Powered by Blogger.
RSS

Kemahiran Motor Si Manja - Mewarna

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, Allah izinkan untuk menulis di sini hari ni.

Tajuk nampak macam best je ye tak, hari ni edisi tak tau nak buh tajuk apa.

Sebenarnya nak cerita dan berkongsi link-link yang boleh kita; sebagai ibu bapa ambil manfaatnya.

Sejak dua menjak ni, kami selalu mencari buku untuk saffiyya. Alhamdulillah, anak kecil itu sangat teruja dengan buku. Dia boleh ralit bila ada buku. Antara buku yang kami cari, buku mewarna, dan pastinya kami mahukan yang murah! Diulangi murah, edisi berjimat-cermat ye... Y^^

Akhirnya terfikir, boleh sahaja cari di internet, print dan buat copy banyak. Diulangi, buat copy banyak-banyak. Kenapa? Sebab kos fotostat lagi murah dari kos mencetak. Dan anak anda bukan tiba-tiba pandai mewarna, cantik semenggah tekniknya. Itu belum kes dia koyakkan buku tu. 

Ajar anak mewarna ni bagus sebenarnya, banyak menggerakkan motor. Ibu-ibu, ayah-ayah, tolong, jangan lekakan anak anda dengan telefon pintar anda. Bermain bersama, bercakap bersama itu lebih seronok!

Dalam pencarian tu, kami taipkan, "Free download printable colouring book for kids"

Banyak, kawan-kawan boleh pilih ikut tahap dan minat anak. Kami pada awal ini lebih mencari apa yang saffiyya minat, huruf, nombor, alif ba ta, dan akhlak yang baik. Kartun, masih lagi mencari doraemon, tu karakter yang dia suka, syukur, dia tidak gemar akan puteri fantasi (buat masa ini).

Ok, jom kita

http://www.coloring-book.info/coloring/ <<< untuk pelbagai karakter kartun

http://www.kidzfunonline.com/archives/1480 <<< untuk ABC

http://www.uniquecoloringpages.com/doraemon-coloring-pages-and-book.html <<< untuk karakter doraemon

http://www.iloveallaah.com/book/coloring_book_styleislam.pdf <<< untuk akhlak yang baik, buku ni dah dua kali jadi korban saffiyya. Tapi yang bagus, dia tau masjid, azan, siram pokok, sayang emak, tolong emak masak, sedekah, semua yang ada dalam buku tu.





Nanti kami akan tambahkan lagi ye, internet tidak sihat untuk kami copy link, in shaa Allah

Ok la samapai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment