Powered by Blogger.
RSS

Ada Yang Bertanya: Isu Hak Cipta

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Doa kami, agar sahabat-sahabat sentiasa berada dalam lindunganNya. Melihat senario hari ini, dengan cerita-cerita yang tidak sedap untuk ditatap, membuatkan kami sentiasa berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan. Adakah sekarang manusia makin gila dan hilang rasa cinta sesama saudara? Bukankah Islam mengajar kita tentang ukhwah dan kasih sayang...

Oh, maaf ye sahabat-sahabat, agak serius pula kita pagi ini...Baiklah, mari tarik nafas dan ucap asmaNya dengan perlahan-lahan...sedikit lega? Alhamdulillah. Hanya pada Dia kita mohon perlindungan.

Baiklah, perkara yang ingin kita bincangkan pada hari ini agak berat. Melihat tajuk di atas, mungkin ada sahabat-sahabat yang pernah tertanya-tanya akan isu ini di dalam hati.

Ingin pihak kami terangkan di sini, kebanyakan model origami 3D kami diambil daripada video-video yang diletakkan di rangkaian Youtube. Ada juga model yang kami ubah suai sedikit bagi menepati selera pelanggan-pelanggan kami, dan ada juga yang kami olah sendiri setelah lama bereksperimen dengan beberapa model.

Namun begitu kami tidak ambil mudah perkara ini, sebelum blog ini ditubuhkan, pendek kata, sebelum kami memulakan memasarkan model-model origami kami telah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada pereka bentuk origami. Malah jika sahabat-sahabat ada membaca bahagian 'Intro' awal-awal lagi telah kami berikan pautan asal model origami kami.

Di bawah adalah proses diplomasi kami sebagai menghormati hak cipta pereka tersebut, dan bagaimana kami mendapat kebenaran bersyarat ^-^ daripadanya. 






Kami, pihak Leyanita Craft Studio menghormati setiap hasil reka cipta, kerana kami tahu, bukan perkara mudah untuk mecipta sesuatu rekaan.

Semoga dengan penjelasan ini, sahabat-sahabat dan mereka yang bertanya faham dan jelas akan perkara ini. 

~cinta~ukhwah~hadiah~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment