Powered by Blogger.
RSS

Terima kasih: Tempahan Swan for Your Sweetheart daripada Ima

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya,

Lama rasanya menyepi di sini. Kekangan masa membataskan saya untuk mengkemaskinikan cerita di sini. Bagaimana dengan Ramadhan kita? Ramadhan makin hampir meninggalkan kita. Rasa belum cukup lagi memanfaatkan masa yang ada. Jom, kita terus menikmati detik-detik yang masih berbaki ni, sebelum kita meraikan sebuah kemenangan. Biarlah kemenangan yang diraikan nanti betul kemenangan yang wajar diraikan.

Eh, terpanjang pula perndahuluannya...hehehehe..maaf ye sahabat-sahabat semua. Lari daripada tajuk kita ni...ok, ok, kembali kepada tajuk kita. 

Saya menerima tempahan daripada seorang sahabat yang dikenali sejak zaman persekolahan lagi. Terpisah selepas tamat sekolah, dan hanya berhubung melalui alam maya. Siapa nama sahabat saya tu? Saya panggil Ima. Nama dia panjang, Rus Ima Nadia (mempromosikan nama Ima ni...hehehehehe). Melalui emel, Ima mengirimkan tempahannya.

Awalnya Ima mahukan warna merah hati, namun saya gagal mendapatkan stok kertas dan akhirnya setelah beberapa siri perundingan (chewahhh) Ima memilih warna merah dan pink. 

Asalnya empat warna digunakan dalam penghasilan model tersebut, dan awalnya saya fikir gabungan dua warna adalah senang, kerana boleh menggunakan nisbah 1:2. Namun, anggapan saya salah ketika dalam proses penghasilan model. Ternyata permainan warna bukanlah sesenang yang dijangka. Saya terpaksa mencuba beberapa kali gabungan warna bagi menghasilkan model yang nampak elegan.

Jom, kita tengok hasilnya!

Pasangan angsa yang romantik ^-^

Setelah siap model yang pertama, saya telah bertanyakan kepada Ima, adakah dia mahu pasangannya mempunyai corak yang sama atau mahu bermain dengan imej positif-negatif. Ima memilih untuk mengambil warna yang berlawanan. Sahabat-sahabat perasan tak, imej negatif-positif di antara pasangan angsa di dalam gambar di atas?

Seperti yang dijanjikan cenderahati bagi yang membuat tempahan ketika Ramadhan. Ima juga tidak terkecuali. Ima mendapat dua penanda buku bagi tempahan ini. 

Bersedia untuk bertukar tangan

Diharap Ima suka dengan hasilnya.

Oppssss...terlupa pula, sebenarnya selepas berbincang tentang warna, kami juga berbincang bagaimana saya dapat menghantar tempahan ini ke tangan Ima. Siapa sangka, melalui tempahan ini, kami akhirnya bertemu (selepas bertahun-tahun!). Itulah yang pihak kami harapkan, salam terus disebarkan, ukhwah terus dimekarkan.

Untuk Ima, terima kasih daripada pihak Leyanita Craft Studio di atas tempahan. Dan lagi satu, Ima merupakan pelanggan pertama yang menempah model ini. Terima kasih di atas sokongan Ima untuk kami ^-^ (love and big hug)

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment