Powered by Blogger.
RSS

Kasih Seorang Ayah

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi kerana ALLAH,

Tergerak hati untuk menulis dan berkongsi kisah di sini, mungkin kerana Hari Lahir Ayah yang baru berlalu, mungkin juga sebenarnya yati sedang merindui ayah! 

Tadi ketika pergi ke UTC untuk membayar bil-bil utiliti, Ketika masuk ke dalam lif, yati melihat seorang anak gadis, ditemani ayahnya, umur dalam lingkungan 25 -26.

Ye, jangan la tanya balik umurnya. Sebab itu yati terus senyum dan teringat betapa yati juga macam itu dulu. Bukan...yati tak melabelkan adik tersebut tidak pandai berdikari. Yati lebih suka begitu, yati dulu pun seperti itu. 

Sumber: Google
Mula bergelar anak rantau ketika berumur 18 tahun (sambung belajar). Sehinggalah sekarang. Namun ketika masih dalam alam persekolahan, belajar, temuduga dan dapat kerja. Sehinggalah menamatkan zaman anak dara pada usia yang orang tua-tua kata dah lewat (tapi yati tak kisah pun, jodoh tu kan rahsia Allah). Yati lebih selesa ditemani ayah ke mana-mana sahaja.

Meski tau, ayah juga punya kekangan masa dan tenaga, tapi entah kenapa semua benda mahu ayah ada bersama. Pergi beli buku, buka akaun, perbaharui lesen, macam-macam lagi la.

Bukan, bukan tak tahu nak buat sendiri, tapi hendak ayah ada. Sanggup ambil cuti kerja, balik KL dan pergi uruskan dengan ayah. Macam tak boleh buat sendiri kat Kuantan, hahahahahaha.

Kalau cerita temuduga, benda yang ayah ulang-ulang cerita ialah masa yati pergi temuduga di Damansara. Temuduga yang lama, ayah penat menunggu sambil jaga cucu. Apabila yati keluar, lihat ayah sudah seperti seorang pengemis! Kesian! Ayah mengadu pula, cucunya itu pergi tadah air kencing ayah masa ayah kencing. Tak puas ayah nak kencing, hahahahaha. (masa tu anak buah yati baru umur 2-3 tahun agaknya)

Sumber: Google
Yati punya rasa selesa dan selamat apabila ada dengan ayah. Meski sampai sekarang, ayah masih cium kat dahi tiap kali salam. Betul kasih ayah, sukar untuk ditebak, jarang untuk tampak. Tapi kasih ayah ada di situ.

Sekarang yati melihat anak perempuan kami rapat dengan ayahnya. Yati tidak kisah, malah tika orang cakap dia anak ayah pun yati tidak kisah. Malah suka. Kenapa?

Kerana apabila dia rapat dengan ayah, dia akan tidak kisah dengan lelaki di luar, in shaa Allah. Pernah dengar "Daddy is daughter's first love, and son's first superhero" ? Ungkapan ini betul kan?

Terlalu banyak kenangan yang kami cipta berdua. Terlalu banyak! Masa terus berlalu, usia pun makin bertambah, entah siapa yang akan pergi menghadap Ilahi dahulu.

Sumber: Google
Satu benda yang saya masih lakukan sejak bergelar anak rantau, akan hari-hari telefon ayah. Paling lama tak telefon 2 hari. Sekarang ayah pun dah pandai guna aplikasi WhatsApp. Tapi, naluri seorang ayah, dia tetap mahu mendengar suara. Dan sekarang anaknya ini telah jatuh ranking entah ke berapa. Hahahahaha. Sebab sekarang kalau telefon tanya cucunya dulu, tanya menantunya dulu...anaknya ni, kadang-kadang tak tanya pun... Y^^ hohoho, jeles ni tau!

Kasih yang tiada penghujungnya, luv u ayah, sampai bila-bila (cium dan peluk).

Ok sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial: Double-Layered Origami Dahlia Flower

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Salam Jumaat ^-^ alhamdulillah, kita dapat bersua lagi. Seperti yang dijanjikan. Untuk pertemuan kali ini, kami akan kongsikan tutorial membuat bunga dahlia. 

Ilham asal diambil dari blog INI . Namun kami mengolahkannya menjadi double-layered agar nampak lebih berseri dan ceria. 

Kawan-kawan pun boleh mencampurkan kreativiti yang ada dalam diri kawan-kawan bagi menghasilkan satu kerja tangan yang menarik dan gojes.

Bunga dahlia ni sebenarnya adalah tempahan dari customer kami. Boleh baca pos DI SINI Kebetulan teringat untuk ambil gambar. Tetapi maaflah, laaaammmmaaaaaa sangat untk tutorial ini menemui kawan-kawan. 

