Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Alhamdulillah, bersua lagi kita. Walaupun telah lewat petang, salam Jumaat ^-^
In shaa Allah semoga bermanfaat kepada semua ilmu yang ingin kami kongsikan ni.
Asalnya kami mendapat ilham untuk berkongsi tutorial ini apabila mahu membuat penanda buku yang nampak unik. Lalu kami mencari di enjin carian dan terjumpa video ini
Kawan-kawan boleh rujuk pada video tersebut untuk paparan dan imaginasi visual yang lebih jelas. Cuma kami tidak ikut 100% langkah demi langkah yang ditunjukkan.
Apabila cuba membuatnya, akhirnya kami aplikasikan kaedah yang memudahkan kami.
Ok, jom! Untuk tutorial ini kami gunakan recycle paper. Hasilnya menakjubkan!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kertas
Gunting
Gam
Dekorasi yang sesuai (butang, felt, resin, manik, labuci)
1. Mula-mula guntingkan kertas (kami gunakan 2 jenis kertas yang berbeza bagi memudahkan kawan-kawan faham) Kertas A bersaiz 12.5 cm X 12.5 cm. Kertas B pula bersaiz 5.5 cm X 5,5 cm. Potong kertas B sebanyak 8 keping.
2. Kita mulakan dengan kertas A dulu. Lipat dua kertas A, tapi jangan tekan garisan tengah, hanya cubitkan sedikit untuk kita dapat kesannya. (Lihat pada anak panah)
3. Lipatkan pepenjuru di kedua-dua belah (Rujuk gambar)
4. Selotepkan pada garisan tengah (di dalam kawasan bulatan. Kemudian lipat separuh basi bawah (lipat di garisan lurus)
5. Akan jadi seperti ini. Gamkan ia.
6. Kemudian trim kan bucu (seperti dalam gambar), tapi ni optional je. Kalau tak nak trim pun takpe. Nak trim macam bentuk ombak pun boleh, ikut la kreativiti dan selera kawan-kawan.
7. Ok, sekarang kita beralih ke kertas B. Mula-mula buatkan water bomb base pada kertas B. Kemudian, lipatkan bucu kiri dan kanan ke garisan tengah (Lihat anak panah)
8. Ianya akan jadi seperti ini.
9. Bukakan semula lipatan, letakkan gam di bahagian tengah (lihat anak panah). Biarkan gam kering.
10. Buatkan pada kesemua lapan keping kertas B.
11. Ambil satu unit, letakkan gam di bahagian yang ditandakan dengan anak panah.
12. Ambil unit yang lain, cantumkan seperti gambar.
13. Cantumkan kelapan-lapan unit, sehingga membentuk sekuntum bunga.
14. Kemudian, letakkan gam di bahagian belakang bunga, gamkan ia di kertas A tadi.
15. Kawan-kawan boleh deko menggunkan kertas, butang, pin, bunga, labuci dll.
16. Ini ialah beberapa dekorasi yang kami bereksperimen. Menggunakan kerta kalendar, butang, kain felt. Kawan-kawan boleh kembangkan kreativiti kawan-kawan.
TIPS: Jangan gunakan dekorasi yang 3D, yakni yang berbonjol. kita kena ingat yang ini ialah penanda buku, yang akan diletakkan di bahagian bucu buku. Andai dekorasinya seperti gambar, buku tidak akan tertutup rapat
Sekian, hehehe
Ok la kawan-kawan, nanti kalau dah cuba, bagitau ye ^-^ Kalau tak faham jangan segan-segan tanya tau.
Sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah
Illalliqa' dan salam sayang
~ Cinta ~ Ikhwah ~ Hadiah ~
0 comments:
Post a Comment