Powered by Blogger.
RSS

Asal Perkataan "SADO"

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,

Minta maaf andai terlewat membalas komen, sedikit sibuk pada minggu lepas, mengejar dokumen-dokumen yang perlu disiapkan dan dalam masa yang sama telah merasa sakit-sakit. 

Mungkin petanda tak lama lagi akan bersalin. Doakan yati ye kawan-kawan.

Dalam minggu lepas, ketika menonton TV Al Hijrah, ketika itu tidak ingat slot yang mana, tapi penceramahnya ialah Ustaz Badli Shah.

Tertarik untuk berkongsi di sini perkenaan asal perkataan sado yang kerap disebut-sebut oleh anak muda kini bagi menggambarkan lelaki yang sasa.

Menurut ustaz, perkataan sado awalnya disebut, "besar, bodoh" perkataan 'bodoh' di akhiran pengucapan yang menjadi kebiasaan sesetengah anak-anak muda.

"besar, doh"
"sado"

begitulah kronologinya.

Ustaz menambah lebih sedap disebut "katang" dari "sado", kerana "katang" tu kalau dalam loghat pantai timur bermaksud khatam. Bidalan dari ustaz yang membuka sudut fikiran kami.

Kawan-kawan, jagalah perkataan kita, jangan hanya jadi ikut-ikutan. 

Untuk hari ni itu sahaja ^-^

Sedikit perkongsian dari kami.

Ok la, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kejutan untuk Ayah Saffiyya (Edisi Mengimbau Kenangan)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di hari Jumaat yang mulia ini, salam Jumaat ^-^ Syukur masih bernafas, semoga kurnia yang ALLAH beri ni digunakan untuk perkara-perkara kebaikan, amin.

Tengok statistik dan trafik pengunjung-pengunjung blog ini. Nampaknya tutorial yang lama-lama menjadi topik fav kawan-kawan. Tutorial yang baru ini kurang mendapat sambutan. Kalau ada apa-apa kekurangan untuk tutorial, beritahu kami ye, mudah-mudahan kami dapat perbaikinya di masa akan datang.

Semalam kemas dokumen di pc, terjumpa beberapa keping gambar. Terus kenangan lama menjelma. 

Sebuah kejutan untuk Incik Imamku setelah sebulan lebih belayar.

Dan sebenarnya ianya adalah hadiah hari ulangtahun perkahwinan, yang tak dapat diraikan bersama ketika tarikhnya.

Yati kongsikan gambar-gambar itu di sini, mana tahu andai ianya boleh memberi ilham buat kawan-kawan untuk membuat kejutan buat insan-insan yang tersayang.

Letakkan di bahagian luar sliding door

Letak dekat dinding paling dekat dengan pintu

Buh kat dalam kotak mainan anak, kira kena cari la ^-^

Lekat kat tepi tv

Lekat kat dinding anak tangga yang pertama

Buh kat hadiah

Masa buat ni, Yati gunakan software Paint. Tidak ambil pula kat mana Yati lekatkan gambar-gambar ini. Takpela, Yati explain kat setiap gambar.

Memang menarik, walaupun ianya simple je, tapi, ianya memberikan gelak ketawa ketika dalam proses mengikut setiap arahan >-<

Kawan-kawan mungkin boleh cuba. 

Ingat lagi masa ni, Incik imamku cari sambil dukung saffiyya. Anak ayah kan...

Ok la kawan-kawan, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial: Origami Corner Bookmark

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, bersua lagi kita. Walaupun telah lewat petang, salam Jumaat ^-^

In shaa Allah semoga bermanfaat kepada semua ilmu yang ingin kami kongsikan ni.

Asalnya kami mendapat ilham untuk berkongsi tutorial ini apabila mahu membuat penanda buku yang nampak unik. Lalu kami mencari di enjin carian dan terjumpa video ini



Kawan-kawan boleh rujuk pada video tersebut untuk paparan dan imaginasi visual yang lebih jelas. Cuma kami tidak ikut 100% langkah demi langkah yang ditunjukkan.

Apabila cuba membuatnya, akhirnya kami aplikasikan kaedah yang memudahkan kami.

Ok, jom! Untuk tutorial ini kami gunakan recycle paper. Hasilnya menakjubkan!

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kertas
Gunting
Gam
Dekorasi yang sesuai (butang, felt, resin, manik, labuci)



1. Mula-mula guntingkan kertas (kami gunakan 2 jenis kertas yang berbeza bagi memudahkan kawan-kawan faham) Kertas A bersaiz 12.5 cm X 12.5 cm. Kertas B pula bersaiz 5.5 cm X 5,5 cm. Potong kertas B sebanyak 8 keping.



2. Kita mulakan dengan kertas A dulu. Lipat dua kertas A, tapi jangan tekan garisan tengah, hanya cubitkan sedikit untuk kita dapat kesannya. (Lihat pada anak panah)



3. Lipatkan pepenjuru di kedua-dua belah (Rujuk gambar)



4. Selotepkan pada garisan tengah (di dalam kawasan bulatan. Kemudian lipat separuh basi bawah (lipat di garisan lurus)



5. Akan jadi seperti ini. Gamkan ia.



6. Kemudian trim kan bucu (seperti dalam gambar), tapi ni optional je. Kalau tak nak trim pun takpe. Nak trim macam bentuk ombak pun boleh, ikut la kreativiti dan selera kawan-kawan.



7. Ok, sekarang kita beralih ke kertas B. Mula-mula buatkan water bomb base pada kertas B. Kemudian, lipatkan bucu kiri dan kanan ke garisan tengah (Lihat anak panah)


 
8. Ianya akan jadi seperti ini.



9. Bukakan semula lipatan, letakkan gam di bahagian tengah (lihat anak panah). Biarkan gam kering.



10. Buatkan pada kesemua lapan keping kertas B.



11. Ambil satu unit, letakkan gam di bahagian yang ditandakan dengan anak panah.



12. Ambil unit yang lain, cantumkan seperti gambar.



13. Cantumkan kelapan-lapan unit, sehingga membentuk sekuntum bunga.



14. Kemudian, letakkan gam di bahagian belakang bunga, gamkan ia di kertas A tadi.



15. Kawan-kawan boleh deko menggunkan kertas, butang, pin, bunga, labuci dll.



16. Ini ialah beberapa dekorasi yang kami bereksperimen. Menggunakan kerta kalendar, butang, kain felt. Kawan-kawan boleh kembangkan kreativiti kawan-kawan.



TIPS: Jangan gunakan dekorasi yang 3D, yakni yang berbonjol. kita kena ingat yang ini ialah penanda buku, yang akan diletakkan di bahagian bucu buku. Andai dekorasinya seperti gambar, buku tidak akan tertutup rapat


Sekian, hehehe

Ok la kawan-kawan, nanti kalau dah cuba, bagitau ye ^-^ Kalau tak faham jangan segan-segan tanya tau. 

Sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ikhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi: Daging Salai Masak Sos Hitam

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Kawan-kawan yang dikasihi keranaNYA,



Nampak menyelerakan tak gambar kat atas ni. Yum...yum...yum... hehehe, belanja gambar dulu.

Alhamdulillah, hari ini kita bersiaran di waktu pagi. Semalam, selepas berkongsi tutorial origami water bomb base, kami dok mengira, berapa tutorial yang dah ada. Baru empat.

In shaa Allah, kami akan cuba kejarkan sehingga ianya menjadi 9, sebelum oktober menjengah. Mahu juga mencapai azam yang telah dilafazkan, in shaa Allah.

Hari ini kami akan kongsikan tutorial yang ke-5. Kali ini bukan pasal kraf, sambungan semalam tunggu dulu ye kawan-kawan, belum siap lagi edit gambar-gambarnya.

Pagi ini kita main masak-masak, mana tahu boleh memberi ilham buat kawan-kawan untuk jadikan juadah tengah hari nanti.

Ok, jom!

Bahan-bahannya:

250 g Daging salai (Lebih kurang 2 cakup genggam)
2 batang serai (dititik. kalau kecik, boleh tambahkan lagi)
1 biji bawang besar (belah 6)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 sudu cili blend
5 sudu kicap pekat
1 sudu sos lada hitam
1 1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Sedikit garam



1. Sediakan bahan-bahan untuk ditumis



2. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau



3. Masukkan cili blend sehingga pecah minyak (cili masak)



4. Setelah cili masak, masukkan air. Kemudian, masukkan kicap pekat dan sos lada hitam. Kacau sebati sehingga kuah kelihatan pekat.



5. Masukkan daging salai. Gaul sebati. Rasakan masinnya, kalau dah cukup tak perlu tambah garam



6. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat seperti sos. 

TIPS: Jangan tambah bancuhan tepung jagung ye kawan-kawan untuk bagi pekat, sebab nanti kuah tu tak meresap dalam daging. Daging salai tak macam daging biasa, kena bagi dia lama berendam dalam kuah, baru sebati rasa kuah dengan daging.

Dah siap! Senang je kan. Kawan-kawan boleh cuba nanti. Variasi untuk masak daging salai. Selalu kita makan gulai je kan, boleh cuba yang ni pulak. Buat sesiapa yang suka rasa black pepper memang terbaik la, boleh tambahkan serbuk black pepper kalau nak lagi terangkat pedasnya, dan umphhhhnya.

Ok la kawan-kawan, jangan lupa cuba ye ^_^

Sampai sini dlu, in shaa Allah ada kelapangan kita jumpa lagi.

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial: Basic Origami Base; Water Bomb Base (Easy Way)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Selamat menyambut hari kemerdekaan ye kawan-kawan ^-^

Cuti hujung minggu 3 hari, pastinya banyak aktiviti yang kawan-kawan lakukan. Kami? Kebetulan anak kami kurang sihat, jadi tidak ke mana-mana. Hanya rutin seperti hujung minggu yang biasa. Meluangkan masa dengannya. Walaupun kurang sihat, dia masih aktif dan keletah, cuma apabila dia terasa sakit, tidak sedap badan, mulalah merengek dan menangis.

Ok lah, kali ini kami ingin berkongsi bagaimana mahu buat lipatan water bomb base. Bagi sesiapa yang biasa dengan origami, kita akan dapati ada beberapa jenis lipatan asas bagi menghasilkan sesuatu produk origami.

Salah satunya ialah water bomb base.

Setelah bergelumang dengan origami, kami ingin berkongsi tips dan cara yang paling mudah untuk menghasilkan water bomb base. Lain orang lain caranya. Kami selesa dengan cara ini.

Ok, jom!



1. Menggunakan kertas berukuran segi empat sama, lipatkan dua kertas, (atas- bawah; kiri-kanan) dan bukakan kembali lipatan. Lihat garisan.





2. Setelah dilipat dan dibuka semula, kita akan dapat kesan garisan seperti di dalam gambar.




3, Terbalikkan kertas, dan lipat pepenjuru (rujuk garisan memanjang), buka lipatan. kawan-kawan akan dapat kesan garisan pepenjuru yang melekuk ke dalam, dan kesan garisan lurus akan cembung ke atas (yang garisan putus-putus tu)




4. Apabila telah mendapat kesan garisan seperti yang dinyatakan di atas. Kawan-kawan boleh lipatkan ke dalam di bahagian yang bertanda dengan anak panah.




5. Hasilnya, inlah rupa paras water bomb base

Kami lebih suka kaedah ini berbanding kaedah-kaedah lain kerana kesan lipatan garisan yang terhasil memudahkan kami untuk melipat water bomb base ni


TIPS:


Kalau kawan-kawan mempunyai kertas yang mempunyai dua patern yang berbeza. maksudnya depan warna lain, belakang warna lain. Contoh, depan warna A, belakang warna B. Andai kawan-kawan mahu warna B yang menjadi warna untuk base, pastikan pada mula-mula proses melipat (langkah 1). Permukaan warna B yang dilipat dahulu (lihat gambar).


Oklah kawan-kawan. Harap-harap kawan-kawan faham dengan penerangan ni. Kalau tak faham boleh tanya ye

Jangan lupa save tau, sebab tutorial yang akan datang akan menggunakan lipatan asas ni. In shaa Allah, tunggu ye ^-^

Ok lah sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhawah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS