Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya,
Pada awalnya topik ini saya lihat terlalu ringan untuk dititikberatkan, kerana pada saya umum sudah mengetahui apakan kegunaan hasil kraf secara amnya dan hasil kraf origami secara khususnya. Lalu saya mengabaikan topik ini sehinggalah adik saya yang comel itu menghantar khidmat pesanan ringkas, "kawan2 adik tanya bnda ni utk apa" (begitulah lebih kurang isinya). Secara ringkas saya katakan, "utk hadiahkan kat org lain, buat hiasan..." dan dengan berseloroh, saya tambahkan "xkan lah nak letak dlm pancake kot. hahahaha" (saya berseloroh tentang makanan kerana mereka mengambil bidang kulinari).
Secara amnya kegunaan origami bergantung kepada siapa hasil origami itu diberikan dan jenis origami. Mari kita lihat contoh untuk lebih faham:
1: Sebagai koleksi peribadi
Bagi pereka origami, setiap origami yang mereka berjaya reka dan hasilkan, produk itu akan menjadi koleksi peribadi mereka.
Ihsan Google |
Bagi penggemar origami (bukan pereka) ada juga antara mereka menjadikan koleksi peribadi dengan mencuba pelbagai hasil kraf dengan variasi warna yang berbeza.
Ihsan Google |
Bagi peminat origami pula (tidak mereka, dan tidak cuba menghasilkan) mereka akan membeli hasil origami dan akan menjadikan koleksi peribadi mengikut kegemaran. Contoh di bawah, ada yang gila mengumpul apa sahaja hasil kraf berbentuk fauna.
Ihsan Google |
2: Sebagai kegunaan harian
Untuk memudahkan, saya beri contoh origaminya, kotak, pasu bunga, beg, bekas letak pensil. Semua jenis-jenis ini boleh digunapakai (bukan sekadar dijadikan hiasan atau hadiah)
Ihsan Google |
3: Sebagai Cenderamata untuk orang-orang yang disayangi
Untuk fungsi yang ini, ramai yang tahu. Selalunya hasil kraf ini ditempah untuk dihadiahkan kepada orang lain. Selalunya sempena Hari Lahir, ucapan Terima Kasih, Hari Ibu dan lain-lain.
Ihsan Google |
4: Sebagai Hiasan
Sama ada diletakkan di atas meja (atau rak), atau digantung. Kedua-duanya tetap menampilkan keunikan hasil kraf.
Ihsan Google |
Ihsan Google |
Di sini saya tampilkan contoh-contoh origami yang ringkas. Ada juga hasil kraf yang kompleks dan sukar untuk dihasilkan diberi sebagai hadiah sempena sesuatu yg ekslusif.
Ini yang saya tahu, mungkin sahabat-sahabat di sini tahu lebih lagi dari saya. Jangan segan-segan berkongsi ilmu di sini ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment