Powered by Blogger.
RSS

Petua: Meredakan sakit ulser mulut @ kubang kerbau

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabt yang kami kasihi keranaNya,

Lama rasanya tidak menulis di ruangan ini. Kesempitan masa yang melanda, ditambahkan lagi dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu memberikan keterbatasan buat kami untuk berkongsi cerita di sini. 

Kali ini berkongsi petua yang diajarkan oleh Incik imamku tentang ulser mulut atau kubang kerbau. Ok, andai kawan-kawan google kubang kerbau, tiada satu pun yang terkait dengan ulser mulut Y^^ (Yati dah google tadi...hehehehe) Incik imamku yang memanggil dengan istilah tersebut, katanya orang kampung (Kampung Gapis, Nyalas) panggil begitu. Menarikkan info ini. Kira ilmu barulah ni

Baiklah, setelah beberapa hari menderita ulser mulut @ kubang kerbau ni, Yati akhirnya mengadu kepada Incik imamku. Incik imamku ajarkan petua yang diajar oleh mak kepadanya. Baiklah, kira ianya petua turun-temurunlah ni kan.

Caranya >>>> tekapkan tempat terkena ulser tu dengan asam keping. Walla! Dengar pun dah terasa ngeri di dalam hati...sudah terasa pedihnya.

Namun disebabkan ulser makin membesar dan sakit apabila tersentuh (baik dengan gusi atau ketika minum air) membuatkan Yati nekad untuk mencubanya malam tadi.

Ambil dari Google

Baik letak gambar asam keping ini daripada letak gambar ulser itu.

Apa rasanya? Memang terbaiklah! Pedihnya sampai berdenyut-denyut ke telinga. Serius, meleleh air mata apabila melekapkan asam keping di mata ulser itu. 

Tetapi setelah beberapa minit, rasa pedih makin berkurang. Incik imamku kata, kalau dah tiada rasa pedih, bolehlah buangkan asam keping tu.

Selepas mencuba petua ini, kita akan rasa macam ada satu lapisan terbentuk di atas ulser. Ulser masih berasa sakit apabila tersentuh. Tapi tidak lama, selepas itu kita akan rasa macam ulser tu mebentuk satu sel yang tidak hidup. Maksud Yati, seolah-olah reseptor sakit telah terputus, tidak bersambung dengan ulser tu.

Sehinggalah pagi ini, ulser dah makin mengecut, dan rasa sakit dah hilang. 

Untuk mencubanya lagi andai ulser terbentuk kembali...emmm...boleh juga, sama je sakitnya apabila ulser itu terdedah. Daripada menanggung sakit berhari-hari, baiklah dari menanggung pedih yang cuma beberapa minit.

Sesiapa yang mahu cuba petua ini, Yati nasihatkan tabahkan hati anda...pedih, tapi hasilnya memang berbaloi... ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lahirnya Seorang Qurrotu'ain Buat Elya & Roaz

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Alhamdulillah semalam tengah hari kawan baik kami telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel dan tembam...hehehehe.



Tengok tu...geramkan, rasa nak cium-cium pipi dia tu, pastu nak cubit sikit. Hehehehe

Tahniah buat Elya dan Roaz, tanggungjawab baru, menjaga amanah Allah ini. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teruja untuk Dapat Anak Buah Lagi...dan Lagi...

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Dari malam semalam kami teruja, dan berdebar-debar menantikan berita gembira dari kawan baik kami.

Diambil dari Google

Doa kami semoga Allah permudahkan segala-galanya

"Beb, sabar dan tabahlah, gugur dosa-dosa tatkala kau berjuang. Aku sayang kau"

p/s: tolong doakan sekali ye kawan-kawan

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 Perkara yang Berpasang-pasangan di Dalam Al-Quran

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Alhamdulillah, Jumaat pertama dalam Bulan Syaaban sedang kita lalui. Semoga kita disampaikan ke Ramadhan, amin.

Kami mahu berkongsi lagi ilmu yang baru kami dapat semalam. Semalam kami berkesempatan untuk menonton slot Cinta Ilmu di TV Al-Hijrah (waktu siaran lebih kurang 6.10 petang, selepas berita ringkas). Kali ini Ustaz Badli Shah Alaudin yang menyampaikan kisah ibu bapa.

Di ambil dari Google

Apa yang terkesan di hati kami ialah, kita selalu bercerita tentang kehebatan dan jasa seorang ibu. Sesuatu yang tidak perlu dinafikan, ibu memang hebat! Kita terlupa tentang pengorbanan seorang ayah. Jasa seorang ayah jarang didendangkan. Ayah adalah seorang yang bekerja kuat demi menyara keperluan keluarganya. Ayah mencari duit untuk diberi kepada keluarga, bukan untuk dirinya.

Contoh yang diberi, Hari Raya, ayah boleh je pakai baju singlet dengan kain pelikat. Pakai baju raya yang tahun lepas pun tak mengapa. Kami keharuan, betul...sangat betul. Meski hanya pakai baju lama, ayah tetap kemas apabila tiba Hari Raya.

Satu benda yang menggelikan hati kami ialah, apabila ustaz bertanya, siapakan yang lebih sabar, ayah atau ibu? Sejujurnya kami menjawab ibu. Jawapan ustaz ialah ayah. Kenapa? Apabila anak nangis nak susu pagi-pagi, yang bangun adalah ibu, sebab ibu tak sabar. Ayah sabar...dia boleh terus tidur. Pecah gelak kami.

Mode: Rindu sangat pada emak-emak dan ayah-ayah kami.

Satu ilmu baru yang kami dapat ialah 3 perkara yang ALLAH berikan secara berpasang-pasangan di dalam Al-Quran. Ustaz kata, andai kita hanya buat satu perkara, ianya tidak dikira di sisi ALLAH. Kena buat dua-dua. 

Menarikkan, nak tahu apa dia? Jom, kita lihat apa dia  ^-^

1. Mendirikan solat dan mengeluarkan zakat
2. Mentaati ALLAH dan mentaati Rasulullah saw
3. Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada ibu bapa


Alhamdulillah, petang semalam sambil kami membuat persiapan untuk memasak lauk untuk makan malam, kami diberikan ALLAH ilmu yang sangat berharga ini. 

Kami selalu juga menonton slot Cinta Ilmu. Antara yang kami pernah tonton ialah Ustazah Sh. Norhayaati, berbicara tentang fiqh wanita. Ustaz Muhammad Nuruddin yang berbicara tentang solat. Ada lagi beberapa yang kami terlupa namanya.

Kawan-kawan cubalah tonton. Kalau tidak dapat banyak, dapat sedikit pun sudah sangat berharga. In shaa Allah.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abe; Cerita yang Menyentuh Segenap Ruang Rasa


Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Tadi, tika sedang berehat dan menjenguk ruang fb, Yati melihat gambar yang di letakkan di profil saudara Ujang. Sebahagian gambar dari komik Abe.

(Maaf, Yati tidak tahu mahu istilahkan komik atau kartun)

Yati sudah tidak ingat tahun bila keluarnya cerita Abe. Namun ianya bagai satu memori yang sangat berharga. Ketika itu masih di alam persekolahan. Mengikuti cerita Abe (tapi Yati tak beli pun majalah Ujang, Yati tumpang baca di kedai. Hehehehe)

Lama Yati cari koleksinya. Akhirnya berpeluang untuk membelinya di gerai MOY ketika PBAKL 2013 hari itu. Teruja dan seronok!

Apabila mula membaca, Yati berada di dalam ruang sendiri. Ada masa kita gelak, melihat gelagat Abe. Ada masa kita sayu dan geram bila ada yang mencerca. Ada masa kita sedih bila Abe kehilangan orang-orang yang dia sayang. 

Gelak sorang-sorang, itu biasa!

Membaca koleksi ini bukan sahaja membawa diri ke zaman silam, tetapi juga lontaran rasa selari dengan ceritanya.

membaca tanpa jemu. Abe, Nenet, Che Din, Sahak...dan lain-lain watak mewarnai cerita ini.

Kehebatan cerita ini, hanya yang merasai akan tahu.

Yati telah habis membacanya. Kisahnya masih memberi kesan di dalam hati. Dan, akan terus ulang membacanya bila tergerak hati, kerana hati perlu sentiasa dibaja dengan nilai-nilai murni.


Antara lain yang dibeli ketika di gerai MOY ialah majalah Ujang. Yang ini Incik imamku yang beli, alasannya, mahu dapatkan paper bag percuma. Itu sahaja. Ianya hanya bacaan santai buat kami.


Ini pula adik yang teruja untuk membuat karikaturnya. Salah satu aktiviti di gerai itu. Tak ingat pula pernah cerita atau belum di ruang ini hari tu. Letak je la ye Y^^

Berbalik kepada cerita Abe tadi, memang legenda. Yati sedang mencari koleksi Bersama Selamanya, Kartini...

Lagi satu majalah yang dah tiada di pasaran, Majalah Lanun. Sesiapa yang ada koleksinya. Yati hanya ada sedikit sahaja. Masih simpan walaupun banyak muka suratnya telah hilang.

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS