Powered by Blogger.
RSS

Kasih Seorang Ayah

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi kerana ALLAH,

Tergerak hati untuk menulis dan berkongsi kisah di sini, mungkin kerana Hari Lahir Ayah yang baru berlalu, mungkin juga sebenarnya yati sedang merindui ayah! 

Tadi ketika pergi ke UTC untuk membayar bil-bil utiliti, Ketika masuk ke dalam lif, yati melihat seorang anak gadis, ditemani ayahnya, umur dalam lingkungan 25 -26.

Ye, jangan la tanya balik umurnya. Sebab itu yati terus senyum dan teringat betapa yati juga macam itu dulu. Bukan...yati tak melabelkan adik tersebut tidak pandai berdikari. Yati lebih suka begitu, yati dulu pun seperti itu. 

Sumber: Google
Mula bergelar anak rantau ketika berumur 18 tahun (sambung belajar). Sehinggalah sekarang. Namun ketika masih dalam alam persekolahan, belajar, temuduga dan dapat kerja. Sehinggalah menamatkan zaman anak dara pada usia yang orang tua-tua kata dah lewat (tapi yati tak kisah pun, jodoh tu kan rahsia Allah). Yati lebih selesa ditemani ayah ke mana-mana sahaja.

Meski tau, ayah juga punya kekangan masa dan tenaga, tapi entah kenapa semua benda mahu ayah ada bersama. Pergi beli buku, buka akaun, perbaharui lesen, macam-macam lagi la.

Bukan, bukan tak tahu nak buat sendiri, tapi hendak ayah ada. Sanggup ambil cuti kerja, balik KL dan pergi uruskan dengan ayah. Macam tak boleh buat sendiri kat Kuantan, hahahahahaha.

Kalau cerita temuduga, benda yang ayah ulang-ulang cerita ialah masa yati pergi temuduga di Damansara. Temuduga yang lama, ayah penat menunggu sambil jaga cucu. Apabila yati keluar, lihat ayah sudah seperti seorang pengemis! Kesian! Ayah mengadu pula, cucunya itu pergi tadah air kencing ayah masa ayah kencing. Tak puas ayah nak kencing, hahahahaha. (masa tu anak buah yati baru umur 2-3 tahun agaknya)

Sumber: Google
Yati punya rasa selesa dan selamat apabila ada dengan ayah. Meski sampai sekarang, ayah masih cium kat dahi tiap kali salam. Betul kasih ayah, sukar untuk ditebak, jarang untuk tampak. Tapi kasih ayah ada di situ.

Sekarang yati melihat anak perempuan kami rapat dengan ayahnya. Yati tidak kisah, malah tika orang cakap dia anak ayah pun yati tidak kisah. Malah suka. Kenapa?

Kerana apabila dia rapat dengan ayah, dia akan tidak kisah dengan lelaki di luar, in shaa Allah. Pernah dengar "Daddy is daughter's first love, and son's first superhero" ? Ungkapan ini betul kan?

Terlalu banyak kenangan yang kami cipta berdua. Terlalu banyak! Masa terus berlalu, usia pun makin bertambah, entah siapa yang akan pergi menghadap Ilahi dahulu.

Sumber: Google
Satu benda yang saya masih lakukan sejak bergelar anak rantau, akan hari-hari telefon ayah. Paling lama tak telefon 2 hari. Sekarang ayah pun dah pandai guna aplikasi WhatsApp. Tapi, naluri seorang ayah, dia tetap mahu mendengar suara. Dan sekarang anaknya ini telah jatuh ranking entah ke berapa. Hahahahaha. Sebab sekarang kalau telefon tanya cucunya dulu, tanya menantunya dulu...anaknya ni, kadang-kadang tak tanya pun... Y^^ hohoho, jeles ni tau!

Kasih yang tiada penghujungnya, luv u ayah, sampai bila-bila (cium dan peluk).

Ok sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial: Double-Layered Origami Dahlia Flower

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Salam Jumaat ^-^ alhamdulillah, kita dapat bersua lagi. Seperti yang dijanjikan. Untuk pertemuan kali ini, kami akan kongsikan tutorial membuat bunga dahlia. 

Ilham asal diambil dari blog INI . Namun kami mengolahkannya menjadi double-layered agar nampak lebih berseri dan ceria. 

Kawan-kawan pun boleh mencampurkan kreativiti yang ada dalam diri kawan-kawan bagi menghasilkan satu kerja tangan yang menarik dan gojes.

Bunga dahlia ni sebenarnya adalah tempahan dari customer kami. Boleh baca pos DI SINI Kebetulan teringat untuk ambil gambar. Tetapi maaflah, laaaammmmaaaaaa sangat untk tutorial ini menemui kawan-kawan. 

Bunga dahlia ni, selain diletakkan sebagai hiasan di atas meja. Boleh juga dilekatkan di buku skrap, hand-made wishing card, deco untuk balut hadiah, macam-macam lagi la.


Ok, jom kita panaskan enjin.

