Powered by Blogger.
RSS

Garage Sale: Episod 1 (Glassware)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Kali ini kami nak hebahkan tentang garage sale yang kami sedang lakukan. Untuk pengetahuan kawan-kawan, kami dalam proses untuk mengurangkan barang-barang yang disimpan lantaran mempunyai kawasan penyimpanan (stor) yang terhad.

Ada beberapa barang yang telah kami asingkan untuk tujuan sedekah, dan ada yang kami asingkan untuk garage sale.

Untuk kali ini, kami letakkan 3 barang kaca yang ingin kami jual dengan harga yang murah.

Check it out >>>>

1. Soup mug/ Mug sup


 Ciri-ciri: 
* Status: Used
* Kondisi:  9/ 10 - jarang sangat-sangat guna, buat perhiasan je kat dapur
* Tertera resepi beberapa jenis sup di depan mug
* Jumlah mug: 4 buah (2 buah dengan resepi mushroom soup, 1 buah dengan resepi onion soup, 1 buah dengan resepi tomato soup)
* Harga: RM 6/ unit, tapi kalau beli set RM 20 je untuk empat-empat mug (without postage)
* Kalau beli set, percuma yellow smiley soup mug (yang kat atas tu)
* COD; IM, Balok & Pantai Batu Hitam
* Postage: Add RM 10 untuk semenanjung & RM 16 untuk Sabah & Sarawak



2. Set pitcher & glass - SOLD




Ciri-ciri:

* Status: Used
* Kondisi: 9/10 - pun jarang sangat-sangat guna, banyak dok dalam kotak barang je
* Warna: Macam dalam gambar, corak bunga kecil-kecil, warna biru + putih
* Kuantiti: 1 jag + 5 gelas
* Harga: RM 10 (without postage)
* Postage: Add RM 7 untuk semenanjung, Add RM10 untuk Sabah & Sarawak
* COD; IM, Balok, Pantai Batu Hitam



3. Set Cawan (without piring) - SOLD




Ciri-ciri:

* Status: Used
* Kondisi 9/ 10 - cawan patern lama, kaca tebal dan tahan lasak, corak kat cawan pun tak pudar
* Kuantiti: 6 
* Keistimewaan: Microwave oven proof. Boleh bake kek kat dalam cawan ni, dan boleh direct panaskan air dalam microwave 
* Harga: RM 10 (without postage)
* Postage: Add RM 7 untuk semenanjung & RM 10 untuk Sabah & Sarawak
* COD; IM, Balok, Pantai Batu Hitam



Kalau ada kawan-kawan yang berminat, boleh hubungi Incik imamku >>> Shahhir: 013-6039325
Boleh juga emelkan kat kami, leyanitacraftstudio@gmail.com

Setakat itu dulu, in shaa Allah nanti kita berjumpa lagi untuk episod yang lain ^-^

Mode: Masih dalam proses mengemas dan susun atur rumah

~ cinta ~ ukhwah ~ hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan dengan Tangan Kiri, Tanpa Disedari

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Salam Jumaat, bagaimana cuaca di tempat kawan-kawan hari ini? Di Kuantan, buminya sedang dibasahi hujan. Alhamdulillah, doa kami semoga hujan ini adalah hujan rahmat, di hari Jumaat yang banyak barakah, in shaa Allah.

Masa telah masuk ke tengah hari, tapi di sini masih gelap, ibarat pagi. Apa menu tengah hari ini? Kawan-kawan di rumah, tentu sudah siap memasak, menanti anak-anak dan suami pulang untuk menjamah bersama-sama. Alangkah seronoknya!

Kawan-kawan di pejabat pula bagaimana? ^-^

Di penghulu segala hari ini, kami ingin kongsikan sebuah perkongsian, ilmu yang kami petik dari slot motivasi pagi di radion ikim.fm

Terlebih dahulu kami mohon maaf kerana sudah tidak mengingati nama ustaz yang mencurahkan ilmu dan bila tarikhnya ketika mendengar. Rasanya dalam sebulan lebih yang lalu juga. Baru hari ini kami dapat berkongsi dengan kawan-kawan.

Maaf sekali lagi, kerana kami tidak mengikuti slot itu dari awal, hanya dapat separuh isinya, yang sangat memberi kesan di hati. Semoga perkongsian ini juga memberi manfaat kepada kawan-kawan, amin.

Ihsan Google

Sebagai Muslim, majoriti kita tahu, adab ketika makan>>> makan dengan tangan kanan.

Sejak kecil kita telah terdidik begitu. Rasulullah saw juga pesan, jangan makan dengan tangan kiri, sebab itu ikut perangai syaitan.

Tapi tanpa kita sedari, ada perlakuan kita mengikut perkara yang ditegah ini. Yeke??? Bila pulak??? Selalu memang makan tangan kananlah!

Meh tengok gambar kat bawah 

Ihsan Google

Haaa...betulkan...kerana mahu ikut etika di meja makan elit. Kita diajar untuk memegang garfu di tangan kiri, kemudian menyuapkan makanan ke dalam mulut menggunakan tangan kiri.

Inilah perkara yang kami terkesan. Bukan itu sahaja, kena di batang hidung kami apabila etika makan seperti gambar di bawah ni juga;

Ihsan Google

Makan sandwich menggunakan kedua-dua belah tangan. Dan lagi...contoh yang kami pernah buat ialah apabila makan mee/ bihun/ spageti. Kami suka makan menggunakan garfu sahaja, tanpa sudu, mee akan dililit-lilit di jari garfu, kemudian disuapakn ke mulut. Kadang-kadang menggunakan tangan kanan,, kadang-kadang guna juga tangan kiri.


Uwaaaaa......terasa kerdilnya ketika mendengar ulasan ustaz tersebut. Selama ini bagai terpejam mata dan minda untuk mengolah adab makan yang tidak betul ini.

Ustaz ada menyebut juga kita terlalu bangga dengan etika makan elit ini, sebaliknya ada negara barat yang mengharamkan makan menggunakan tangan kiri (maaf terlupa nama negara yang disebut ustaz). Tambah ustaz lagi, mereka akan memotong daging menggunakan pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri, tetapi apabila mahu menyuapakn makanan ke mulut, mereka akan ambil garfu dengan tangan kanan dan suapkan ke mulut. 

Banyak lagi adab makan yang lain, semuanya punya hikmahNYA.

Jom, kawan-kawan, audit diri dan doa, semoga kita berada dalam golongan yang esoknya lebih baik dari hari ini. Amin.

Kami undur diri dulu, ada kelapangan, kita jumpa lagi, in shaa Allah ^-^

~ cinta ~ ukhwah ~ hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahun Baru >>> Buka Sekolah dan Pengalaman Masuk Sekolah

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Bagaimana rasanya masih bernafas untuk menikmati tahun 2014? Bahagia? Sesak? Sempit? Tenang? Rata-rata kita mempunyai cerita yang tersendiri, kami di pihak Leyanita Craft Studio menghormati setiap rasa yang tercipta.

Ada di antara kita yang sudah merancang pelbagai perkara. Ada juga yang hanya menurut sahaja laluan masa. Setuju tak kalau kami katakan masa terlalu pantas berlalu. Perlu bijak dalam menguruskannya, biarlah seimbang dunia dan akhirat.

Baiklah jangan stress sangat, hari ini rata-rata mak ayah paparkan gambar anak-anak yang baru pertama kali masuk ke sekolah.

Ada yang tidak sabar, pagi-pagi sudah bersiap, ada yang cool. Ada juga episod, mak ayah yang lebih-lebih berbanding anak. Hehehehe ^-^

Kami ingin kongsikan cerita kami. Opsss...bukan...bukan...kami belum memiliki cahayamata lagi, masih di dalam rahim ibunya. Ini cerita kami.

Kadang-kadang imbau balik kenangan lama pun best juga kan? Kenangan yang pahit satu ketika dulu, dalam kondisi yang lebih matang, kita boleh tergelak apabila teringat kembali.

Kenangan kami, ketika mahu masuk ke sekolah tabika, bukanlah satu masalah yang besar. Masih cool. Cerita kelakar bermula tika hendak masuk darjah 1. Bersekolah lain dari kawan-kawan se-tabika (sebab arwah mak kerani di sekolah tu). Itu juga bukan masalah utama. Masalah utama >>> sebab along berada dalam darjah 3, sedangkan kami di darjah 1.

Hahahahahaha. Ntap apa-apa! Disebabkan kebanyakan kawan-kawan, kakak/ abang di atasnya bersekolah di darjah 2 (maksudnya umur cuma selang setahun), sedang kami dan along umur berselang 2 tahun. Oleh sebab ketidakpuasan hati, kenapa along terus masuk darjah 3, kalau macam tu, kami nak duduk darjah 2. Hahahahaha...suka-suka hati.

Disebabkan hal tu, tak mau beli baju sekolah. Tak mau beli beg sekolah. Tak mau beli kasut sekolah.

Tapi, mak ayah tetap beli. Esok mahu memulakan sekolah, kami meraung-raung, tak nak pergi sekolah.

Sehinggakan sorok beg dan buku-buku sekolah bawah katil. Hahahahahaha

Tapi mak...tau punya kerenah anak-anak. Jumpa juga beg tu.

Akhirnya pergi juga sekolah, dengan tidak puas hati. Dah sampai sekolah, jumpa kawan-kawan baru, dan tak ingat dah kes nak masuk darjah 2 tu...hohohoho.

Lain pula ceritanya adik kami, ketika masuk tabika. Disebabkan punya tiga nama, apabila cikgu hanya memangil sehingga namanya yang kedua, lain dari panggilannya di rumah. Dia tidak angkat tangan, sehinggakan cikgu fikir dia tidak datang ke sekolah.

Apabila disiasat...alkisah...dia cakap, itu bukan nama dia...adessss....hahahahaha

Tiap-tiap kita ada pengalaman menarik kan? Sejujurnya anak-anak dulu tidak sama seperti anak-anak sekarang. Berbeza kerenah dan pengalaman hidup.

p/s: Apa pula cerita kawan-kawan? ^-^

~ cinta ~ ukhwah ~ hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulasan >>> Apple Learning Holy Quran Machine

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Salam Jumaat ^-^ terasa segar di penghulu segala hari. Banyak sunnah yang boleh kita amalkan pada hari ini, in shaa ALLAH.

Kali ini kami ingin buat ulasan tentang sebuah alat pengajaran (learning device) untuk anak-anak kecil. Kami membelinya di sini; Si Kecilku Comel (FB).



Ulasan kami: Sangat berpuas hati

Kami membeli permainan ini dan memperdengarkannya kepada anak yang masih berada dalam kandungan ini. Harapan kami, semoga anak yang sedang mendiami di dalam rahim ini biasa dan selesa dengan alunan ayat-ayat suci, disamping mendidik jiwanya, semoga baik akhlaknya...amin...amin...amin...

Kami copy and paste ciri-cirinya di sini, senang untuk sahabat-sahabat rujuk:

=>> APPLE LEARNING HOLY QURAN MACHINE <<==

 Mahu membiasakan anak-anak mendengar ayat al-Quran, doa-doa dan nasyid kanak-kanak?
 Mahu mendidik hati dan jiwa dan mereka supaya tenang dan sabar?
 Mahu anak-anak menghafaz ayat suci al-Quran dan doa sejak kecil?

Miliki APPLE LEARNING HOLY QURAN MACHINE untuk si comel anda!

Lebih 50 Fungsi yang Pelbagai:

16 SURAH PENDEK :
[♥] Al-Fatihah
[♥] Al-'Adiyat
[♥] Al-Qori'ah
[♥] Al-Takathur
[♥] Al-'Asr
[♥] Al-Humazah
[♥] Al-Fill
[♥] Quraish
[♥] Al-Ma'un
[♥] Al-Kauthar
[♥] Al-Kafirun
[♥] An-Nasr
[♥] Al-Massad
[♥] Al-Ikhlas
[♥] Al-Falaq
[♥] An-Nas

DOA SOLAT:
[♥] Kalimat Tauhid 

[♥]Syahadat 
[♥]Adzan 
[♥]Doa Solat 
[♥]Takbir awal sampai salam.

26 DOA HARIAN :
[♥] DOA SEBELUM TIDUR
[♥] DOA MASUK TANDAS
[♥] DOA KELUAR TANDAS
[♥] DOA SEBELUM WUDHU
[♥] DOA PAGI HARI
[♥] DOA SEBELUM MAKAN
[♥] DOA SOLAT JENAZAH
[♥] DOA MEMAKAI BAJU
[♥] DOA KELUAR RUMAH
[♥] DOA MASUK MASJID
[♥] DOA KELUAR MASJID
[♥] DOA NAIK KENDERAAN
[♥] DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM
[♥] DOA MENZIARAH ORG SAKIT
[♥] DOA KETIKA BERSIN
[♥] DOA KETIKA HUJAN
[♥] DOA MELIHAT CERMIN
[♥] DOA ZIARAH KUBUR
[♥] DOA BERBUAKA PUASA
[♥] DOA SEBELUM TIDUR
[♥] DOA PETANG HARI
[♥] DOA MASUK RUMAH
[♥] DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
[♥] DLL

NASYID KANAK-KANAK :
[♥]Thanks The parents
[♥] Love Allah and Love messanger
[♥] Ramadhan Is Cominng
[♥]The Full Mon Rose
[♥] The Ceed of the oneness Allah
[♥]Alphabet A-Z

Tonton demo di sini : http://youtu.be/11iGL9c7mDU

** Ada button projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang
** Ada butang On-Off
** Ada tali boleh sangkut di leher
** Menggunakan Bateri AAA X 3

======================
Anda ingin milikinya?

PM kami segera di http://facebook.com/messages/SiKecilkuComel

Harga : RM 34
RM 40 ke Semenanjung
RM 43 ke Sabah/ Sarawak

=======================
Bagaimana untuk memilikinya?

Buat pembayaran ke salah satu akaun di bawah:
MBB: 562740124110
CIMB: 08160018577522
BIMB: 12140020080629

Jika guna online transfer, masukkan e-mel : sikecilku.comel@gmail.com

Selepas buat bayaran, berikan kami bukti pembayaran.
Berikan nama, alamat, no tel dan emel untuk kami poskan Apple Learning Holy Quran Machine anda.


Menarikkan??? Apa lagi, cepat-cepatlah beli ^-^



Permainan ini pun ada lampu nyala-nyala sendiri bila kita tekan butangnya.

Pendek kata, sangat bagus sebagai pelaburan jangka panjang, in shaa Allah. Dari dalam rahim sehinggalah anak membesar. Sesuatu yang berulang-ulang itukan bagus untuk perkembangan otak bayi ^-^




Warna dan cahaya juga mempengaruhi proses pembelajarannya, in shaa Allah.

Kawan-kawan boleh hubungi Pn. Firdaus Tahir: 019-3997237 untuk bertanya tentang produk ini. Kami juga boleh menyampaikan hajat kawan-kawan kepadanya andai ada kawan-kawan yang berminat. In shaa Allah.

Kawan-kawan juga boleh like page beliau untuk melihat lebih banyak lagi alatan/ permainan kanak-kanak yang menarik dan islamik, in shaa Allah.

p/s: Kami baru beli yang ini, dan beliau beri percuma produk belajar menulis jawi dan 2 kerongsang yang comel. Alhamdulillah, dan ada rezeki, kami akan membeli lagi, in shaa ALLAH.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ianya Sebuah Pengalaman Berharga >>> Bah Besar di Kuantan 2013

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Seperti lewat kebelakangan ini, kami selalu meminta maaf lantaran terlalu lama tidak menulis dan berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat di ruang ini.

Hari ini kami mahu ceritakan tentang pengalaman kami; ianya tidaklah semenarik sahabat-sahabat yang lain. Kami harap perkongsian ini memberi manfaat, teladan kepada kita semua, in shaa ALLAH.

Ramai tahu yang baru-baru ini bandar Kuantan lumpuh lantaran banjir besar yang dikatakan terburuk dalam sejarah. Betul, sepanjang kami mencari rezeki di bumi Kuantan sejak 2007, rasanya inilah pengalaman yang berharga buat kami. 

Inilah pengalaman musim tengkujuh yang berharga. Dan khabarnya masih bersisa, ada gelombang lagi yang diramalkan pada 30hb nanti. 

TC sehari sebelum bah bermula
Cerita kami bermula apabila kami teruja menerima kunjungan emak dan ayah. Hari Sabtu petang (30 Nov 2013).

Hari Ahad, hujan mula turun secara berkala, ada masa berhenti ada masa hujan semula. Kami sempat membawa emak dan ayah jalan-jalan di bandar Kuantan (pergi Pasar Tani) dan pantai Teluk Chempedak. 

Petang Ahad, hujan mula turun berterusan, berlanjutan sehingga ke hari Isnin, Selasa dan seterusnya...

Memandu ke tempat kerja dalam keadaan hujan yang menggila, sangat mencabar, dan tawakal yang sangat tinggi kepada ALLAH.

Hari Selasa, ayah mahu balik ke Melaka, bimbang andai keadaan berlarutan. Namun perancangan ALLAH itu lebih sempurna. Bah sudah bermula, dan beberapa jalan sudah ditutup lantaran dinaiki air. Kami tidak sempat langsung jejak ke Gambang.

Berpatah balik di U-Turn by-pass Bukit Rangin, apabila kawan menghantar SMS berkata Jaya Gading dan Gambang dah naik air, jalan dah tutup. Patah balik, jangan teruskan. Di laluan ini kami mula melihat beberapa rumah yang sudah ditenggelami air.



Perjalanan berpatah balik juga, bukanlah semudah yang disangka. Ketika mahu membelok ke Kolej Shahputra untuk ke IIUM, jalan sudah ditutup, semua kenderaan perlu melalui fly-over, dan jalan di depan juga telah ditutup lantaran air yang semakin naik, dan hujan yang tidak berhenti.

JKR membuka jalan di depan Mahkamah, dan sementara menunggu jalan dibuka, kami melihat beberapa orang mengambil gambar banjir dari atas fly-over.

2 jam lebih tersangkut di situ, dalam keadaan sejuk, ditambahkan lagi Yati sedang mengandung. Dengan nekadnya, Yati dan mak mentua berjalan kaki ke Terminal Sentral (melintas jalan dan berpayung).

Kami bertembung dengan seorang mak cik, dia berjalan dalam jarak yang lebih jauh dari kami. Katanya, dia sudah membeli tiket bas, dan bas akan berjalan tidak lama lagi (kalau diikutkan masa di tiket), dan dia tersangkut jauh di belakang memaksanya berjalan kaki.

Hajatnya mahu menunaikan solat zuhur sekali, tetapi bahagian bawah Terminal sudah ditutupi air.

Kembali ke kereta, kami melalui IM14, dan masuk ke Taman Bandar untuk ke IIUM.

Setelah solat, kami semua pergi ke kafe, mengisi perut yang sebenarnya sangat lapar, tetapi dilupakana lantaran keadaan darurat. Dan makan dengan rezeki apa yang ada.

Kemudian bergerak balik ke rumah; mujur jalan ke rumah belum dinaiki air, cuma perlu mengharung hujan yang sangat lebat.

Baru sahaja mandi dan solat Asar, sedang kami duduk bercerita kisah tadi. Bekalan elektrik terputus.

Hari Rabu, Incik Imamku pergi menjalankan tugas membantu mangsa banjir, selama dua hari.

Ketika itu Yati di rumah ditemani emak dan ayah mentua; dalam keadaan talian telefon dan elektrik yang tiada.

Rumah kami tidak dinaiki air, namun kawasan sekeliling yang lebih rendah dinaiki air.

Hari Khamis keadaan semakin baik. 

Hari Jumaat, memulakan tugas; diberitahu ramai yang menjadi mangsa banjir.

Pelbagai cerita, yang diceritakan sendiri oleh Incik imamku, yang diceritakan oleh kawan-kawan.

Semua itu memberi kesan di dalam hati. kami tidak mahu ulas lebih lanjut, cukup kami katakan di sini, berikan tangan untuk membantu. Mulut untuk memberi doa, bukan menjaja sesuatu yang tidak benar.

Hari Sabtu, emak dan ayah mahu balik ke Melaka, menaiki bas, lantaran jalan masih tutup.

Perjalanan yang panjang, kesian pada emak dan ayah.

Seminggu, sebuah pengalaman berharga buat kami >>> Ayah, Emak, Incik imamku, Yati

Banyak yang kami belajar, in shaa ALLAH.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS