Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Alhamdulillah bersua lagi kita di arena ini, semalam kami cerita tentang buku. Ada sesiapa yang dah baca buku tu? Boleh kirimkan komen kawan-kawan...kita kongsi pengalaman dalam dunia buku. Atau mungkin kawan-kawan ada buku yang ingin kawan-kawan usulkan kepada kami untuk kami membacanya ^-^
Hari ini, santai sahaja, sekadar mahu berkongsi jihad kecil yang kami lakukan. Kami secara perlahan-lahan mencari alternatif bagi barangan yang diguna pakai sehari-hari daripada produk-produk yang punya talian dengan israel, kepada produk-produk yang tidak memberi dana pada israel, dan produk-produk iks.
Hari ini kami kongsikan ini>>>
So far, kami dah lama gunakan produk ni, kami suka kerana kuantitinya boleh bancuh dalam 1 mug besar. Rasanya sedap, agak manis pada yang tak suka manis. Awalnya kami tidak endahkan sangat. Namun apabila ianya mendapat tempat di hati puteri kami; kakak saffiyya. Kami mula menjadi konsumer tetap, hehehehe.
Lagi nak bagitau, harga dia murah ^-^ benda penting ni dalam uasaha nak survive dalam era ini <sigh>
Ok la kawan-kawan, sekadar perkongsian kecil je hari ni.
Untuk produk ni kami memang bagi 5 bintang. Kami suka ambil ketika pagi (sarapan) atau minum petang, kenyang dan ianya menu sihat, in shaa Allah. Bila petang dah kenyang, kita tak ambil kuantiti yang banyak ketika makan malam <<< bagi tips lagi ni ^-^
Ok la kawan-kawan, sampai bertemu lagi.
Salam sayang, illalliqa'
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
0 comments:
Post a Comment