Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Seperti yang dijanjikan, ini adalah kesinambungan dari cerita yang lepas. Tanpa berlengah lagi, jom kita teruskan projek kita ini.
1. Mula-mula kita dapatkan plastik pembungkus makanan/ minuman.
2. Kemudian, kita lukiskan bentuk segiempat tepat yang bersaiz 2" X 4.5" di atas plastik tersebut.
3. Sahabat-sahabat boleh menggunakan pembaris dan marker pen/ pen/ pensil (bergantung kepada jenis plastik). Selain dari itu, sahabat-sahabat boleh juga mengunakan templat. Caranya, guntingkan kertas keras (kami gunakan kad jemputan perkahwinan) mengikut saiz di atas, kemudian surih templat tersebut di atas plastik.
4. Selepas itu, sahabat-sahabat bolehlah mengunting bentuk segiempat tepat tersebut
Nota: Selain dari menggunakan gunting, sahabat-sahabat juga boleh menggunakan pisau, rotary cutter, atau apa sahaja medium untuk memotong yang sesuai.
6. Dan akhirnya, beginilah hasilnya plastik-plastik tersebut. Untuk plastik yang bersaiz besar (plastik roti krim misalnya) boleh menghasilkan empat helai plastik dengan saiz yang diingini.
Baiklah sampai di sini dahulu, nanti kita akan sambung cara-cara untuk melipatnya pula di episod yang akan datang. In shaa Allah.
Buat sahabat-sahabat yang tidak sabar mahu meneruskan pelajaran hari ini...boleh rujuk di sini. Cuma, pihak kami tidak mengambil bulat-bulat dari blog tersebut. Kami telah meneliti beberapa blog dan video sebelum memilih di sana sini untuk memudahkan kerja kami dalam menghasilkan kraf ini ^-^
p/s: Kami amat berbesar hati senadainya ada sahabat-sahabat yang mahu berikan kami stok plastik, supaya kami dapat meneruskan kelangsungan projek ini.
~cinta~ukhwah~hadiah~