Powered by Blogger.
RSS

Jihad Kecil: Alternatif untuk Produk Nestle; Nestum

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah bersua lagi kita di arena ini, semalam kami cerita tentang buku. Ada sesiapa yang dah baca buku tu? Boleh kirimkan komen kawan-kawan...kita kongsi pengalaman dalam dunia buku. Atau mungkin kawan-kawan ada buku yang ingin kawan-kawan usulkan kepada kami untuk kami membacanya ^-^

Hari ini, santai sahaja, sekadar mahu berkongsi jihad kecil yang kami lakukan. Kami secara perlahan-lahan mencari alternatif bagi barangan yang diguna pakai sehari-hari daripada produk-produk yang punya talian dengan israel, kepada produk-produk yang tidak memberi dana pada israel, dan produk-produk iks. 

Hari ini kami kongsikan ini>>>


So far, kami dah lama gunakan produk ni, kami suka kerana kuantitinya boleh bancuh dalam 1 mug besar. Rasanya sedap, agak manis pada yang tak suka manis. Awalnya kami tidak endahkan sangat. Namun apabila ianya mendapat tempat di hati puteri kami; kakak saffiyya. Kami mula menjadi konsumer tetap, hehehehe.

Lagi nak bagitau, harga dia murah ^-^ benda penting ni dalam uasaha nak survive dalam era ini <sigh>

Ok la kawan-kawan, sekadar perkongsian kecil je hari ni.

Untuk produk ni kami memang bagi 5 bintang. Kami suka ambil ketika pagi (sarapan) atau minum petang, kenyang dan ianya menu sihat, in shaa Allah. Bila petang dah kenyang, kita tak ambil kuantiti yang banyak ketika makan malam <<< bagi tips lagi ni ^-^

Ok la kawan-kawan, sampai bertemu lagi.

Salam sayang, illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulat Buku: Beduk Diketuk - Ustaz Pahrol Mohd Juoi

"Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya 'bingit', namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan."

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Kawan-kawan yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, hari ini kita berjumpa lagi, semoga pertemuan ini ada manfaatnya, amin.

Alhamdulillah, walau tidak serancak dulu, kami bersyukur kerana hobi yang satu ini dapat kami laksanakan lagi; membaca. Mudah-mudahan kami akan terus-menerus melakukannya walau bukan dalam kuantiti yang banyak. 

Hari ini kami ingin kongsikan buku ini >>>


Buku ini kami pinjam dari seorang kawan. Terbitan dari Telaga Biru. Ulasan kami, buku ini sarat dengan nasihat, dan perkara-perkara yang mebuka minda. kami sangat mengesyorkan kawan-kawan membacanya. Ianya membuat kita akan sekejap-sekejap begini, sekejap-sekejap begini, kerana sentuhannya menyeluruh. Ada yang terkena di batang hidung sendiri, ada yang kita rasa...ooo...baru tahu. Ada ketika, kita rasa tenang, "Allah kan ada", ada ketika kita rasa macam belum cukup berusaha. Begitulah...

Bahasanya mudah difahami, senang sampai kata orang. Dengan bantuan gambar-gambar kartun, buat kita tidak rasa terlalu berat untuk menghadamnya. Banyak kupasan dari penulis.

Di sini kami kongsikan bab-bab di dalam buku ini:

Beduk 1: Ramai Pengajar, Sedikit Pendidik
Beduk 2: Belajar Tawakal daripada Semut
Beduk 3: Macam Mana nak Jadi Baik?
Beduk 4: Apabila Solat Tidak Menyentuh Hati
Beduk 5: Corat-coret anti-yahudi
Beduk 6: Sudah tersungkur baru akur
Beduk 7: Dialog dengan seniman
Beduk8: Pelbagai cerita dalam kereta
Beduk 9: Ber'nas' yang tidak bernas
Beduk10: Encik atau ustaz?
Beduk11: Seorang jurutera dia atas bukit
Beduk 12: Orang jahat, mati lambat?
Beduk 13: Kisah solat subuh berjemaah
Beduk14: Ingat mati tingkatkan produktiviti
Beduk 15; Misteri sejadah berdiri
Beduk 16: Buang masa dnegan solat?
Beduk 17: Menghalau hantu
Beduk 18: Orang ikhlas tertindas?
Beduk 19: Daging babi, curi tulang, dan curi masa
Beduk 20: Tiada hari tanpa demonstrasi
Beduk 21: Workaholic vs solatholic
Beduk 22; Langit terbuka, hati tertup
Beduk 23: Biarlah sapi yang dapat nama
Beduk 24: Muslim yang islamphobia
Beduk 25: Apabila tak tulus mengikut jalan lurus
Beduk 26: Karamah pulang dari makkah
Beduk 27: Jadikan masjid tempat orang yang jatuh hati, bukan jauh hati
Beduk 28: Alkisah tentang jodoh
Beduk 29: Motivasi doa
Beduk 30: Itu bukan tamadun islam
Beduk 31: Lain yang sakit, lain yang diinject
Beduk 32: Maju secara automatik
Beduk 33: Watak baik jadi akhlak
Beduk 34: Bukan sistemnya... tapi manusianya!
Beduk 35: Memerangi budaya dosa

Bagaimana kawan-kawan, masih belum ada minat nak baca ^-^ kebanyakan bab-bab ini halus menyentuh hati kami.

Mudah-mudahan kita semua ada kekuatan untuk menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini, amin

Sampai sini dulu kawan-kawan, ada masa kita jumpa lagi.

Salam sayang, illalliqa'

~Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom, Belajar! Synonim - Walk

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Agak lama kami tidak bersiaran kerana bercuti dan menguruskan beberapa perkara yang 'berat'. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan, dijumpakan dengan orang yang baik-baik. Syukur. 

Hari ini, kita belajar Bahasa Inggeris la ye. Seperti selalu, kami simpan dari FB sebagai rujukan buat kami, dan kami rasa bermanfaat buat semua.



Bertambah kosa kata lagi hari ini. Contoh, kita lebih sinonim dengan istilah 'cat walk' bagi model, hakikatnya istilah yg betul ialah sashay. Baru tahu banyak kosa kata, contoh wade, mengharung.

Kami harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ^-^

Oh, hampir terlupa! Kawan-kawan, kalau nak simpan gambar-gambar ni, dan gambar-gambar yang bukan peribadi, silakan...kami lebih suka panjang-panjangkan ilmu. 

Ok la, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi ye, in shaa Allah.

Salam sayang dan illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 Kunci Kebahagiaan Hidup Menurut Saidina Alibin Abu Talib

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Lewat penulisan kami, kami perasan ada seorang pembaca yang setia membaca setiap post kami. Jujur, kami rasa terharu dan rasa dekat sangat dengan kawan ini. Buat kawan yang dimaksudkan, kami amat hargai andai awak dapat menghubungi kami. Jangan malu ye kawan, kami mahu mengenal dengan lebih dekat.

Apa khabar kawan-kawan hari ni? Kami harap hari-hari yang kawan-kawan lalui adalah hari-hari yang hebat, punya banyak warna yang sempurna.

Kesinambungan daripada semalam, hari ini kami kongsikan lagi tip-tip yang in shaa Allah mampu mebuatkan hari-hari kawan-kawan lebih indah.

Perkongsian ini kami ambil dari FB, kami panjangkan di sini, moga-moga ada manfaat darinya.









Hebatkan kawan-kawan nasihah yang diberi...Allahu...hati kami juga masih belajar untuk sentiasa terus positif, terus yakin pada setiap kebaikan.

Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah dan taufikNYA. Amin.

Sampai sini dulu ye kawan-kawan, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Salam sayang, illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Teladan 25 Rasul (Bergambar)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, Allah izinkan untuk kita bersua lagi di sini. Bagaimana hari kawan-kawan? Hebat! Alhamdulillah... semoga kita sentiasa dikurniakan rasa syukur dalam setiap apa yang kita miliki walau rasanya pahit, in shaa Allah ada hikmah yang Allah mahu hadiahkan kepada kita.

Hari ini kami kongsikan cerita bergambar kisah teladan 25 Rasul. Kami save dari FB. 

Setiap Rasul kita punya cerita yang hebat-hebat. Ujian buat mereka pun hebat-hebat. Tak setanding kita ni, tapi itu pun ada kala buat kita rasa jatuh, rasa hilang pedoman sekejap. Alhamdulillah dengan sifat RahimNYA, kita tak selama dibiar lalai dan hanyut dalam rasa yang negatif. 










 



 

 

 


































Kami harap perkongsian yang kecil mampu memberikan impak yang besar buat kawan-kawan. Kita dapat sari banyak perkara yang boleh memberikan kita semangat dan motivasi untuk terus ke depan, dan sentiasa mencari kebaikan dalam setiap langkah kita, in shaa Allah. 

Sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Salam sayang dan illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada Yang Perasan Tak?

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Salam Jumaat kawan-kawan, tengah buat apa tu? Sihat tak hari ni? Alhamdulillah anak buah kami dah discharge, dan dah sembuh, terima kasih pada kawan-kawan yang mengirimkan doa. Semoga Allah balas dengan kebaikan yang banyak, amin.

Hari ini, kita santai-santai sahaja ^-^

Ada tak sesiapa yang perasan yang blog ini telah berwajah baru 


Kawan-kawan suka dan selesa tak dengan template yang baru ni?

Template yang baru ni, lebih senang untuk kawan-kawan 'meneroka' khazanah yang ada dalam blog ni, hehehe.

Jom, kita!




Andai kawan-kawan mahu mencari sebarang topik yang pernah kami kongsikan, boleh taip dan klik kat ruangan search tu, boleh juga klik di bahagian label, mengikut kategori. Ikutlah mana-mana yang kawan-kawan lebih selesa dan yang mana lebih praktikal buat kawan-kawan.


Yang di pulak senarai follower,, alhamdulillah, terima kasih kerana sudi menjadi follower (nantikan hebahan ye bagi pembaca setia blog ni) Ada yang memandang pada nombor itu, namun kami tetap optimis, kami tahu ramai silent reader di dalam blog ni ^-^


and last but not least, kami suka andai kawan-kawan tinggalkan komen, kita boleh bersembang di situ, dan klik je mana-mana andai kawan- kwan mahu share cerita kami ini. Andai ada kebaikannya, kami sangat hargai kawan-kawan share (sekaligus tolong promosikan blog ni ^^Y)

Oh, andai kawan-kawan tidak mahu terlepas membaca setiap post dari kami, boleh sucribe through email (kolum Follow by Email, minta maaf, tiada gambar pulak)

Ok lah sampai sini dulu ye, ada masa kita jumapa lagi, in shaa Allah

Salam sayang dan illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Titik Teruja; Recycle Plastic Flower

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Hari ni nak belanja gambar sikit ^-^


Cantik tak kawan-kawan bunga nan sekuntum ni...

Cantikkan...

Ada sape-sape tak nak tau cara buat dia? Ada...ok, ok,.. nanti kami usahakan tutorialnya

Nantikan ye kemunculan tutorialnya, in shaa Allah.

Tunggu tau, jangan tak tunggu...kami nak wakafkan ilmu ni pada semua, in shaa Allah

Ok la, sampai sini dulu, hari ni tak dapat bersiaran lama-lama. Minta maaf ye

Ada kelapangan kita jumpa lagi, in shaa Allah

Salam sayang dan illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Susah Hati Apabila Anak Sakit...Jom, Kita Baca Ni!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Kawan-kawan yang dikasihi keranaNYA,

Lewat hari-hari ini, kami sangat terkesan dengan isu kesihatan. Semalam anak buah kami telah ditahan di wad kerana demam, dan suspek denggi. 

Alhamdulillah, hari ini, keputusan darah keluar, hanya demam.


Sayu hati apabila melihat gambar yang dikirimkan. Dari jauh Mak Ngah, Ayah Ngah, Saffiyya , dan adik Sumayyah doakan Kak Cik ye.

Kawan-kawan, boleh tolong doakan anak buah saya ni... Terima kasih kawan-kawan. Jasa kawan-kawan amat kami hargai.

Ayah kami juga kurang sihat. Allahu...betapa kami diuji, mudah-mudahan Allah beri yang lebih baik dengan ujian ini, amin...

Hari ini, kami mahu kongsikan mungkin boleh diistilahkan sebagai tips. Ianya dikongsikan di kumpulan Whatsapp taska Saffiyya, Sumayyah. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat buat emak ayah yang sedang menghadapi situasi yang meresahkan hati ini.






Semoga kita semua diberi nikmat kesihatan yang baik. Jaga diri ye kawan-kawan. 

Kami sayang kawan-kawan semua.

Sampai sini dulu ye, in shaa Allah, ada masa kita berjumpa lagi.

Salam sayang dan illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sihat Secara Sunnah

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Apa khabar semua? Harapan kami agar sahabat sekalian berada dalam keadaan sejahtera. Sekarang ini musim demam, batuk selsema. Jaga diri ye kawan-kawan.

Perkongsian hari ini, kami dapat melaui post dari FB. Berkaitan dengan kesihatan. Kami save gambar-gambarnya agar dapat dipanjangkan perkongsiannya.

Amat menarik apabila ada yang menulis kelangsungan di antara sunnah dan ulasan saintifiknya.

Namun, satu pesan kami. Jangan terlalu obses ye kawan-kawan. Bukan...bukan jangan terlalu obses dengan sunnah, tetapi jangan terlalu obses untuk mencari kelangsungannya dari sudut saintifik. Ini kerana, setiap sunnah, walau tanpa ulasan saintifik, kita amalkan, kerana sayangnya kita pada Rasulullah saw, itu lebih penting. Itu yang kita perlu pegang.

Tidak semua gambar yang ada kami kongsikan di sini, kerana ada perkara yang dinyatakan menjadi was-was pada kami.

Baiklah, tanpa berceloteh panjang, kami kongsikan di sini;


 





 

Semoga dapat memberi manfaat ye kawan-kawan. Sayang Rasulullah saw, sepanjang masa, bukan hanya sekadar tibanya Maulidur Rasul.

Sampai sini dulu, ada kelapangan kita berjumpa lagi, in shaa Allah.

Salam sayang dan illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS