Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Salam Jumaat ^-^ alhamdulillah, kita dapat bersua lagi. Seperti yang dijanjikan. Untuk pertemuan kali ini, kami akan kongsikan tutorial membuat bunga dahlia.
Ilham asal diambil dari blog INI . Namun kami mengolahkannya menjadi double-layered agar nampak lebih berseri dan ceria.
Kawan-kawan pun boleh mencampurkan kreativiti yang ada dalam diri kawan-kawan bagi menghasilkan satu kerja tangan yang menarik dan gojes.
Bunga dahlia ni sebenarnya adalah tempahan dari customer kami. Boleh baca pos DI SINI Kebetulan teringat untuk ambil gambar. Tetapi maaflah, laaaammmmaaaaaa sangat untk tutorial ini menemui kawan-kawan.
Bunga dahlia ni, selain diletakkan sebagai hiasan di atas meja. Boleh juga dilekatkan di buku skrap, hand-made wishing card, deco untuk balut hadiah, macam-macam lagi la.
Ok, jom kita panaskan enjin.
Senarai bahan-bahan yang diperlukan:
1. 8 helai kertas bersaiz 10cm X 10 cm (Kita istilahkan kertas A)
2. 8 helai kertas bersaiz 9cm X 9cm (Kita istilahkan kertas B)
3. Gam kertas
4. Klip kertas
p/s: Untuk tutorial ni, kami gunakan saiz yang disebut di atas, namun kawan-kawan boleh sesuaikan mengikut rasa sendiri. Pastikan kerta A warnanya berbeza dari kertas B)
Cara-caranya:
1. Lipat dua kertas A seperti di dalam gambar (untuk mendapatkan garis tengah)
2. Kemudian, lipatkan lagi sekali (sila rujuk gambar)
3. Setelah dilipat dua kali, ia akan jadi seperti ini.
4. Lakukan juga perkara yang sama pada kertas B.
5. Buka semula lipatan tadi. Akan terhasil 2 garisan tengah yang menghasilkan titik pusat pada kertas. (Perhatikan yang di dalam bulatan).
6. Letakkan kertas B di atas kertas A (dengan menjadikan titik pusat dan garisan lipatan sebagai panduan)
(Tips: Jangan gunakan gam, hanya letakkan kertas B)
7. Lipatkan bucu bawah agar bertemu dengan titik pusat.
8. Lipatkan lagi sekali ke garisan tengah (rujuk gambar).
9. Lakukan perkara yang sama pada bucu di atas.
10. Apabila telah dapat bentuk begini, lipat ke belakang mengikut garisan tengah.
11. Setelah dilipat ke belakang, kertas akan jadi seperti ini. Bahagikan dua kertas dan lipat.
12. Kertas akan jadi seperti ini.
13. Letakkan sedikit gam di dalam lipatas
(Tips 1: Jangan letak gam terlalu banyak)
(Tips 2: Jangan letakkan gam di garisan tengah kertas)
14. Letakkan klip kertas di bahagian cantuman, dan tunggu sehingga gam kering (lebih kurang 15-20 minit) Ini dah dikira sebagai satu kelopak bunga.
15. Sementara tunggu gam kering, Buatkan lagi kelopak-kelopak bunga yang lain. Kawan-kawan boleh juga kurangkan kepada 7 kelopak. kami pernah buat 6, kelihatan tidak berapa cantik.
16. Apabila gam telah kering, cabutkan klip kertas dan pastikan kertas bercantum dengan baik dan cantik.
17. Gamkan dibucu kelopak (lihat gambar).
(Tips: Gunakan gam sedikit sahaja, gam yang banyak akan merosakkan tekstur kertas)
18. Akan jadi camni.
19. Letakkan klip kertas bagi mengukuhkan cantuman gam dia bahagian atas.
20. Dan juga di bahagian bawah.
21. Cantumkan kelopak yang seterusnya.
22. Dan lagi...
23. Dan lagi...
24. Dan lagi...
25. Dan lagi...
26. Sehinggalah kelopak yang terakhir (pandangan dari depan).
27. Pandangan belakang. Biarkan sehingga gam betul-betul kering dan semua kelopak bercantum dengan kemas.
28. Cabutkan klip kertas, dan, Taraaaa! jadilah bunga yang cantik ni
Kawan-kawan boleh klik pada gambar untuk view yang lebih besar.
Tutorial kali ini tidaklah terperinci seperti tutorial sebelum ni. Namun kami harap kawan-kawan dapat manfaatnya. In shaa Allah.
Kalau ada bahagian yang tidak faham, boleh pm kami untuk bertanya atau nyatakan kat ruangan komen pun boleh ^-^ in shaa Allah kami akan balas secepat yang mungkin.
Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.
Illalliqa' dan salam sayang.
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
p/s: In shaa Allah kami akan usahakan untuk 1 bulan 1 tutorial, anggap sahaja yang ini bayar hutang untuk bulan January ye kawan-kawan ^-^
0 comments:
Post a Comment