Powered by Blogger.
RSS

Kraf Kitar Semula: Botol Kaca

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Lama tidak bersua di ruang maya ini, rindu pula pada sahabat-sahabat yang setia mengikuti blog ini ^-^ Kami ingin meminta maaf lantaran lama tidak meletakkan cerita di sini. 

Apa aktiviti kami yang terbaru? Buat masa ini tiada tempahan origami. Sekarang kami sedang ralit dengan aktiviti menjahit manik. Hehehehe. Eh, bukan...bukan... Bukan menjahit manik di baju, tetapi di beg. Kami menolong sahabat baik kami, Puan Yana (yang masih lagi pengantin baru...hehehe) untuk mencantikkan beg-beg comelnya (pssttt...dia memang suka tukar-tukar beg ikut warna baju)

Baiklah, berbalik kepada topik di atas. Mungkin ramai yang sudah tahu dan arif, apa kegunaan botol-botol kaca terpakai, kami di sini cuma ingin berkongsi sedikit ilham. Semoga ianya memberi manfaat kepada sahabat-sahabat.

Botol yang pihak kami gunakan ialah botol kicap pekat, setelah dibuang perekat labelnya. Botol dicuci bersih. Di sini kami ingin memberi sedikit tip-tip bagaimana untuk membuang perekat di botol kaca. Cara kami:

1. Rendamkan botol dalam air sabun (tenggelamkan bahagian perekat dalam air sabun) semalaman.
2. Kemudian, gosokkan bahagian [erekat menggunakan span hijau (yang guna untuk menyental kerak nasi tu...hehehehe)
3. Kalau masih ada perekat yang tak mahu tertanggal, rendamkan span hijau dalam minyak masak. Kemudian gosok di kawasan perekat tersebut.

Untuk hiasan dibotol pula. Kami kongsikan teknik dekorasi yang menjimatkan duit. Tak perlu untuk membeli warna yang mahal di pasaran untuk mengecat kaca. Pihak kami gunakan glitter glue. Pernah tak lihat di rak-rak alat tulis? Pasti pernah kan. Kanak-kanak suka bermain dengan gam ini kerana ianya berkilat (mereka suka letak di kuku, konon-konon perasan macam pakai pewarna kuku la...hehehehe). Harganya saya beli dalam RM2-RM3 sahaja satu pek (ada enam warna dalam satu pek).

Hiaskan mengikut citarasa sahabat-sahabat. Pihak kami memilih motif berbentuk hati  untuk dekorasi kali ini 



Kemudian, kami letakkan di tepi tingkap bagi proses pengeringan. Pastikan semasa menghias, gam tersebut diletakkan penuh, kerana apabila gam kering, akan terdapat ruang-ruang kosong. Inilah hasilnya apabila gam telah kering: 

  

Kemudian saya isikan dengan kapal kertas mini yang dilipat sendiri. Unik bukan...selalunya kita hanya terfikir untuk melipat bintang untuk diletakkan di dalam botol. Kali ini kita tukar selera pula. Pihak kami menggunakan kertas terpakai untuk melipat kapal/ sampan ini. 

Kepada kanak-kanak zaman 80-90an, mesti tau bagaimana mahu melipat kapal ini. Melipat kertas model kapal adalah sesuatau yang popular satu ketika dulu. Sesiapa yang masih ingat lagi, bolehlah mencuba ilham ini pula. Sambil melipat, sambil terkenangkan zaman kanak-kanak...manis sangat kan....



Kami memilih variasi tona warna hijau ^-^ sahabat-sahabat boleh melakukan eksperimen dengan pelbagai warna yang ada.

Akhir sekali, sedikit sentuhan untuk mencantikkan/ memperkemaskan hiasan. Kami gunakan hiasan ladybird (juga kami beli dengan harga yang murah). Di samping mencantikkan botol, ianya juga menutup cela di penutup botol. 


Sudah siap! Mudah dan murah. Bersedia untuk dijadikan hiasan di atas meja atau diberikan sebagai hadiah untuk sahabat-sahabat lain bagi mengeratkan ukhwah ^-^ Yang kami punya ni? Oh, yang ini telah kami masukkan dalam beg kertas untuk diberikan kepada salah seorang sahabat kami...Siapa? Cuba baca balik tulisan di atas, mesti jumpa satu nama. Ini untuk dialah! 

Sahabat-sahabat boleh mencuba ilham ini. Daripada kita buang sahaja, boleh dikitar semula menjadi sesuatu yang berharga. InsyaAllah di lain kali kami kongsikan pula ilham kraf yang lain. Selamat mencuba!

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Anonymous said...

GOOD EFFORT. TQ.

PEMINAT BISKUT said...

USAHA YANG BAGUS.
MEMANG KREATIF.

Leyanita Craft Studio said...

Tq for the nice support ^-^

Leyanita Craft Studio said...

Alhamdulillah, di samping dapat kitar semula, mungkin boleh jadikan aktiviti menarik dengan anak-anak ^-^

Post a Comment