Powered by Blogger.
RSS

Terima Kasih: Tempahan Hamtaro daripada Filzah

Assalamua’laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya,

Agak lama jua kita tidak bersua di laman ini. Kesibukan kerja dan seterusnya bercuti untuk menyambut hari raya Aildilfitri bersama keluarga membataskan perjumpaan kita di ruang maya. Bagaimana 1 Syawal sahabat-sahabat semua? Tentu setiap detik mempunyai ceritanya sendiri.

Bermula dengan cerita kali ini sehingga beberapa siri ‘Terima Kasih’ akan diletakkan di sini. Hehehehe. Ini semua adalah cerita-cerita yang tertinggal (yang tidak sempat saya kongsikan di sini) sebelum kami balik kampung.

Mari kita mulakan cerita kita dengan tempahan hamtaro daripada seorang adik. Nama adik yang menempah model Hamtaro ialah Filzah. Adik ini telah menempah sebanyak dua unit. Mari kita lihat Hamtaro yang telah sampai ke tangan tuannya ini ^-^

Hamtaro yang comel


Filzah juga menerima saguhati dari kami. Satu warna biru dan satu lagi warna merah jambu lembut.

Buat Filzah, terima kasih kerana sudi membeli hasil origami kami. Lain kali belilah lagi ye. Hehehehe. Harapan kami semoga Filzah puas hati dengan model Hamtaro ini.


Di dalam kotak merah jambu yang indah

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment