Powered by Blogger.
RSS

Resepi: Daging Salai Masak Sos Hitam

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Kawan-kawan yang dikasihi keranaNYA,



Nampak menyelerakan tak gambar kat atas ni. Yum...yum...yum... hehehe, belanja gambar dulu.

Alhamdulillah, hari ini kita bersiaran di waktu pagi. Semalam, selepas berkongsi tutorial origami water bomb base, kami dok mengira, berapa tutorial yang dah ada. Baru empat.

In shaa Allah, kami akan cuba kejarkan sehingga ianya menjadi 9, sebelum oktober menjengah. Mahu juga mencapai azam yang telah dilafazkan, in shaa Allah.

Hari ini kami akan kongsikan tutorial yang ke-5. Kali ini bukan pasal kraf, sambungan semalam tunggu dulu ye kawan-kawan, belum siap lagi edit gambar-gambarnya.

Pagi ini kita main masak-masak, mana tahu boleh memberi ilham buat kawan-kawan untuk jadikan juadah tengah hari nanti.

Ok, jom!

Bahan-bahannya:

250 g Daging salai (Lebih kurang 2 cakup genggam)
2 batang serai (dititik. kalau kecik, boleh tambahkan lagi)
1 biji bawang besar (belah 6)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 sudu cili blend
5 sudu kicap pekat
1 sudu sos lada hitam
1 1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Sedikit garam



1. Sediakan bahan-bahan untuk ditumis



2. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau



3. Masukkan cili blend sehingga pecah minyak (cili masak)



4. Setelah cili masak, masukkan air. Kemudian, masukkan kicap pekat dan sos lada hitam. Kacau sebati sehingga kuah kelihatan pekat.



5. Masukkan daging salai. Gaul sebati. Rasakan masinnya, kalau dah cukup tak perlu tambah garam



6. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat seperti sos. 

TIPS: Jangan tambah bancuhan tepung jagung ye kawan-kawan untuk bagi pekat, sebab nanti kuah tu tak meresap dalam daging. Daging salai tak macam daging biasa, kena bagi dia lama berendam dalam kuah, baru sebati rasa kuah dengan daging.

Dah siap! Senang je kan. Kawan-kawan boleh cuba nanti. Variasi untuk masak daging salai. Selalu kita makan gulai je kan, boleh cuba yang ni pulak. Buat sesiapa yang suka rasa black pepper memang terbaik la, boleh tambahkan serbuk black pepper kalau nak lagi terangkat pedasnya, dan umphhhhnya.

Ok la kawan-kawan, jangan lupa cuba ye ^_^

Sampai sini dlu, in shaa Allah ada kelapangan kita jumpa lagi.

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

bella said...

X payah rebus Daging Salai dulu ke

Leyanita Craft Studio said...

boleh juga kalau nak rebuskan, tapi saya x buat pun ^-^

Unknown said...

Terimakasih Resepi: Daging Salai Masak Sos Hitam nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
Salam Kue Kacang Tanah

Post a Comment