Bunga dahlia ni, selain diletakkan sebagai hiasan di atas meja. Boleh juga dilekatkan di buku skrap, hand-made wishing card, deco untuk balut hadiah, macam-macam lagi la.


Ok, jom kita panaskan enjin.

Senarai bahan-bahan yang diperlukan:

1. 8 helai kertas bersaiz 10cm X 10 cm (Kita istilahkan kertas A)
2. 8 helai kertas bersaiz 9cm X 9cm (Kita istilahkan kertas B)
3. Gam kertas
4. Klip kertas

p/s: Untuk tutorial ni, kami gunakan saiz yang disebut di atas, namun kawan-kawan boleh sesuaikan mengikut rasa sendiri. Pastikan kerta A warnanya berbeza dari kertas B)

Cara-caranya:



1. Lipat dua kertas A seperti di dalam gambar (untuk mendapatkan garis tengah)

2. Kemudian, lipatkan lagi sekali (sila rujuk gambar)

3. Setelah dilipat dua kali, ia akan jadi seperti ini.

4. Lakukan juga perkara yang sama pada kertas B.

5. Buka semula lipatan tadi. Akan terhasil 2 garisan tengah yang menghasilkan titik pusat pada kertas. (Perhatikan yang di dalam bulatan).

6. Letakkan kertas B di atas kertas A (dengan menjadikan titik pusat dan garisan lipatan sebagai panduan)

(Tips: Jangan gunakan gam, hanya letakkan kertas B)



7. Lipatkan bucu bawah agar bertemu dengan titik pusat.

8. Lipatkan lagi sekali ke garisan tengah (rujuk gambar).

9. Lakukan perkara yang sama pada bucu di atas.

10. Apabila telah dapat bentuk begini, lipat ke belakang mengikut garisan tengah.

11. Setelah dilipat ke belakang, kertas akan jadi seperti ini. Bahagikan dua kertas dan lipat.

12. Kertas akan jadi seperti ini.



13. Letakkan sedikit gam di dalam lipatas 

(Tips 1: Jangan letak gam terlalu banyak)
(Tips 2: Jangan letakkan gam di garisan tengah kertas)

14. Letakkan klip kertas di bahagian cantuman, dan tunggu sehingga gam kering (lebih kurang 15-20 minit) Ini dah dikira sebagai satu kelopak bunga.

15. Sementara tunggu gam kering, Buatkan lagi kelopak-kelopak bunga yang lain. Kawan-kawan boleh juga kurangkan kepada 7 kelopak. kami pernah buat 6, kelihatan tidak berapa cantik.

16. Apabila gam telah kering, cabutkan klip kertas dan pastikan kertas bercantum dengan baik dan cantik.

17. Gamkan dibucu kelopak (lihat gambar).

(Tips: Gunakan gam sedikit sahaja, gam yang banyak akan merosakkan tekstur kertas)

18. Akan jadi camni.

19. Letakkan klip kertas bagi mengukuhkan cantuman gam dia bahagian atas.

20. Dan juga di bahagian bawah.


21. Cantumkan kelopak yang seterusnya.

22. Dan lagi...

23. Dan lagi...

24. Dan lagi...

25. Dan lagi...

26. Sehinggalah kelopak yang terakhir (pandangan dari depan).

27. Pandangan belakang. Biarkan sehingga gam betul-betul kering dan semua kelopak bercantum dengan kemas.

28. Cabutkan klip kertas, dan, Taraaaa! jadilah bunga yang cantik ni


Kawan-kawan boleh klik pada gambar untuk view yang lebih besar.

Tutorial kali ini tidaklah terperinci seperti tutorial sebelum ni. Namun kami harap kawan-kawan dapat manfaatnya. In shaa Allah.

Kalau ada bahagian yang tidak faham, boleh pm kami untuk bertanya atau nyatakan kat ruangan komen pun boleh ^-^ in shaa Allah kami akan balas secepat yang mungkin.

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: In shaa Allah kami akan usahakan untuk 1 bulan 1 tutorial, anggap sahaja yang ini bayar hutang untuk bulan January ye kawan-kawan ^-^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melalui 2 Kelahiran, 2 Kehilangan, 1 Harapan, 1 Majlis Pertunangan

Assalamua'laikum,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Lama betul kami tidak bersiaran, terlalu banyak yang berlaku sehinggakan kami tak berkesemapatan untuk berkongsi setiap cerita.

Sebulan dua ni, kami telah melalui pelbagai bentuk emosi.

Menerima berita kehilangan biras, dan emak kepada seorang sahabat. Alhamdulillah, Allah rezekikan untuk berziarah.

