Powered by Blogger.
RSS

Tutorial: Basic Origami Base; Water Bomb Base (Easy Way)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Selamat menyambut hari kemerdekaan ye kawan-kawan ^-^

Cuti hujung minggu 3 hari, pastinya banyak aktiviti yang kawan-kawan lakukan. Kami? Kebetulan anak kami kurang sihat, jadi tidak ke mana-mana. Hanya rutin seperti hujung minggu yang biasa. Meluangkan masa dengannya. Walaupun kurang sihat, dia masih aktif dan keletah, cuma apabila dia terasa sakit, tidak sedap badan, mulalah merengek dan menangis.

Ok lah, kali ini kami ingin berkongsi bagaimana mahu buat lipatan water bomb base. Bagi sesiapa yang biasa dengan origami, kita akan dapati ada beberapa jenis lipatan asas bagi menghasilkan sesuatu produk origami.

Salah satunya ialah water bomb base.

Setelah bergelumang dengan origami, kami ingin berkongsi tips dan cara yang paling mudah untuk menghasilkan water bomb base. Lain orang lain caranya. Kami selesa dengan cara ini.

Ok, jom!



1. Menggunakan kertas berukuran segi empat sama, lipatkan dua kertas, (atas- bawah; kiri-kanan) dan bukakan kembali lipatan. Lihat garisan.





2. Setelah dilipat dan dibuka semula, kita akan dapat kesan garisan seperti di dalam gambar.




3, Terbalikkan kertas, dan lipat pepenjuru (rujuk garisan memanjang), buka lipatan. kawan-kawan akan dapat kesan garisan pepenjuru yang melekuk ke dalam, dan kesan garisan lurus akan cembung ke atas (yang garisan putus-putus tu)




4. Apabila telah mendapat kesan garisan seperti yang dinyatakan di atas. Kawan-kawan boleh lipatkan ke dalam di bahagian yang bertanda dengan anak panah.




5. Hasilnya, inlah rupa paras water bomb base

Kami lebih suka kaedah ini berbanding kaedah-kaedah lain kerana kesan lipatan garisan yang terhasil memudahkan kami untuk melipat water bomb base ni


TIPS:


Kalau kawan-kawan mempunyai kertas yang mempunyai dua patern yang berbeza. maksudnya depan warna lain, belakang warna lain. Contoh, depan warna A, belakang warna B. Andai kawan-kawan mahu warna B yang menjadi warna untuk base, pastikan pada mula-mula proses melipat (langkah 1). Permukaan warna B yang dilipat dahulu (lihat gambar).


Oklah kawan-kawan. Harap-harap kawan-kawan faham dengan penerangan ni. Kalau tak faham boleh tanya ye

Jangan lupa save tau, sebab tutorial yang akan datang akan menggunakan lipatan asas ni. In shaa Allah, tunggu ye ^-^

Ok lah sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhawah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment