang kita dapat apabila pergi ke majlis perkahwinan). Kami agak rajin juga mengumpul beg-beg cenderahati untuk tetamu itu. (Hehehe). 

Kemudian, kertas biru berkilau (yang dilekatkan di tapak kek), kami ambil dari tapak kotak mug. Mug baru beli, dalam kotak dia ada kertas biru ini. Kami ambil dan simpan, rupanya berguna juga ia ^-^

Dan, untuk dekorasi kek yang kedua, kami mnggunakan Golden Love. Yang ini kami ambil dari bunga telur. Kalau tidak silap kami, majlis perkahwinan jiran kami, tahun 2008. Masa itu tengah megah dengan bunga telur reka bentuk buah, love dll. (bukan bunga...ingat lagi tak corak bunga telur yang begitu). Kami simpan sebab dia cantik. Hehehe. Dan, sama seperti kertas biru, akhirnya berguna juga ia ^-^

Untuk bunga reben merah pula. Awalnya bunga reben itu mahu di jahitkan di beg sahabat kami (siapa lagi kalau bukan Puan Yana). Tetapi, kami tidak jadi mahu meletakkan di beg tersebut memandangkan ianya tidak kelihatan elegan. Ternyata, bunga reben merah sangat elegan diletakkan di tepi model kek ini ^-^

Hmmm...apa lagi yang kami kitar semula? Jom, lihat gambar seterusnya! 



Hehehe. Kami menggunakan kotak ini untuk meletakkan hadiah tersebut. Sengaja mahu mencipta kejutan buat penerimanya. Kami alaskan di bawahnya dengan carikan kertas (kertas guntingan, lebihan tika membuat bunga telur dahulu). Dan hiaskan kotak dengan reben biru (maaf tidak kelihatan di dalam gambar). 

Dan, ternyata kejutan ini berjaya. Kami berikan kotak ini kepada adik comel kami. Awalnya dia seperti... Erkkk...hadiah Birthday pantyliner je ke.... tetapi apabila kami mengarahkan jangan dipusing-pusingkan kotaknya, akhirnya adik kami dapat meneka; ianya bukan pantyliner. Dan dia sangat teruja melihat model kek ini. Kegembiraan dan keterujaan dia menyenangkan hati kami.

Ternyata usaha kami berbaloi ^-^ alhamdulillah.

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pernah Tengok Angry Bird Warna Pink?

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami cintai keranaNya,

Akhirnya lengkap nukilan cerita tentang hadiah untuk anak-anak kami. Ada yang bertanya, tentang maksud pemberian kecil kami ini. Jawapannya ringkas...ibu-ibu mereka yang minta. Hahaha. 

Jadi, kami hadiahkan setakat yang kami mampu. Melihat kepada stok unit-unit segitiga yang telah dilipat, dan tahap untuk membuatnya. Ini kerana, hadiah-hadiah ini kami sedaya upaya siapkan sebelum urusan pindah rumah. Iklan sekejap, alhamdulillah, kami telah pindah di rumah sewa yang baru. Namun masih belum selesai mengemas barang-barang. 

Tentang soalan di atas (kami sengaja tulis warnanya dalam Bahasa Inggeris)... Tentu belum lagi kan. Dalam senarai watak-watak dalam Angry Bird, belum wujud lagi burung yang berwarna merah jambu. Secara ekslusif, sahabat-sahabat boleh saksikannya di blog ini. Hehe

Cerita di sebalik hadiah ini ialah; awalnya kami melihat stok kertas yang ada. Ternyata warna hijau mendominasi. Lalu, kami mencari model-model origami 3D yang menggunakan warna tersebut. Hasilnya, kami cuba membuat model mushroom dalam permainan Mario. Namun...



Kami merasakan yang model ini tidak berapa comel untuk dijadikan hadiah. Kami cuba mengubah struktur dengan menambah dan membuang beberapa unit. Namun masih gagal untuk melakukannya. Sehinggalah kami letak tanda koma di situ. InsyaAllah lain masa, kami akan bereksperimen dengan model ini. 

Masa semakin singkat, hadiah perlu disiapkan...akhirnya kami mengambil keputusan untuk menghasilkan model yang sama; Angry Bird. Namun, ada satu masalah, stok kertas warna merah telah habis! Natijahnya...maka wujudlah Angry Bird yang berwarna ini...



Sekali pandang, cantik juga burung marah warna merah jambu ini...Dua kali pandang...emm...cantik, cantik cantik... Hehehe ni dah jadi angkat bakul dah ni. 

Yang ini untuk siapa? Ini untuk Athirah...anak dara kami yang seorang tu. Harap nanti dia suka la dengan hadiah ini.

p/s: Ayah ngah cakap, mushroom tu katik. Kalau bagi kat Kak Long, nanti Kak Long ingat mak ngah perli pula...hahaha. Kecik macam tuannya, jadi, ini sahajalah yang mak ngah dapat usahakan

p/s: Takut ada orang lain pula yang nak hadiah ini...Orang yang gila dengan warna pink... ^-^ siapalah dia ye...

~cinta~ukhwah~hadiah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiga Red Angry Bird Buat Tiga Orang Cahayamata

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Ketika Aidiladha yang lepas, pihak kami tidak sempat mengucapkan Selamat Hari Raya Buat sahabat-sahabat kami di ruang ini. Sebenarnya banyak cerita yang ingin kami kongsikan. Namun banyak benda yang menjadi kekangan buat kami untuk sentiasa menampilkan cerita-cerita buat sahabat-sahabat. 

Terlebih dahulu, maafkan pihak kami kerana situasi ini mungkin berlarutan sehingga beberapa bulan sehingga pihak kami mula stabil. InsyaAllah dalam kekangan, kami masih cuba menyajikan cerita-cerita tentang kraf buat sahabat-sahabat. 

Cerita kali ini ialah tentang Red Angry Bird. Kali ini pihak kami hadiahkan buat anak-anak kecil kami. Sepasang untuk anak buah kami (Amni dan Thaqif). Dan yang lagi satu untuk anak sedara kami (Qaseh). 

Terpaksa buat sepasang untuk anak buah kami kerana dua beradik ini semua benda nak sama. Kalau kami beri barang yang tidak sama, sama ada abang atau adik, akan mempersoalkan. Jadi, langkah selamat, kami buatkan sepasang. Harapan kami, dua beradik ini suka dengan hadiah kecil ini. (Tidak tahu apa reaksi mereka kerana hadiah diberikan ketika kami tiada di rumah Ayah. Ayah yang berikan hadiah ini kepada cucu-cucunya)

Buat Qaseh juga, kami hasilkan model yang sama. Ini kerana untuk menghabiskan stok kertas dan model yang senang untuk dihasilkan, sebelum semua alatan-alatan kraf (kertas, gam, dll) dimasukkan ke dalam kotak (bagi urusan pindah rumah). Awalnya kami mahu berikan hadiah-hadiah ini ketika Aidiladha yang lalu, namun tertinggal di rumah Atuk Ajis. Lupa mahu bawa pulang ke kampung. InsyaAllah kami akan beri ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami di Ipoh.

Mari kita lihat tiga Red Angry Bird ini. 

Buat anak-anak yang tersayang



Doa ayah ngah dan mak ngah, semoga anak-anak kami ini menjadi anak-anak yang mendirikan solat, anak-anak soleh solehah. Amin. 

Buat sahabat-sahabat yang ingin menempah, boleh rujuk  di sini. Kami masih lagi mengambil tempahan untuk model ini.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS