Powered by Blogger.
RSS

Terima Kasih!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ini, kami mahu menyajikan yang indah-indah sahaja. Kawan-kawan masih ingat lagi cerita kami sebelum ini. Kalau tak ingat boleh tengak balik kat SINI ^-^ 

Alhamdulillah...pada petang hari Rabu, Yati menerima bungkusan ini. 



Suka sangat-sangat. Yati pun maklumkan kepada Kelengkapan Haji dan Umrah tentang penerimaan ini. Siap pos di fb tau, punyalah teruja dan seronok. 

Tapi, tidak terus buka, kerana incik imamku turut sama teruja, jadi, kenalah balik rumah dulu (dapat bungkusan ini di pejabat). Alkisah, sampai-sampai je di rumah, bukan Yati yang buka bungkusan ini, incik imamku yang dengan penuh semangat buka.

Tarrraaaa.... rupanya ada kejutan (surprise) di dalam bungkusan ini, sangka kami, hanya tudung sahaja. Rupa-rupanya disertakan sekali kasut yang comel. Jom, layan gambar.



Terus cuba, dengan muka berminyak-minyak baru balik kerja. Labuh tudungnya dan ada lapik dagu. Pakaian solah, kalau istilah kami. Incik bos pun setuju, dan suka kerana kainnya sejuk dan lembut, dannnnn...incik bos cakap, tutup aurat ^-^ (Errr...siapa ntah la yang teruja lebih ni)

Buat yang ingin mendapatkan tudung ini, bolehlah ke page beliau, boleh klik juga di tepi blog kami, di bahagian Blog List untuk ke blog beliau. Meh, Yati tunjukkan. 


Opsss...terlupa pula kasut yang comel tu. Melalui page di fb, kami mengetahui ianya dipanggil Kasut Korea. Baiklah, ini rupa kasut tersebut.



Comel kan? ^-^  Macam tau-tau je kami memang suka warna hijau. Hehehe. Ada cerita menarik tentang kasut ini. Psssss...incik imamku tidak puas hati, katanya, "camna kaki abang boleh muat kasut kecik ni" Hahahahahahahahahaha. Kes daripada tidak percaya melihat kaki Yati muat molek dalam kasut tu, incik imamku pun turut mencuba. Ternyata kasut ini free size, dannnnnnn...sangat selesa.

Apabila mendapat hadiah sebegini, hati bagai digamit untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Sahabat-sahabat doakan kami ye...semoga ALLAH menjemput kami menjadi tetamuNYA. Sahabat kami, Kak Liza, baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah, dan kami menerima hadiah ini. Ternyata hati terusik untuk pergi ke sana. Diselubungi cerita-cerita indah, dan ungkapan rindu. Semoga kami dapat pergi ke sana nanti. Amin.

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st Giveaway dari Kelengkapan Haji dan Umrah


Assalamua’laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Alhamdulillah…semalam pagi Yati menerima khabar gembira ^-^ namun semalam tidak sempat berkongsi kegembiraan di sini.

Nama Yati diumumkan tersenarai di antara 5 orang pemenang 1st Giveaway dari page Kelengkapan Haji dan Umrah. Boleh klik SINI untuk melihat page tersebut di fb. Dan di  SINI untuk menjengah ke blog beliau. (in shaa Allah, nanti Yati mahu letakkan blog beliau dalam list)

Di bawah ini ialah gambar ketika Yati sama-sama menyertai 1st Giveaway tu.



Inilah gambar yang yati ambil di page tersebut



Close up sikit, Nur Hayati tu sayalah…hehehe ^-^ alhamdulillah…rezeki ALLAH



Seronok sangat dapat hadiah ni. Semoga hadiah ni menjadi semangat untuk Yati terus istiqomah dalam menutup aurat. Doakan Yati ye kawan-kawan.

Buat Ima, terima kasih…hadiah ni sangat bermakna buat Yati. Telah lama mengidam nak memiliki tudung yang mampu menutup aurat ikut syariat. Alhamdulillah, ALLAH beri dengan cara ini…Syukur sangat-sangat.

Buat sahabat-sahabat yang mahu mendapatkan kelengkapan untuk menunaikan haji dan umrah, boleh jenguk-jenguk ke page tersebut. Harganya berpatutan, dan yang penting aurat terjaga.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Biji Saga Lagi


Assalamua’laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Hari ini, ceritanya pendek sahaja…sambungan keterujaan mengutip biji saga…Kali ini tidak teruja sangat, kerana telah ramai yang tahu itu pokok saga, dan mereka juga mengutip biji saga.

Tidak mengapa, kerana kami yakin in shaa Allah ada rezeki kami untuk mengutipnya lagi. Mudah-mudahan pokok itu sentiasa berbuah. Amin.

Baiklah mari kita cuci mata dengan gambar-gambar yang tidak seberapa ini.



Ini ialah kelongsong biji saga (Again, incik imamku yang jumpa dan tunjukkan,  agak jakun juga melihatnya…hahaha)

Close up sikit…



Ini pula biji saga yang berjaya dikutip, dan telah dibersihkan…banyakkan…saya suka, saya suka (gaya Mei Mei).



Yang ini…bolehlah nak masukkan dalam cerita, yang ini incik imamku sedang melakukan eksperimen, berapa lama biji saga tahan apabila direndamkan di dalam air… Seandainya berjaya, akan berlakulah lagi proses mengutip biji saga secara besar-besaran…hehehe…lantaran incik imamku mahu meletakkannya di dalam akuarium



p/s: Errr…biji saga tak beracun kan?kan…?

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Lampam Colek Sambal


Assalamua’laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi kerana ALLAH,

Tengah buat apa tu? Mungkin ada yang blog walking mencari-cari resepi untuk dimasak malam ni. Atau mungkin ada yang sedang masak di dapur. Atau sudah bersandar kekeyangan…Apa menu makan malam sahabat-sahabat hari ini?

Hari ini Yati tidak bercerita tentang kraf, tapi nak cerita sikit tentang seekor ikan yang comel. Nama dia ikan lampam.



Mesti sahabat-sahabat semua hendak tahu kan, bagaimana pula ikan comel ni boleh berada dalam dapur kami. Dia seekor je pula tu.

Alkisah, hari tu kami masuk pertandingan memancing, kat kolam Taman Bandar. Inilah satu-satunya hasil yang boleh dibawa balik. Ehhh…bukan tak dapat ikan tau, en asben  incik imamku dapat menaikkan ikan keli afrika yang besar, sekilo lebih. Syarat pertandingan, ikan itu perlu dilepaskan kembali ke dalam kolam (lupa pula mahu ambil gambar ikan tersebut).

Apa hadiahnya? Dukacita dimaklumkan, tiada. Baru kami tahu rupanya dalam kolam tu ada banyak ikan-ikan besar. Walaupun pertandingan sehingga ke nombor 80, namun ikan incik imamku tangkap tu tidak termasuk langsung dalam ranking

Namun sukacita dimaklumkan,  sepanjang incik imamku masuk pertandingan memancing, itulah ikan yang paling besar yang sudi makan umpan dia (kira rekod tu). Sukacita dimaklumkan juga, pertama kali buat Yati ikut incik imamku memancing. Seronok ke? Mestilah seronok, sebab Yati dah laammmmmmmmmmmmmmaaaaaaa sangat tak pergi memancing.

Lagi satu sambil teman incik imamku, Yati buat lah kerja-kerja kraf. Apabila bosan buat kerja-kerja kraf, Yati bacalah buku…seronok, seronok, seronok…Macam-macam gelagat orang kita boleh ambil teladan. Satu yang kami kurang suka melihatnya, sampah dibuang merata-rata. Kami memang dah bawa plastik sampah dari rumah siap-siap. Mampu tolong kutip di kawasan sekitar kami je la. Hmmm…..

Eh…jauhnya melalut ikan lampam tu niat di hati nak masak gulai, tapi apabila tau ikan tu banyak tulang…kensel  tidak jadi la. Dah la comel, sekor je pulak tu, satu hal pulak nanti nak melayan tulang-temulang tu. Akhirnya….tarraaaaaa…..ikan lampam di goreng garing-garing, senang nak makan, tulang dia boleh telan sekali…hehehe.



Ikan lampamnya yang atas sekali tu (yang dibulatkan). Disebabkan perut kami mempunyai ruang yang luas, maka… (sila isi sendiri tempat kosong)  Hehehe.  Lagi dua ekor di bawah tu, ikan mata besar (ayah Yati panggil ikan uji Rashid :D)Yati masakkan sambal cili kering, untuk dibuat colek…Yumm…yumm…

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teruja Mengutip Biji Saga

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Ada sesiapa pernah kutip biji saga? Pernah? Jikalau pernah, zikirlah "alhamdulillah" syukur kerana tidak semua orang diberikan pengalaman yang sedemikian.

Jangan tidak percaya, dalam usia yang nak masuk 3 series hujung tahun ni, saya baru pertama kali mengutip biji saga (Itu pun mujur suami yang kenal pokok saga...kalau tanyakan saya, haih...) Dan keterujaan saya itu melebihi seorang kanak-kanak! Hahaha...

Pertama kali tengok pokok saga (eh silap, banyak kali, cuma tidak tau itu pokok saga), pertama kali terkedek-kedek macam itik mengutip biji saga ^-^

Baiklah tak nak cakap banyak, jom tengok biji saga yang saya kutip hujung minggu yang lalu. Tempatnya? tak mahu beritahu, sebab saya tamak...huhuhu...hari tu sebab terlewat perasan pokok saga tu, disebabkan ada urusan lain, ini sahajalah yang sempat dikutip



Ini sebelum dibersihkan, melekat lagi tanah-tanah. Yang dah bersih...tarrrraaaaa.....



Cantikkan...tapi sikit je dapat (sedih) tidak sampai segenggam rasanya. Mudah-mudahan ada lagi rezeki untuk kutip biji saga ni. Harapan saya, kalau dapat sebotol pun jadilah...buat hiasan dan untuk tatapan generasi hari ini. Jangan tipu, saya tau, anak-anak sekarang hanya kenal biji saga melalui perumpamaan "Merah seperti saga" atau mungkin proton saga. Jua dengan melihat gambar.

Saya? Eh...sekurang-kurangnya saya pernah tengok biji saga kepunyaan seorang kawan ketika zaman masih berhingus tau. Alhamdulillah...syukur...syukur...syukur.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengumuman: Tempahan Kraf

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Buat sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Agak lama kita tidak bersua di ruang ini, berkongsi cerita. Bulan lalu boleh dikatakan hampir setiap minggu kami balik kampung, menemani emak yang kurang sihat. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan. 

Sekarang emak sudah keluar wad, dan masih dalam penjagaan kerana luka masih belum sembuh sepenuhnya. Buat sahabat-sahabat yang suka merendamkan kaki di dalam air, mohon berhati-hati, kerana luka di kaki emak kami merebak, bukan disebabkan oleh diabetis, tetapi bakteria yang berada di dalam air. Apabila Doktor telah mengetahui puncanya, rawatan yang diberikan membuatkan luka di kaki emak makin mengering. Doakan supaya emak kami segera sembuh.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari jumaat yang kedua bagi bulan ini (Mac). Sempena keberkatan penghulu segala hari ini, kami ingin mengumumkan penghijrahan kami ^-^ 

Mulai hari ini, kami tidak lagi mengambil tempahan kraf yang berbentuk haiwan. Melainkan ianya hendak diberi/ dihadiah kepada kanak-kanak sebagai permainan. Ini kerana kami tidak mahu termasuk dalam golongan 'tangan-tangan pengukir patung'. Kami pohon maaf sebelum ini kami tidak mengambil berat akan isu perhiasan ini. 

Mulai hari ini juga kami ingin menampilkan kraf-kraf bermotifkan flora untuk hiasan, dan jua tidak lupa untuk anak-anak kecil, kraf-kraf yang bersifat pembelajaran dan permainan, in shaa ALLAH. Jua kraf-kraf seperti bakul, bekas menyimpan barang, dan kotak-kotak hiasan, in shaa ALLAH.

Mulai hari ini juga (berapa banyak kali 'mulai hari ini' daaaa Y^^) kami bersedia untuk menerima tempahan mengikut citarasa pelanggan. Maksudnya begini, sahabat-sahabat boleh beri contoh gambar kraf hiasan flora/ permainan/ bekas yang sahabat-sahabat inginkan. Kemudian kami akan cuba hasilkan kraf tersebut (jika ianya di dalam kemampuan kami).

Semoga hijrah ini membawa kebaikan kepada semua. amin.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS