Assalamua'laikum dan salam sayang,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Alhamdulillah, diberi kesempata lagi pagi ini untuk kita bersua ^-^
Hari ini santai-santai je. Terjumpa gambar hari tu, rasa nak kongsikan di sini. Seronoknya masih terasa, Rindu pun menggamit lagi.
Kami merancang, Allah pun merancang, tapi perancangan ALLAH lebih baik.
Yati dan Along berkongsi bulan kelahiran, memang dari kecil lagi, kami sudah biasa menyambut bersama. Namun apabila masing-masing makin dewasa, sudah makin jarang menyambutnya bersama.
Ketika ini kami dapat berkumpul, cuma adik sahaja yang tiada kerana bekerja. Seronok melihat anak-anak bermain, seronok melihat ukhwah dan kasih sayang yang ada.
Atuk, nenek pun seronok bermain dengan cucu-cucu.
Kami masak sama-sama. Makan sama-sama. Walau lauknya biasa-biasa, kerana ukhwah, sedapnya Allahu...Allahu...
Lebih meriah, keesokkan harinya kami meraikan adik kami, Selamat Pengantin Baru Lama :P Pak Lang... Seronok dapat ahli baru dalam keluarga kita yang kecil ni.
Semoga ukhwah ini sentiasa dalam redha Allah. Semoga hati-hati kita sentiasa diikat dengan kasih sayang.
Sampai sini dulu, ada kelapangan kita berjumpa lagi, in shaa Allah.
Salam sayang dan illalliqa'
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
0 comments:
Post a Comment