Powered by Blogger.
RSS

Ulasan >>> Apple Learning Holy Quran Machine

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Salam Jumaat ^-^ terasa segar di penghulu segala hari. Banyak sunnah yang boleh kita amalkan pada hari ini, in shaa ALLAH.

Kali ini kami ingin buat ulasan tentang sebuah alat pengajaran (learning device) untuk anak-anak kecil. Kami membelinya di sini; Si Kecilku Comel (FB).



Ulasan kami: Sangat berpuas hati

Kami membeli permainan ini dan memperdengarkannya kepada anak yang masih berada dalam kandungan ini. Harapan kami, semoga anak yang sedang mendiami di dalam rahim ini biasa dan selesa dengan alunan ayat-ayat suci, disamping mendidik jiwanya, semoga baik akhlaknya...amin...amin...amin...

Kami copy and paste ciri-cirinya di sini, senang untuk sahabat-sahabat rujuk:

=>> APPLE LEARNING HOLY QURAN MACHINE <<==

 Mahu membiasakan anak-anak mendengar ayat al-Quran, doa-doa dan nasyid kanak-kanak?
 Mahu mendidik hati dan jiwa dan mereka supaya tenang dan sabar?
 Mahu anak-anak menghafaz ayat suci al-Quran dan doa sejak kecil?

Miliki APPLE LEARNING HOLY QURAN MACHINE untuk si comel anda!

Lebih 50 Fungsi yang Pelbagai:

16 SURAH PENDEK :
[♥] Al-Fatihah
[♥] Al-'Adiyat
[♥] Al-Qori'ah
[♥] Al-Takathur
[♥] Al-'Asr
[♥] Al-Humazah
[♥] Al-Fill
[♥] Quraish
[♥] Al-Ma'un
[♥] Al-Kauthar
[♥] Al-Kafirun
[♥] An-Nasr
[♥] Al-Massad
[♥] Al-Ikhlas
[♥] Al-Falaq
[♥] An-Nas

DOA SOLAT:
[♥] Kalimat Tauhid 

[♥]Syahadat 
[♥]Adzan 
[♥]Doa Solat 
[♥]Takbir awal sampai salam.

26 DOA HARIAN :
[♥] DOA SEBELUM TIDUR
[♥] DOA MASUK TANDAS
[♥] DOA KELUAR TANDAS
[♥] DOA SEBELUM WUDHU
[♥] DOA PAGI HARI
[♥] DOA SEBELUM MAKAN
[♥] DOA SOLAT JENAZAH
[♥] DOA MEMAKAI BAJU
[♥] DOA KELUAR RUMAH
[♥] DOA MASUK MASJID
[♥] DOA KELUAR MASJID
[♥] DOA NAIK KENDERAAN
[♥] DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM
[♥] DOA MENZIARAH ORG SAKIT
[♥] DOA KETIKA BERSIN
[♥] DOA KETIKA HUJAN
[♥] DOA MELIHAT CERMIN
[♥] DOA ZIARAH KUBUR
[♥] DOA BERBUAKA PUASA
[♥] DOA SEBELUM TIDUR
[♥] DOA PETANG HARI
[♥] DOA MASUK RUMAH
[♥] DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
[♥] DLL

NASYID KANAK-KANAK :
[♥]Thanks The parents
[♥] Love Allah and Love messanger
[♥] Ramadhan Is Cominng
[♥]The Full Mon Rose
[♥] The Ceed of the oneness Allah
[♥]Alphabet A-Z

Tonton demo di sini : http://youtu.be/11iGL9c7mDU

** Ada button projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang
** Ada butang On-Off
** Ada tali boleh sangkut di leher
** Menggunakan Bateri AAA X 3

======================
Anda ingin milikinya?

PM kami segera di http://facebook.com/messages/SiKecilkuComel

Harga : RM 34
RM 40 ke Semenanjung
RM 43 ke Sabah/ Sarawak

=======================
Bagaimana untuk memilikinya?

Buat pembayaran ke salah satu akaun di bawah:
MBB: 562740124110
CIMB: 08160018577522
BIMB: 12140020080629

Jika guna online transfer, masukkan e-mel : sikecilku.comel@gmail.com

Selepas buat bayaran, berikan kami bukti pembayaran.
Berikan nama, alamat, no tel dan emel untuk kami poskan Apple Learning Holy Quran Machine anda.


Menarikkan??? Apa lagi, cepat-cepatlah beli ^-^



Permainan ini pun ada lampu nyala-nyala sendiri bila kita tekan butangnya.

Pendek kata, sangat bagus sebagai pelaburan jangka panjang, in shaa Allah. Dari dalam rahim sehinggalah anak membesar. Sesuatu yang berulang-ulang itukan bagus untuk perkembangan otak bayi ^-^




Warna dan cahaya juga mempengaruhi proses pembelajarannya, in shaa Allah.

Kawan-kawan boleh hubungi Pn. Firdaus Tahir: 019-3997237 untuk bertanya tentang produk ini. Kami juga boleh menyampaikan hajat kawan-kawan kepadanya andai ada kawan-kawan yang berminat. In shaa Allah.

Kawan-kawan juga boleh like page beliau untuk melihat lebih banyak lagi alatan/ permainan kanak-kanak yang menarik dan islamik, in shaa Allah.

p/s: Kami baru beli yang ini, dan beliau beri percuma produk belajar menulis jawi dan 2 kerongsang yang comel. Alhamdulillah, dan ada rezeki, kami akan membeli lagi, in shaa ALLAH.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ianya Sebuah Pengalaman Berharga >>> Bah Besar di Kuantan 2013

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Seperti lewat kebelakangan ini, kami selalu meminta maaf lantaran terlalu lama tidak menulis dan berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat di ruang ini.

Hari ini kami mahu ceritakan tentang pengalaman kami; ianya tidaklah semenarik sahabat-sahabat yang lain. Kami harap perkongsian ini memberi manfaat, teladan kepada kita semua, in shaa ALLAH.

Ramai tahu yang baru-baru ini bandar Kuantan lumpuh lantaran banjir besar yang dikatakan terburuk dalam sejarah. Betul, sepanjang kami mencari rezeki di bumi Kuantan sejak 2007, rasanya inilah pengalaman yang berharga buat kami. 

Inilah pengalaman musim tengkujuh yang berharga. Dan khabarnya masih bersisa, ada gelombang lagi yang diramalkan pada 30hb nanti. 

TC sehari sebelum bah bermula
Cerita kami bermula apabila kami teruja menerima kunjungan emak dan ayah. Hari Sabtu petang (30 Nov 2013).

Hari Ahad, hujan mula turun secara berkala, ada masa berhenti ada masa hujan semula. Kami sempat membawa emak dan ayah jalan-jalan di bandar Kuantan (pergi Pasar Tani) dan pantai Teluk Chempedak. 

Petang Ahad, hujan mula turun berterusan, berlanjutan sehingga ke hari Isnin, Selasa dan seterusnya...

Memandu ke tempat kerja dalam keadaan hujan yang menggila, sangat mencabar, dan tawakal yang sangat tinggi kepada ALLAH.

Hari Selasa, ayah mahu balik ke Melaka, bimbang andai keadaan berlarutan. Namun perancangan ALLAH itu lebih sempurna. Bah sudah bermula, dan beberapa jalan sudah ditutup lantaran dinaiki air. Kami tidak sempat langsung jejak ke Gambang.

Berpatah balik di U-Turn by-pass Bukit Rangin, apabila kawan menghantar SMS berkata Jaya Gading dan Gambang dah naik air, jalan dah tutup. Patah balik, jangan teruskan. Di laluan ini kami mula melihat beberapa rumah yang sudah ditenggelami air.



Perjalanan berpatah balik juga, bukanlah semudah yang disangka. Ketika mahu membelok ke Kolej Shahputra untuk ke IIUM, jalan sudah ditutup, semua kenderaan perlu melalui fly-over, dan jalan di depan juga telah ditutup lantaran air yang semakin naik, dan hujan yang tidak berhenti.

JKR membuka jalan di depan Mahkamah, dan sementara menunggu jalan dibuka, kami melihat beberapa orang mengambil gambar banjir dari atas fly-over.

2 jam lebih tersangkut di situ, dalam keadaan sejuk, ditambahkan lagi Yati sedang mengandung. Dengan nekadnya, Yati dan mak mentua berjalan kaki ke Terminal Sentral (melintas jalan dan berpayung).

Kami bertembung dengan seorang mak cik, dia berjalan dalam jarak yang lebih jauh dari kami. Katanya, dia sudah membeli tiket bas, dan bas akan berjalan tidak lama lagi (kalau diikutkan masa di tiket), dan dia tersangkut jauh di belakang memaksanya berjalan kaki.

Hajatnya mahu menunaikan solat zuhur sekali, tetapi bahagian bawah Terminal sudah ditutupi air.

Kembali ke kereta, kami melalui IM14, dan masuk ke Taman Bandar untuk ke IIUM.

Setelah solat, kami semua pergi ke kafe, mengisi perut yang sebenarnya sangat lapar, tetapi dilupakana lantaran keadaan darurat. Dan makan dengan rezeki apa yang ada.

Kemudian bergerak balik ke rumah; mujur jalan ke rumah belum dinaiki air, cuma perlu mengharung hujan yang sangat lebat.

Baru sahaja mandi dan solat Asar, sedang kami duduk bercerita kisah tadi. Bekalan elektrik terputus.

Hari Rabu, Incik Imamku pergi menjalankan tugas membantu mangsa banjir, selama dua hari.

Ketika itu Yati di rumah ditemani emak dan ayah mentua; dalam keadaan talian telefon dan elektrik yang tiada.

Rumah kami tidak dinaiki air, namun kawasan sekeliling yang lebih rendah dinaiki air.

Hari Khamis keadaan semakin baik. 

Hari Jumaat, memulakan tugas; diberitahu ramai yang menjadi mangsa banjir.

Pelbagai cerita, yang diceritakan sendiri oleh Incik imamku, yang diceritakan oleh kawan-kawan.

Semua itu memberi kesan di dalam hati. kami tidak mahu ulas lebih lanjut, cukup kami katakan di sini, berikan tangan untuk membantu. Mulut untuk memberi doa, bukan menjaja sesuatu yang tidak benar.

Hari Sabtu, emak dan ayah mahu balik ke Melaka, menaiki bas, lantaran jalan masih tutup.

Perjalanan yang panjang, kesian pada emak dan ayah.

Seminggu, sebuah pengalaman berharga buat kami >>> Ayah, Emak, Incik imamku, Yati

Banyak yang kami belajar, in shaa ALLAH.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi: Puding Roti Kukus >> Mudah dan Cepat

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Salam Jumaat. Pagi ni bumi Kuantan di basahi hujan. Alhamdulillah. Pagi ini di opis Yati ada buat makan-makan. gathering sempena meraikan kemenangan black team masa Ibadah Camp yang lepas. Pot luck je. 

Pagi ni Yati bawa puding roti kukus. Alang-alang dah buat tu, buat lebih sikit, untuk menyambut tetamu yang istimewa esok, in shaa Allah.

Meh nak share resepi dia, senang je nak buat, dan boleh dalam pelbagai variasi


Bahan-bahannya:
(Untuk bekas lebih kurang 9' X 9')

9 keping                  Roti kosong/ Raisin Bread/ Butterscoth bread
4 biji                         Telur
6 sudu besar           Gula halus
1 tin                          Susu sejat
1 sudu kecil             Esen vanilla
                                  Choc rice/ Kismis/ Ceri (Untuk hiasan)
                                  Marjerin/ Butter/ Susu pekat (Untuk sapu kat roti)


Cara-caranya:



1. Mula-mula, kita panaskan kukus dulu


2. Sapukan marjerin/ butter/ susu pekat kat roti (sapu depan dan belakang)


3. Pastu, potongkan roti kepada 8 bahagian (4 bahagian pun boleh). Dan susun ke dalam bekas sebanyak 3 lapis roti (2 lapis pun ok)


4. Gaulkan telur + gula (kalau tak suka manis atau gunakan susu pekat untuk sapu kat roti, kurangkan kuantiti gula) + esen vanilla (yg kaler merah-merah kat telur tu, bukan telur mistik tau...hahahahaha). Gaulkan sampai sebati.


5. Dah sebati, tambahkan susu sejat. Gaul lagi sampai sebati.


6. Curahkan bancuhan tadi kat atas roti. Bagi sekata tau.


7. Taburkan choc rice/ kismis/ ceri dll sebagai hiasan (selalunya orang buh kismis)


8. Tutupkan dengan aluminium foil (bagi mengelakan masuk air ketika dikukus). 

9. Masukkan ke dalam kukus, dan kukus dalam 30-45 minit.

10. Boleh dimakan panas-panas atau masukkan ke dalam peti sejuk.


Inilah rupa puding roti yang telah disejukkan dan bersedia untuk di bawa ke opis (dan dah menjadi santapan pun.




Meh kami kongsikan beberapa tip/ variasi:

1. Boleh guna pelbagai jenis roti. Kalau roti yang digunakan memang dah sedia ada manis, boleh kurangkan kuantiti gula.

2. Kalau guna bekas yang kecil, memadai susun 2 lapisan roti dan gunakan dalam 2-3 biji telur je.

3. Letak kismis lagi nampak cun sebenarnya.

4. Makan panas-panas, sedap juga kerana teksturnya yang masih lembik-lembik

5. Kalau tiada gula halus, blend je gula biasa tu. Bagi halus sikit. 

6. Nak gantikan esen vanilla dengan pewarna/ perisa yang lain pun boleh (tapi pastikan guna roti kosong).

Ni yang teringat setakat ni, nanti kalau ada tambahan kami tambahkan lagi.

Senang je kan nak buatnya, jangan lupa cuba ye ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat Makan Best Kat Balok > Azam Roasters

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Buat sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Alhamdulillah, dapat bersiaran lagi di ruang ini. Kami cuba untuk mengatasi kekangan masa yang ada, dan berkongsi sesuatu yang menarik dan bermanfaat buat sahabat-sahabat sekalian.

Rasanya lama kami tidak buat ulasan tentang makan-makan, apatah lagi berkongsi resepi. Asyik cerita tentang ikan peliharaan sahaja. Hehehe...

Masalah kami apabila mahu makan di luar ialah >>>>>>>>>>>>>>> tidak tahu nak pergi makan di mana. Semalam, Yati ada rasa kemalasan untuk masak-masak. Incik imamku pula keletihan. Dan, ianya ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2. (ikut tahun masihi) Kami dah sambut hari tu, ikut tahun hijrah. Masa tu kebetulan Pahang cuti peristiwa, bolehlah masak-masak dengan penuh jaya dan bergayanya. Menu hari tu bertemakan seafood restaurant style. Eh, tertukar topik pula. Sori...sori...sori...Semalam, sambut lagi...ahahahaha...tiap-tiap tahun sambut dua kali, seronok...seronok...seronok... ^-^

Dalam pada berbincang mahu ke mana, dari ke gerai makan biasa, hinggalah ke restoran yang gah menu dan harganya. Sehinggalah akhirnya, mengambil kira faktor kesihatan dan keletihan Incik imamku. Kami menolak kawasan yang jauh dari rumah, dan menu berasaskan makanan laut.

Akhirnya, Yati terfikir sebuah kedai kecil sederet dengan Klinik Syed Badaruddin di pekan Balok. Perasan kedai ni pun masa pergi klinik. Depan kedai ni ada Petronas. 


Apa yang best di sini? Ini adalah pertama kali kami pergi ke sini. Pada kami, menu yang disajikan merupakan satu kelainan di kawasan Beserah-Sungai Karang-Balok. Kawasan-kawasan ni kan femes dengan seafoodnya.

Menunya sangat variasi, dari salad, sup (seperti sup cendawan, sup tomato), snek (seperti popia, wantan garlic bread), pasta, pizza, western food, local food (seperti mee goreng mamak). Emmm...lagi ada apa...lupa pula mahu ambil gambar menunya, lagi senang. Ada Lunch Delight, yang menariknya ada masakan nyonya style kalau kita datang waktu lunch hour.

Air pula, dari air biasa (seperti teh, milo ais), ice blended, jus buah, soft drink. Untuk air tidak ada variasi sangat.

Apa yang kami makan di sini...tarrraa....


Air dulu la ye... jus tembikai dengan vanilla ice blended. Ulasan: Wallla! Dua-dua ni memang sangat best, sangat refreshing, dan rasa yang menusuk ke kalbu...chewahhhh....!


Lamb chop, untuk Incik imamku...nampak dalam gambar macam kecik je kan...tak la...pinggan dia sangat besar untuk menampung daging itu. Yang tak kelihatan dari sudut ini ialah roti ban dan baked beans. Ulasan: Sos black pepper dia tak kedekut, sedap pulak tu. Daging lembut, juicy and tender. Rasanya, tentulah sangat sedap, sebab Incik imamku hanya offer one bite of it n salad hiasan tu je...Roti ban, baked beans (yang selalunya dia tak makan) wedges, asparagus...semuanya telah berjaya masuk ke dalam perut Incik imamku. Seronok tengok Incik imamku makan beriya, sebab western food selalunya susah nak masuk ke anak tekaknya. Kira lain kali boleh datang lagi la kedai ni.



Special Seafood Aglio Olio, yang ni untuk Yati, disebabkan dah laaammmmmmmmaaaaaaaaaa sangat tidak makan/ masak spageti. Ulasan: Sangat pedas...lain kali kalau nak makan ni, kena pesan kat chef dia supaya kurangkan cili. Ada isi ketam, udang, isi ikan salmon, cendawan butang, cili api, cili benggala. Kekurangan, tiada sotong. Yati rasa sotong dan udanglah sebenarnya yang menaikkan rasa Aglio Olio ni. 

Lagi, kami makan ini:





Baiklah, sebenarnya yang tamak nak makan ialah ibu mengandung ni... Mujurlah tidak order pizza, ada hati tu mahu order pizza. Garlic bread (sebenarnya ada 4, yang ni nasib sempat amik gambar sebelum habis masuk perut) dengan mushroom soup. Ulasan: Dua-dua menu ni memang sangat-sangat maveles, sup tu masuk mulut rasa macam...emmmmm....emmmm...emmmm...roti tu pulak, garing, dan memang terasa la. Makan macam tu pun sedap. Bila cicah dalam sup, lagilah...emmmm...emmmm...tak terkata.

Semua menu ni memang kami puas hati sangat. Mujur ada Incik imamku untuk habiskan. Yati dah surrender dah. Kenyang! 

Total semuanya RM50.30

Kira oklah kan. Lagi-lagi area Balok, mana la nak cari kedai western food.

Kedai ni buka Hari Isnin - Sabtu: 11 pagi - 11 malam
Ahad dengan cuti umum: 5 petang - 11 malam

Kawasan makannya pun sangat selesa, dengan alunan muzik yang sederhana. Pergi lagi sekali? Tentu! In shaa Allah, ingat nak cuba lunch pula, nak cuba nyonya curry laksa...yummm...yum...yum... faveret tuh.

Baiklah, sebelum kami berundur, kalau ada yang nak pergi mencuba malam ini, maklumlah baru gaji ni, nak merasa makan best sikit. Ini details. Kami taip semula sebab di gambar kurang jelas.

Azam Roasters
Speacialist in preparing roasted whole lamb in variety of marination served in traditional lamb sauce and baked potatoes
Chef Azam: 012 9827530/ azamroasters@yahoo.com
B-4, Pusat Perkhidmatan Balok, 26100 Kuantan, Pahang
Fb: Azam Roasters / Chef Azam

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanan Untuk Ikan Ketika Tiada Di Rumah

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Salam Jumaat ^-^ Alhamdulillah di penghulu segala hari ini kami berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat semua. Semoga perkongsian yang sedikit ini mampu memberikan manfat kepada kawan-kawan. 

Masih ingat cerita tentang ikan-ikan comel kami? Penghuninya sudah silih berganti, sekarang ini yang dewasa hanya tinggal Si Putih Gomok, Jantan Merah (seekor dah mati, Rambo pun dah mati...sobss...sobss...sobss...) Jantan dan Betina Pelangi (baru beli). Dan anak-anaknya yang mermeriahkan akuarium...dah tak terkira. Kadang-kadang risau juga apabila membasuh akuarium, sebelum buang air yang kotor, kena scan dulu ada tak anak-anaknya yang tersedut sekali (selalunya memang ada!)

Nak bercerita dulu sebab-sebab kematian, seekor betina, disuspek telah terlebih makan. Pemergian yang sadis berlaku kat seekor betina putih (baru beli juga sebenarnya, seangkatan dengan Jantan dan Betina Pelangi, tapi jodoh kami tak lama) Dia sedang bunting, tunggu masa je untuk melahirkan, dijumpai mati tersepit di celah-celah kulit kerang hiasan yang kami taburkan di dasar akuarium. Mungkin mencari tempat persembunyian untuk melahirkan.

Rambo dan Jantan Merah pula, tersepit kat celah tunggul kayu hiasan...sobss...sobs..sobs...dua-dua cantik, tapi ajalnya dah tiba. Dah main-main celah-celah kayu, tak reti pula nak keluar.

Opss...dan lari topik dah ni, nanti kami ceritakan pengalaman kami dalam menjaga ikan guppy/ gapi ni bagi menambah ilmu.

Baiklah hari ini, nak kongsikan tentang Holiday Food. Ada masanya kita terpaksa meninggalkan rumah buat jangka masa yang lama. Contohnya, balik kampung, pergi kursus. Tentu risau nak tinggalkan ikan-ikan dirumah (macam mak ayah di kampung yang risaukan ayam itik tak diberi makan). Untuk menyelesaikan isu ni, kawan-kawan boleh ke kedai akuarium, dan tanyakan kepada tauke kedai tentang holiday food

Sumber: Google
Harganya dalam RM 3 - RM 5. Rupanya macam gambar di atas. Untuk meninggalkan ikan selama 10 hari, dengan kuantiti enam ekor ikan guppy/gapi dewasa, kena letakkan 3 kiub holiday food (maaflah sudah tidak ingat camna nak kira seperti yang tauke tu ajar).

Kiub ni akan tenggelam ke dasar (tidak terapung seperti makanan ikan yang biasa).

Ketika meletakkan kiub ni, ikan-ikan memang akan buat tidak tahu. Tapi, percayalah, bila dah tiada stok makanan yang lain, pandailah mereka mencarinya. Hehehehe. Survival of the fish.

Baiklah kawan-kawan semoga kita berjumpa lagi nanti, kami berundur diri dahulu.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS