Powered by Blogger.
RSS

Ianya Sebuah Pengalaman Berharga >>> Bah Besar di Kuantan 2013

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Seperti lewat kebelakangan ini, kami selalu meminta maaf lantaran terlalu lama tidak menulis dan berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat di ruang ini.

Hari ini kami mahu ceritakan tentang pengalaman kami; ianya tidaklah semenarik sahabat-sahabat yang lain. Kami harap perkongsian ini memberi manfaat, teladan kepada kita semua, in shaa ALLAH.

Ramai tahu yang baru-baru ini bandar Kuantan lumpuh lantaran banjir besar yang dikatakan terburuk dalam sejarah. Betul, sepanjang kami mencari rezeki di bumi Kuantan sejak 2007, rasanya inilah pengalaman yang berharga buat kami. 

Inilah pengalaman musim tengkujuh yang berharga. Dan khabarnya masih bersisa, ada gelombang lagi yang diramalkan pada 30hb nanti. 

TC sehari sebelum bah bermula
Cerita kami bermula apabila kami teruja menerima kunjungan emak dan ayah. Hari Sabtu petang (30 Nov 2013).

Hari Ahad, hujan mula turun secara berkala, ada masa berhenti ada masa hujan semula. Kami sempat membawa emak dan ayah jalan-jalan di bandar Kuantan (pergi Pasar Tani) dan pantai Teluk Chempedak. 

Petang Ahad, hujan mula turun berterusan, berlanjutan sehingga ke hari Isnin, Selasa dan seterusnya...

Memandu ke tempat kerja dalam keadaan hujan yang menggila, sangat mencabar, dan tawakal yang sangat tinggi kepada ALLAH.

Hari Selasa, ayah mahu balik ke Melaka, bimbang andai keadaan berlarutan. Namun perancangan ALLAH itu lebih sempurna. Bah sudah bermula, dan beberapa jalan sudah ditutup lantaran dinaiki air. Kami tidak sempat langsung jejak ke Gambang.

Berpatah balik di U-Turn by-pass Bukit Rangin, apabila kawan menghantar SMS berkata Jaya Gading dan Gambang dah naik air, jalan dah tutup. Patah balik, jangan teruskan. Di laluan ini kami mula melihat beberapa rumah yang sudah ditenggelami air.



Perjalanan berpatah balik juga, bukanlah semudah yang disangka. Ketika mahu membelok ke Kolej Shahputra untuk ke IIUM, jalan sudah ditutup, semua kenderaan perlu melalui fly-over, dan jalan di depan juga telah ditutup lantaran air yang semakin naik, dan hujan yang tidak berhenti.

JKR membuka jalan di depan Mahkamah, dan sementara menunggu jalan dibuka, kami melihat beberapa orang mengambil gambar banjir dari atas fly-over.

2 jam lebih tersangkut di situ, dalam keadaan sejuk, ditambahkan lagi Yati sedang mengandung. Dengan nekadnya, Yati dan mak mentua berjalan kaki ke Terminal Sentral (melintas jalan dan berpayung).

Kami bertembung dengan seorang mak cik, dia berjalan dalam jarak yang lebih jauh dari kami. Katanya, dia sudah membeli tiket bas, dan bas akan berjalan tidak lama lagi (kalau diikutkan masa di tiket), dan dia tersangkut jauh di belakang memaksanya berjalan kaki.

Hajatnya mahu menunaikan solat zuhur sekali, tetapi bahagian bawah Terminal sudah ditutupi air.

Kembali ke kereta, kami melalui IM14, dan masuk ke Taman Bandar untuk ke IIUM.

Setelah solat, kami semua pergi ke kafe, mengisi perut yang sebenarnya sangat lapar, tetapi dilupakana lantaran keadaan darurat. Dan makan dengan rezeki apa yang ada.

Kemudian bergerak balik ke rumah; mujur jalan ke rumah belum dinaiki air, cuma perlu mengharung hujan yang sangat lebat.

Baru sahaja mandi dan solat Asar, sedang kami duduk bercerita kisah tadi. Bekalan elektrik terputus.

Hari Rabu, Incik Imamku pergi menjalankan tugas membantu mangsa banjir, selama dua hari.

Ketika itu Yati di rumah ditemani emak dan ayah mentua; dalam keadaan talian telefon dan elektrik yang tiada.

Rumah kami tidak dinaiki air, namun kawasan sekeliling yang lebih rendah dinaiki air.

Hari Khamis keadaan semakin baik. 

Hari Jumaat, memulakan tugas; diberitahu ramai yang menjadi mangsa banjir.

Pelbagai cerita, yang diceritakan sendiri oleh Incik imamku, yang diceritakan oleh kawan-kawan.

Semua itu memberi kesan di dalam hati. kami tidak mahu ulas lebih lanjut, cukup kami katakan di sini, berikan tangan untuk membantu. Mulut untuk memberi doa, bukan menjaja sesuatu yang tidak benar.

Hari Sabtu, emak dan ayah mahu balik ke Melaka, menaiki bas, lantaran jalan masih tutup.

Perjalanan yang panjang, kesian pada emak dan ayah.

Seminggu, sebuah pengalaman berharga buat kami >>> Ayah, Emak, Incik imamku, Yati

Banyak yang kami belajar, in shaa ALLAH.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment