Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi kerana ALLAH,
Tergerak hati untuk menulis dan berkongsi kisah di sini, mungkin kerana Hari Lahir Ayah yang baru berlalu, mungkin juga sebenarnya yati sedang merindui ayah!
Tadi ketika pergi ke UTC untuk membayar bil-bil utiliti, Ketika masuk ke dalam lif, yati melihat seorang anak gadis, ditemani ayahnya, umur dalam lingkungan 25 -26.
Ye, jangan la tanya balik umurnya. Sebab itu yati terus senyum dan teringat betapa yati juga macam itu dulu. Bukan...yati tak melabelkan adik tersebut tidak pandai berdikari. Yati lebih suka begitu, yati dulu pun seperti itu.
Sumber: Google |
Mula bergelar anak rantau ketika berumur 18 tahun (sambung belajar). Sehinggalah sekarang. Namun ketika masih dalam alam persekolahan, belajar, temuduga dan dapat kerja. Sehinggalah menamatkan zaman anak dara pada usia yang orang tua-tua kata dah lewat (tapi yati tak kisah pun, jodoh tu kan rahsia Allah). Yati lebih selesa ditemani ayah ke mana-mana sahaja.
Meski tau, ayah juga punya kekangan masa dan tenaga, tapi entah kenapa semua benda mahu ayah ada bersama. Pergi beli buku, buka akaun, perbaharui lesen, macam-macam lagi la.
Bukan, bukan tak tahu nak buat sendiri, tapi hendak ayah ada. Sanggup ambil cuti kerja, balik KL dan pergi uruskan dengan ayah. Macam tak boleh buat sendiri kat Kuantan, hahahahahaha.
Kalau cerita temuduga, benda yang ayah ulang-ulang cerita ialah masa yati pergi temuduga di Damansara. Temuduga yang lama, ayah penat menunggu sambil jaga cucu. Apabila yati keluar, lihat ayah sudah seperti seorang pengemis! Kesian! Ayah mengadu pula, cucunya itu pergi tadah air kencing ayah masa ayah kencing. Tak puas ayah nak kencing, hahahahaha. (masa tu anak buah yati baru umur 2-3 tahun agaknya)
Sumber: Google |
Yati punya rasa selesa dan selamat apabila ada dengan ayah. Meski sampai sekarang, ayah masih cium kat dahi tiap kali salam. Betul kasih ayah, sukar untuk ditebak, jarang untuk tampak. Tapi kasih ayah ada di situ.
Sekarang yati melihat anak perempuan kami rapat dengan ayahnya. Yati tidak kisah, malah tika orang cakap dia anak ayah pun yati tidak kisah. Malah suka. Kenapa?
Kerana apabila dia rapat dengan ayah, dia akan tidak kisah dengan lelaki di luar, in shaa Allah. Pernah dengar "Daddy is daughter's first love, and son's first superhero" ? Ungkapan ini betul kan?
Terlalu banyak kenangan yang kami cipta berdua. Terlalu banyak! Masa terus berlalu, usia pun makin bertambah, entah siapa yang akan pergi menghadap Ilahi dahulu.
Sumber: Google |
Satu benda yang saya masih lakukan sejak bergelar anak rantau, akan hari-hari telefon ayah. Paling lama tak telefon 2 hari. Sekarang ayah pun dah pandai guna aplikasi WhatsApp. Tapi, naluri seorang ayah, dia tetap mahu mendengar suara. Dan sekarang anaknya ini telah jatuh ranking entah ke berapa. Hahahahaha. Sebab sekarang kalau telefon tanya cucunya dulu, tanya menantunya dulu...anaknya ni, kadang-kadang tak tanya pun... Y^^ hohoho, jeles ni tau!
Kasih yang tiada penghujungnya, luv u ayah, sampai bila-bila (cium dan peluk).
Ok sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.
Illalliqa' dan salam sayang.
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
0 comments:
Post a Comment