Pelbagai emosi di situ, sedih itu sudah pasti. Insaf dengan ziarah. Betapa kita semua ini milikNYA. 

Menerima juga berita gembira dengan kelahiran anak buah yang baru; Adam Faqih dan Rafa Edlyn.

Sepasang! Telah direzekikan untuk melawat Rafa, belum berkesempatan melawat Adam. Semoga kedua-duanya memberikan bahagia buat ibu & ayah, ummi & walid.



Kemudian, kami juga dihadiahkan dengan sebuah harapan. Allahu...betapa kami insaf dengan kebesaran ALLAH. Cahayamata yang disangka gugur dua bulan yang lalu rupanya sedang membesar di dalam rahim ini. Betapa kesedihan yang lalu disapu pergi dengan berita yang penuh harapan ini.

Anak ini sudah berumur 19 minggu. Menitis air mata ketika pergi scan. Telah terbentuk tangan dan kaki. Aktif bergerak ke sana sini. Allahu, hanya deraian air mata dan ucapan syukur yang tak terhingga.


Tolong doakan kesejahteraan anak ini ye sahabat-sahabat.

Kemudian hari Sabtu yang lepas, pak Lang Saffiyya bertunang.

Hantarannya made from Kuantan ^-^



Dapat juga merasa buat kerja-kerja kraf setelah sekian lama tinggal ^-^ walaupun designnya simple je.

Inilah sedikit kisah yang berlaku sekitar sebulan dua ni.

In shaa Allah bersiaran lagi nanti kami kongsikan tutorial ye

Baiklah sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Menabung Yang Berkesan (Untuk Kami)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Apa khabar hari ini? I feel great! Alhamdulillah!  Walaupun hari ni kat rumah dah bermula catuan air, tapi kami tetap seronok dan rasa gembira, sebab apa, sebab hari ini bumi Kuantan basah dengan hujan, Alhamdulillah...

Setelah sekian lama tidak melihat dan merasai hujan turun, hari ini, terasa betul nikmat yang satu ini. 

Hari ini kami ingin kongsikan tips menabung, sebelum ini sudah beberapa tips yang kami cuba lakukan, namun tidak berjaya. Kita boleh google dan lihat beberpa cara yang boleh kita praktiskan. Lain padang, kan lain belalang... kawan-kawan boleh cuba yang mana sesuai dengan keadaan ekonomi dan keupayaan kawan-kawan. Sekarang isu GST dan kenaikan harga barang menjadi viral bukan setakat di media sosial, tetapi juga di warung tepi jalan.

Isu kenaikan harga barang merupakan isu yang sensitif buat rakyat marhaen seperti kita. Ramai yang sudah mula mencari pendapatan kedua (maaf kami tidak sebut sampingan, kerana memang ada yang bekerja lebih 12 jam sehari bagi menampung taraf hidup) untuk menjana pendapatan keluarga, bagi menjamin dapat berikan kesempurnaan dalam hidup. Yang mana kami tidak suka kerana ia akan melibatkan pengorbanan masa untuk anak-anak. Betulkan? Jangan tipu.

Lihat diri kita, era sekarang siapa yang menderhaka kepada siapa?

Fuhhh....dah makin panas pulak, Ok, ok, melalut dah ni, kembali kepada topik

Sejak berumah tangga dan mempunyai anak, banyak benda yang kita perlu ambil kira. Tabung kecemasan perlu ada, dan tabung inilah yang sentiasa dipecahkan bila keaadaan kewangan terlalu sempit. Kak, ooo kak, bang ooo bang, ingat orang sekarang senang ke nak bagi pinjam duit, diaorg pun serba ada je, bukannya berada mana. 

Penting tu tabung ni, anak sakit ke, tayar kereta pecah ke, dah tengah-tengah bulan, mana nak cekau duit (ok, dah banyak guna bahasa pasar ni, insaf balik)

Ok lah ini cara kami. Kami ada 5 jenis tabung.

1. Tabung kecemasan: Tabung ni kami gunakan kotak yang cantik, dan baik punya sorok. Hujung bulan je jumpa tabung ni untuk masukkan duit. Ikut suka nak masuk berapa, selalunya RM 100 per month, tapi kadang-kadang RM 50. Kadang-kadang tak masukkan langsung. Y^^ bukan apa, tabung ni ialah akaun di mana Incik imamku buat tolak gaji tiap-tiap bulan sebagai nafkah (untung wooo kahwin navy, Y^^). jarang usik duit dalam akaun ni melainkan memang sesak sangat, macam bulan ni, muahahaha...

2. Tabung syiling: Tiap kali pergi beli barang, sengaja kosongkan dompet dari bawak duit syiling. Ini kes tak nak menipu, bila cashier tanya "ada seposen kak?" so, jawab "takde dik" sebab memang takde, nanti bakinya dapat la duit syiling. Duit syiling yang dapat ni nanti bolehlah masuk dalam tabung syiling dan....tabung yang no 4 nanti, kalau tak sabar, terus la baca no 4, kalau sabar, baca satu-satu. Macam tu la pusingannya. Rasa tak terbeban sebab duit syiling, kalau duit RM 50 mau tarik tangan berapa kali nak masuk dalam tabung ^-^

3. Tabung seringgit dan RM 5: Yang ni rasa macam istimewa sikit. Sebab apa? Sebab feel kami, sayang nak belanja duit RM 5, kaler hijau tu, hahahahaha. Dapat je terus asingkan, pastu masuk la dalam tabung. Ada orang suka duit 50 sen yang lama tu yang besar tu. Ada orang suka duit RM 20, terpulang, kawan-kawan sayang yang mana (bestkan kalau ada feel sayang nak guna duit RM 50, boleh berkepeuk-kepuk saving dia, hehehe) yang duit singgit tu, again, sebab tak rasa terbeban pun nak masukkan. Asal dapat je singgit yang baru tu, masuk dalam tabung. Dah jadi tabiat.

4. Tabung Saffiyya: Ni kira tak aci, tapi boleh la kira aci. Tabung ni wujud selepas tengok saffiyya seronok masukkan duit dalam tabung. Setiap hari kami akan sediakan syiling untuk dia masukkan dalam tabung. Yang bagusnya, bila jumpa syiling bersepah, dia tak masukkan dalam mulut, tapi cari tabung untuk masukkan dalam tabung. Tapi kena perhatikan juga. pernah juga bila tak lepas masukkan syiling tu, dia tensen, dia nak masukkan dalam mulut. Sekarang rasa macam tabung dia lagi berat daripada tabung kitaorang

Meh nak belanja video saffiyya 




5. Tabung Kraf: Hahahaha, yang ni malu nak cakap, tapi cakap la jugak, sebab dia wujud, cuma dah tak berapa nak ada duitnya. Tiap kali dapat tempahan kraf, kami akan asingkan duitnya. tak usik, sehinggalah pada waktu-waktu terdesak. Sekarang, tempahan dah takde pun, so, duit dalam tabung ni pun dah boleh kata takde jugak Y^^ in shaa Allah ada rezeki nanti, bertambah la balik amountnya

Ok itu je la tabung yang kami ada

Nak belanja video lagi, video saffiyya dah pandai masukkan syiling kat dalam tabung 



Kami pakai tabung tin biskut je...takde nak guna tabung canggih manggih.

Oh ye, tabung-tabung ni hanya akan dibuka setiap hujung tahun. Hasilnya, berbaloi-baloi, kita rasa macam, ala...syiling je, ala...singgit je....

Total amount tabung syiling dan kertas tu selalunya menghampiri RM 2, 000. Pernah juga dapat RM 2, 000 lebih.

Hasil tabungan tahun lepas, kami buat beli peti ais dengan apa ntah lagi satu lupa dah. Sebab peti ais rosak masa tu, urgent beli sebab nak simpan susu saffiyya.

Baiklah, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Maaf, banyak sangat bahasa pasar untuk post kali ni

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memotivasikan Diri Untuk Lebih Berjaya

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,

Nampaknya kami masih lagi tidak mampu mengikut azam yang disenaraikan T_T sedih sangat. Minta maaf ye kawan-kawan, banyak benda yang berlaku, satu per satu menyebabkan diri ni perlu refresh semula untuk mencari kekuatan diri.

Apa khabar kawan-kawan semua, sihat? Alhamdulillah... kami pun sihat, alhamdulillah.

Sungguh nikmat kesihatan itu terlalu besar ertinya.

Dalam 2,3 minggu ni kami selalu ulang tayang dan baca kisah-kisah yang boleh membangkitkan semangat untuk terus melangkahkan kaki. Emosi tidak berapa stabil, tapi alhamdulillah, ALLAH tu Maha Pengasih, takkan tak pernah biarkan kita sorang-sorang, betulkan?


Hari ni nak kongsikan video ni ambil kat Youtube. Sangat memberikan inspirasi, betapa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan. Mungkin hasilnya bukan dalam bentuk wang ringgit.

Diberikan hati yang baik, anak-anak yang sihat, suami yang soleh, ibu yang mithali. Itu semua adalah rezeki.

Tak perlu diukur dengan wang ringgit.

Buat kawan-kawan yang sedang mengalami masalah, menangislah hanya untuk melepaskan lelah sebentar, kemudian, bangkit semula tanpa ada gentar dalam hati ^-^

Ok samapai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS