Powered by Blogger.
RSS

Char Kuey Teow Paling Best (Setakat Ini) di Kuantan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Kali ini mahu berkongsi cerita tentang makan-makan... Ehehe, tengah-tengah puasa ni pula ye nak tepek cerita pasal makan-makan.

Bukan apa, cerita ini nak tulis lama dah, sebelum kita semua menyambut Ramadhan lagi. Tetapi tidak kesampaian. Maka terbitlah ceritanya di bulan yang mulia ini Y^^

Kami suka sangat makan Char Kuey Teow, tetapi berada dalam lingkungan kawasan pantai timur ini, agak sukar bagi kami untuk menikmati Char Kue Teow yang sedap dan kaw! 

Pencarian kami dari satu gerai ke satu gerai, sehinggalah kami diperkenalkan dengan gerai ini (oleh kawan Incik imamku).

Kedainya terletak di jalan nak menghala ke bandar Kuantan (dari Bukit Bayroute/ dari Bukit Setongkol). 

Terletak bertentangan dengan stesen minyak Petronas. Gerainya di parking di depan kedai steamboat dan mejanya pula diletakkan di kaki lima kedai perabot Kuantan Modern Furniture. 

Seperti biasa, kami akan minta Char Kuey Teow spesel, sbb; suka udang lebih ^-^

Tarrraaa...


Pertama kali dapat Char Kuey Teow spesel yang diletakkan telur goreng mata kerbau. 

Sepinggan makan ni, memang perut penuh sangat-sangat. Nampak macam sikit dan kuahnya cair. Hakikatnya...kuah dia marveles (walaupun ada rs hangit-hangit sikit). Udang dia banyak dan segar <<< paling best dan menawan hati.

Harga...hehehehe bab ni tak tau, lupa nak tanya kat Incik imamku berapa sepinggan ni.

Selain dari Char Kuey Teow, dia ada juga jual makanan goreng-goreng (bagi yang tak nak order Char Kuey Teow) Dah aim dah, andai ada rezeki untuk makan di gerai ini lagi, kami nak cuba Nasi Goreng Udang. Sebabnya masa dia tumis rencah nasi goreng tu...wallla! sangat sedap baunya, kalau tak dek kerana kenyang, maunya nak order lagi. Hehehehe.

Eh, lupa pula. Kedai ni buka malam je. Kami tidak pasti jika Ramadhan ini gerainya dibuka atau tidak. Tidak pula kami selidik waktu operasinya.

Kalau nak cuba, bolehlah pergi ke gerai ini, manalah tahu selera kita sama ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemberitahuan Kedua: Tidak Mengambil Tempahan Kraf Berbentuk Haiwan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami hormati keranaNya,

Agak lama kami tidak berkongsi cerita dan pengalaman di ruang ini. Bukan kerana tidak rindu, rindu, namun kesibukan dan faktor kesihatan membataskan. 

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, kami sedang menyiapkan tempahan kraf origami 3D untuk majlis perkahwinan. Sahabat tersebut telah menempah swan. Berikut adalah sebahagian swan yang telah kami siapkan




Potpuri yang belum diletakkan bunga reben

Pertama kali kami ingin meminta maaf banyak-banyak pada sahabat-sahabat yang ingin menempah origami swan. Ini adalah tempahan terakhir. Kami tidak akan lagi menerima sebarang tempahan kraf yang berbentuk haiwan untuk dijadikan hiasan. Kami hanya mengambil tempahan kraf berbentuk haiwan dengan tujuan pembelajaran dan permainan untuk kanak-kanak.

Perinciannya di:


Kami akan kemaskinikan juga tentang hal ini di bahagian 'order' in shaa Allah.

Buat sahabat-sahabat yang bertanya, terima kasih atas kesudian kalian untuk menempah dengan kami. Namun, minta maaf kami dahulukan kerana tidak dapat memenuhi kehendak kalian.

Kami mengharapkan sokongan kalian untuk menambahbaikan hasil kraf kami, dan penghijrahan kami ini.  Banyak lagi hasil kraf origami yang boleh sahabat-sahabat tempah untuk dijadikan hiasan (selain menggunakan motif haiwan), malah lebih indah di pandangan ^-^

Sebelum mengundur diri, salam Ramadhan kami ucapkan. Semoga Ramadhan mendidik hati-hati kita untuk terus istiqamah menjadi muslim dan muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengumuman: Tempahan Kraf Ditutup Sempena Ramadhan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Sempena kedatangan Ramadhan tidak lama lagi, kami di Leyanita Craft Studio ingin mengucapkan Ahlan wa sahlan Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua muslim.

Kami ingin memberitahu bahawa kami tidak  menerima sebarang tempahan kraf sepanjang Ramadhan ini. Tempahan dibuka semula pada 26 Ogos 2013.

Terima kasih buat kawan-kawan yang selama ini memberikan sokongan kepada kami.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua: Meredakan sakit ulser mulut @ kubang kerbau

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabt yang kami kasihi keranaNya,

Lama rasanya tidak menulis di ruangan ini. Kesempitan masa yang melanda, ditambahkan lagi dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu memberikan keterbatasan buat kami untuk berkongsi cerita di sini. 

Kali ini berkongsi petua yang diajarkan oleh Incik imamku tentang ulser mulut atau kubang kerbau. Ok, andai kawan-kawan google kubang kerbau, tiada satu pun yang terkait dengan ulser mulut Y^^ (Yati dah google tadi...hehehehe) Incik imamku yang memanggil dengan istilah tersebut, katanya orang kampung (Kampung Gapis, Nyalas) panggil begitu. Menarikkan info ini. Kira ilmu barulah ni

Baiklah, setelah beberapa hari menderita ulser mulut @ kubang kerbau ni, Yati akhirnya mengadu kepada Incik imamku. Incik imamku ajarkan petua yang diajar oleh mak kepadanya. Baiklah, kira ianya petua turun-temurunlah ni kan.

Caranya >>>> tekapkan tempat terkena ulser tu dengan asam keping. Walla! Dengar pun dah terasa ngeri di dalam hati...sudah terasa pedihnya.

Namun disebabkan ulser makin membesar dan sakit apabila tersentuh (baik dengan gusi atau ketika minum air) membuatkan Yati nekad untuk mencubanya malam tadi.

Ambil dari Google

Baik letak gambar asam keping ini daripada letak gambar ulser itu.

Apa rasanya? Memang terbaiklah! Pedihnya sampai berdenyut-denyut ke telinga. Serius, meleleh air mata apabila melekapkan asam keping di mata ulser itu. 

Tetapi setelah beberapa minit, rasa pedih makin berkurang. Incik imamku kata, kalau dah tiada rasa pedih, bolehlah buangkan asam keping tu.

Selepas mencuba petua ini, kita akan rasa macam ada satu lapisan terbentuk di atas ulser. Ulser masih berasa sakit apabila tersentuh. Tapi tidak lama, selepas itu kita akan rasa macam ulser tu mebentuk satu sel yang tidak hidup. Maksud Yati, seolah-olah reseptor sakit telah terputus, tidak bersambung dengan ulser tu.

Sehinggalah pagi ini, ulser dah makin mengecut, dan rasa sakit dah hilang. 

Untuk mencubanya lagi andai ulser terbentuk kembali...emmm...boleh juga, sama je sakitnya apabila ulser itu terdedah. Daripada menanggung sakit berhari-hari, baiklah dari menanggung pedih yang cuma beberapa minit.

Sesiapa yang mahu cuba petua ini, Yati nasihatkan tabahkan hati anda...pedih, tapi hasilnya memang berbaloi... ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lahirnya Seorang Qurrotu'ain Buat Elya & Roaz

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Alhamdulillah semalam tengah hari kawan baik kami telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel dan tembam...hehehehe.



Tengok tu...geramkan, rasa nak cium-cium pipi dia tu, pastu nak cubit sikit. Hehehehe

Tahniah buat Elya dan Roaz, tanggungjawab baru, menjaga amanah Allah ini. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS