Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,
Salam Jumaat ^-^ Alhamdulillah di penghulu segala hari ini kami berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat semua. Semoga perkongsian yang sedikit ini mampu memberikan manfat kepada kawan-kawan.
Masih ingat cerita tentang ikan-ikan comel kami? Penghuninya sudah silih berganti, sekarang ini yang dewasa hanya tinggal Si Putih Gomok, Jantan Merah (seekor dah mati, Rambo pun dah mati...sobss...sobss...sobss...) Jantan dan Betina Pelangi (baru beli). Dan anak-anaknya yang mermeriahkan akuarium...dah tak terkira. Kadang-kadang risau juga apabila membasuh akuarium, sebelum buang air yang kotor, kena scan dulu ada tak anak-anaknya yang tersedut sekali (selalunya memang ada!)
Nak bercerita dulu sebab-sebab kematian, seekor betina, disuspek telah terlebih makan. Pemergian yang sadis berlaku kat seekor betina putih (baru beli juga sebenarnya, seangkatan dengan Jantan dan Betina Pelangi, tapi jodoh kami tak lama) Dia sedang bunting, tunggu masa je untuk melahirkan, dijumpai mati tersepit di celah-celah kulit kerang hiasan yang kami taburkan di dasar akuarium. Mungkin mencari tempat persembunyian untuk melahirkan.
Rambo dan Jantan Merah pula, tersepit kat celah tunggul kayu hiasan...sobss...sobs..sobs...dua-dua cantik, tapi ajalnya dah tiba. Dah main-main celah-celah kayu, tak reti pula nak keluar.
Opss...dan lari topik dah ni, nanti kami ceritakan pengalaman kami dalam menjaga ikan guppy/ gapi ni bagi menambah ilmu.
Baiklah hari ini, nak kongsikan tentang Holiday Food. Ada masanya kita terpaksa meninggalkan rumah buat jangka masa yang lama. Contohnya, balik kampung, pergi kursus. Tentu risau nak tinggalkan ikan-ikan dirumah (macam mak ayah di kampung yang risaukan ayam itik tak diberi makan). Untuk menyelesaikan isu ni, kawan-kawan boleh ke kedai akuarium, dan tanyakan kepada tauke kedai tentang holiday food.
Sumber: Google |
Harganya dalam RM 3 - RM 5. Rupanya macam gambar di atas. Untuk meninggalkan ikan selama 10 hari, dengan kuantiti enam ekor ikan guppy/gapi dewasa, kena letakkan 3 kiub holiday food (maaflah sudah tidak ingat camna nak kira seperti yang tauke tu ajar).
Kiub ni akan tenggelam ke dasar (tidak terapung seperti makanan ikan yang biasa).
Ketika meletakkan kiub ni, ikan-ikan memang akan buat tidak tahu. Tapi, percayalah, bila dah tiada stok makanan yang lain, pandailah mereka mencarinya. Hehehehe. Survival of the fish.
Baiklah kawan-kawan semoga kita berjumpa lagi nanti, kami berundur diri dahulu.
~cinta~ukhwah~hadiah~
14 comments:
Tq ats perkongsian.bru nk cube ni,syg nk tgl baby bulat 5ekor tu kt rmh,tkt kbuluran spnjg ktorg bcuti
betul...kang kes m'aniaya pulak kalau tgglkan dia kebulur...
Nk tinggalkan ayam ternakan cam mana pulak, tahu tk cara nye...atau ada alat untuk bantu ayam ni dpt mkn selama kita tiada...tq
Nk tinggalkan ayam ternakan cam mana pulak, tahu tk cara nye...atau ada alat untuk bantu ayam ni dpt mkn selama kita tiada...tq
minta maaf, saya tidak arif tentang itu, mungkin ada kawan2 yang lebih tahu boleh jawab
tumpang tanya... saya dah beli mknn tu. dah 2 hari letak dlm aquarium, saiznya mkin mengecil... seterusnya apa yg jadi kt mknn tu?
tumpang tanya... saya dah beli mknn tu. dah 2 hari letak dlm aquarium, saiznya mkin mengecil... seterusnya apa yg jadi kt mknn tu?
rahazulzairin, minta maaf lewat balas, saya pun pernah letak dan biarkan di rumah, tika tu ikan langsung x pandang holiday food ni. dia nk kita bg mkn jugak. tp bila blk kg, saya letak 4 ketul tu...blk2 ikan sume sht, mknn tu dh xde
sy assume bila kita xde kat rmh, ikan2 tu pndai la b'dikari bila dia lapar, hehehe...asalkan kita provide
kuantiti holiday food ni kena buh ikut bilangan ikan dlm akuarium
Saya ada 2 ikan mas,5 molly dan 2 barb. Balik raya puasa hari tu (dalam 5 hari cuti) saya letakkan 5 biji... pagi sebelum memulakan perjalanan ke pantai timur, sayabg ikan2 tu makanan biasa dan saya letakkan pula 5 biji holiday foods tu. Alhamdulillah...balik dari bercuti ikan2 saya semuanya sihat dan ceria. Holiday foods tu pun lenyap dari pandanagan
Alhamdulillah...seronok dengar perkongsian kawan2
Tq sis.sgt membantu. Xdala risau nk tinggal ikan ms holiday
Kalau tinggalkan xlama..2-3hari, kena bagi holiday food juga x? Tq sis
Asslm ikan ni boleh ditinggalkan brpa hari
Post a Comment