Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Esok ialah hari kemerdekaan negara kita. Jom, sama-sama kita sematkan semangat patriotik di dalam jiwa. Bagaimana? Kami memilih untuk berdoa supaya negara ini mampu menjalankan syariat ALLAH, seterusnya mendapat redha ALLAH. Bermohon semoga pemimpinnya sehebat khalifah-khalifah (seandainya tidak mampu sehebat Rasulullah saw). Kibarkan bendera? Boleh juga. Semoga setiap amalan patriotik yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariatNya.
Eh, melalut pula pasal merdeka dia atas tu. Hmm...kira sekali harunglah ye...tumpang mengucapkan salam merdeka di sini. ^^V
Alhamdulillah, kami masih lagi mendapat tempahan origami. Kali ini datangnya dari Kak Nol (kakak ipar saya) ^-^
Teringat pula bila pertama kali Kak Nol tahu tentang blog kami ini. ketika itu kami berada di rumah Mak. Mengisi waktu siang Ramadhan, kami melipat unit-unit segitiga untuk menyiapkan tempahan Swan for Your Sweetheart (Ima yang tempah). Ketika itu Kak Nol sekeluarga ada di rumah Mak.
Awalnya aktiviti itu menarik perhatian anak-anak buah kami (Aina, Alif dan Kimi), disusuli dengan ahli keluarga yang lain (termasuklah Kak Nol). Tambahan pula suami mempromosikan blog kami. Keterujaan Kak Nol dan anak-anak membuatkan senyum saya melekat di wajah. Seronok dan bahagia dengan ukhwah ini.
Lebih seronok apabila anak-anak itu juga mahu melipat unit-unit segitiga itu, sehinggakan kami memberikan stok kertas biru. Membiarkan mereka dengan keterujaan mereka. Tetapi, apabila tiba menyusun untuk membuat model, saya terpaksa menyorok di dalam bilik. Hehehehehe. Kalau anak-anak itu ada, silap haribulan, angsa bertukar jadi naga. Hahahahaha (Kimi sibuk suruh buatkan origami bentuk naga)
Kali ini Kak Nol menempah dua unit Hamtaro. Model Hamtaro ini telah beberapa unit kami jual, namun, kami belum sempat meletakkan butir-butir terperinci tentang Hamtaro. InsyaAllah ada kesempatan nanti, kami akan letakkan di sini. Ok lah, seronok pula bercerita. Jom kita lihat Hamtaro yang dah siap.
Kembar Hamtaro bersama cenderahati |
Seperti yang kami umumkan, stok penanda buku masih ada. Lalu, Kak Nol juga mendapat cenderahati daripada kami.
Yang di bawah ini pulak setelah Hamtaro dimasukkan ke dalam kotak ^-^ Sedia untuk berangkat.
Emm..ada lagi satu, kami juga nak berikan Kak Nol Love Ribbon Craft, sebagai tanda kasih sayang dan ukhwah daripada kami.
Hijau warna kegemaran kami ^^V Harapan kami semoga Kak Nol suka dengan hasil kraf kami ni. Terima kasih di atas sokongan yang Kak Nol berikan ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~