Senarai bahan-bahan yang diperlukan:

1. 8 helai kertas bersaiz 10cm X 10 cm (Kita istilahkan kertas A)
2. 8 helai kertas bersaiz 9cm X 9cm (Kita istilahkan kertas B)
3. Gam kertas
4. Klip kertas

p/s: Untuk tutorial ni, kami gunakan saiz yang disebut di atas, namun kawan-kawan boleh sesuaikan mengikut rasa sendiri. Pastikan kerta A warnanya berbeza dari kertas B)

Cara-caranya:



1. Lipat dua kertas A seperti di dalam gambar (untuk mendapatkan garis tengah)

2. Kemudian, lipatkan lagi sekali (sila rujuk gambar)

3. Setelah dilipat dua kali, ia akan jadi seperti ini.

4. Lakukan juga perkara yang sama pada kertas B.

5. Buka semula lipatan tadi. Akan terhasil 2 garisan tengah yang menghasilkan titik pusat pada kertas. (Perhatikan yang di dalam bulatan).

6. Letakkan kertas B di atas kertas A (dengan menjadikan titik pusat dan garisan lipatan sebagai panduan)

(Tips: Jangan gunakan gam, hanya letakkan kertas B)



7. Lipatkan bucu bawah agar bertemu dengan titik pusat.

8. Lipatkan lagi sekali ke garisan tengah (rujuk gambar).

9. Lakukan perkara yang sama pada bucu di atas.

10. Apabila telah dapat bentuk begini, lipat ke belakang mengikut garisan tengah.

11. Setelah dilipat ke belakang, kertas akan jadi seperti ini. Bahagikan dua kertas dan lipat.

12. Kertas akan jadi seperti ini.



13. Letakkan sedikit gam di dalam lipatas 

(Tips 1: Jangan letak gam terlalu banyak)
(Tips 2: Jangan letakkan gam di garisan tengah kertas)

14. Letakkan klip kertas di bahagian cantuman, dan tunggu sehingga gam kering (lebih kurang 15-20 minit) Ini dah dikira sebagai satu kelopak bunga.

15. Sementara tunggu gam kering, Buatkan lagi kelopak-kelopak bunga yang lain. Kawan-kawan boleh juga kurangkan kepada 7 kelopak. kami pernah buat 6, kelihatan tidak berapa cantik.

16. Apabila gam telah kering, cabutkan klip kertas dan pastikan kertas bercantum dengan baik dan cantik.

17. Gamkan dibucu kelopak (lihat gambar).

(Tips: Gunakan gam sedikit sahaja, gam yang banyak akan merosakkan tekstur kertas)

18. Akan jadi camni.

19. Letakkan klip kertas bagi mengukuhkan cantuman gam dia bahagian atas.

20. Dan juga di bahagian bawah.


21. Cantumkan kelopak yang seterusnya.

22. Dan lagi...

23. Dan lagi...

24. Dan lagi...

25. Dan lagi...

26. Sehinggalah kelopak yang terakhir (pandangan dari depan).

27. Pandangan belakang. Biarkan sehingga gam betul-betul kering dan semua kelopak bercantum dengan kemas.

28. Cabutkan klip kertas, dan, Taraaaa! jadilah bunga yang cantik ni


Kawan-kawan boleh klik pada gambar untuk view yang lebih besar.

Tutorial kali ini tidaklah terperinci seperti tutorial sebelum ni. Namun kami harap kawan-kawan dapat manfaatnya. In shaa Allah.

Kalau ada bahagian yang tidak faham, boleh pm kami untuk bertanya atau nyatakan kat ruangan komen pun boleh ^-^ in shaa Allah kami akan balas secepat yang mungkin.

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: In shaa Allah kami akan usahakan untuk 1 bulan 1 tutorial, anggap sahaja yang ini bayar hutang untuk bulan January ye kawan-kawan ^-^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melalui 2 Kelahiran, 2 Kehilangan, 1 Harapan, 1 Majlis Pertunangan

Assalamua'laikum,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Lama betul kami tidak bersiaran, terlalu banyak yang berlaku sehinggakan kami tak berkesemapatan untuk berkongsi setiap cerita.

Sebulan dua ni, kami telah melalui pelbagai bentuk emosi.

Menerima berita kehilangan biras, dan emak kepada seorang sahabat. Alhamdulillah, Allah rezekikan untuk berziarah.

Pelbagai emosi di situ, sedih itu sudah pasti. Insaf dengan ziarah. Betapa kita semua ini milikNYA. 

Menerima juga berita gembira dengan kelahiran anak buah yang baru; Adam Faqih dan Rafa Edlyn.

Sepasang! Telah direzekikan untuk melawat Rafa, belum berkesempatan melawat Adam. Semoga kedua-duanya memberikan bahagia buat ibu & ayah, ummi & walid.



Kemudian, kami juga dihadiahkan dengan sebuah harapan. Allahu...betapa kami insaf dengan kebesaran ALLAH. Cahayamata yang disangka gugur dua bulan yang lalu rupanya sedang membesar di dalam rahim ini. Betapa kesedihan yang lalu disapu pergi dengan berita yang penuh harapan ini.

Anak ini sudah berumur 19 minggu. Menitis air mata ketika pergi scan. Telah terbentuk tangan dan kaki. Aktif bergerak ke sana sini. Allahu, hanya deraian air mata dan ucapan syukur yang tak terhingga.


Tolong doakan kesejahteraan anak ini ye sahabat-sahabat.

Kemudian hari Sabtu yang lepas, pak Lang Saffiyya bertunang.

Hantarannya made from Kuantan ^-^



Dapat juga merasa buat kerja-kerja kraf setelah sekian lama tinggal ^-^ walaupun designnya simple je.

Inilah sedikit kisah yang berlaku sekitar sebulan dua ni.

In shaa Allah bersiaran lagi nanti kami kongsikan tutorial ye

Baiklah sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS