Powered by Blogger.
RSS

Makan dengan Tangan Kiri, Tanpa Disedari

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Salam Jumaat, bagaimana cuaca di tempat kawan-kawan hari ini? Di Kuantan, buminya sedang dibasahi hujan. Alhamdulillah, doa kami semoga hujan ini adalah hujan rahmat, di hari Jumaat yang banyak barakah, in shaa Allah.

Masa telah masuk ke tengah hari, tapi di sini masih gelap, ibarat pagi. Apa menu tengah hari ini? Kawan-kawan di rumah, tentu sudah siap memasak, menanti anak-anak dan suami pulang untuk menjamah bersama-sama. Alangkah seronoknya!

Kawan-kawan di pejabat pula bagaimana? ^-^

Di penghulu segala hari ini, kami ingin kongsikan sebuah perkongsian, ilmu yang kami petik dari slot motivasi pagi di radion ikim.fm

Terlebih dahulu kami mohon maaf kerana sudah tidak mengingati nama ustaz yang mencurahkan ilmu dan bila tarikhnya ketika mendengar. Rasanya dalam sebulan lebih yang lalu juga. Baru hari ini kami dapat berkongsi dengan kawan-kawan.

Maaf sekali lagi, kerana kami tidak mengikuti slot itu dari awal, hanya dapat separuh isinya, yang sangat memberi kesan di hati. Semoga perkongsian ini juga memberi manfaat kepada kawan-kawan, amin.

Ihsan Google

Sebagai Muslim, majoriti kita tahu, adab ketika makan>>> makan dengan tangan kanan.

Sejak kecil kita telah terdidik begitu. Rasulullah saw juga pesan, jangan makan dengan tangan kiri, sebab itu ikut perangai syaitan.

Tapi tanpa kita sedari, ada perlakuan kita mengikut perkara yang ditegah ini. Yeke??? Bila pulak??? Selalu memang makan tangan kananlah!

Meh tengok gambar kat bawah 

Ihsan Google

Haaa...betulkan...kerana mahu ikut etika di meja makan elit. Kita diajar untuk memegang garfu di tangan kiri, kemudian menyuapkan makanan ke dalam mulut menggunakan tangan kiri.

Inilah perkara yang kami terkesan. Bukan itu sahaja, kena di batang hidung kami apabila etika makan seperti gambar di bawah ni juga;

Ihsan Google

Makan sandwich menggunakan kedua-dua belah tangan. Dan lagi...contoh yang kami pernah buat ialah apabila makan mee/ bihun/ spageti. Kami suka makan menggunakan garfu sahaja, tanpa sudu, mee akan dililit-lilit di jari garfu, kemudian disuapakn ke mulut. Kadang-kadang menggunakan tangan kanan,, kadang-kadang guna juga tangan kiri.


Uwaaaaa......terasa kerdilnya ketika mendengar ulasan ustaz tersebut. Selama ini bagai terpejam mata dan minda untuk mengolah adab makan yang tidak betul ini.

Ustaz ada menyebut juga kita terlalu bangga dengan etika makan elit ini, sebaliknya ada negara barat yang mengharamkan makan menggunakan tangan kiri (maaf terlupa nama negara yang disebut ustaz). Tambah ustaz lagi, mereka akan memotong daging menggunakan pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri, tetapi apabila mahu menyuapakn makanan ke mulut, mereka akan ambil garfu dengan tangan kanan dan suapkan ke mulut. 

Banyak lagi adab makan yang lain, semuanya punya hikmahNYA.

Jom, kawan-kawan, audit diri dan doa, semoga kita berada dalam golongan yang esoknya lebih baik dari hari ini. Amin.

Kami undur diri dulu, ada kelapangan, kita jumpa lagi, in shaa Allah ^-^

~ cinta ~ ukhwah ~ hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment