Powered by Blogger.
RSS

Buah Keranji di Dalam Perahu

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Minta maaf kerana tutorial bunga origami masih belum dapat dipaparkan dan dikongsikan, masih dalam usaha, doakan kami dapat kongsikan ilmu itu secepat yang mungkin, amin.

Semalam dah kongsi resepi. Hari ni nak kongsi bab makan gak.

Hari tu pergi tapau nasi untuk lunch kat kafe (seperti biasa).

Mak cik kafe: Ada buah keranjit dalam bekas putih tu, nak amik la
Saya: Buah apa cik?
Mak Cik kafe: Buah keranjit
Saya: Buah keranjit? Ok, nanti Yati amik
(Lepas bayar, terus pergi kat situ, dan tengok buahnya. Ok, 1st time tengok buah ni)
Saya: Cik, Yati amik ni, terima kasih, assalamua'laikum
Mak cik kafe: Waa'laikumussalam

Ini la rupa buah tersebut
Sepanjang nak ke opis sambil berjalan tu dok memikir, ada ke buah keranjit, ke aku salah dengar, buah keranji pernah la aku dengar. Tu pun pernah dengar sebab ada dalam pantun: 

Sorong papan, tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak tau

Tengok secara live, nak masuk umur 31 ni belum pernah lagi Y^^

Sampai opis, bukan makan dulu, google dulu. Ok, betul buah keranji, mana ada buah keranjit, aku yang salah dengar.

Setel satu, yang kedua, camna nak makan dia. Ok, dengan perasaan ingin tahu Yati cuba nak bukak kulitnya.

Ok, kulitnya rapuh, keras (walaupun rupa dia ada macam langsat, tapi kulit dia tak mcam tu) Pastu nampak isi dia macam baldu-baldu gitu.

Ok, jangan gelakkan saya, saya jakun....kot! Terus taip kat search engine, cara makan buah keranji (again, tolong jangan gelak)

Lepas baca kat SINI, baru berani nak meneroka buah keranji tu.

Memang tekstur buahnya macam baldu. Sedap makan sekali harung camtu, rasa masam manis. Rasa macam asam jawa pun ye gak. Boleh kot masukkan dalam masakan (nak cuba la nanti...hehehehe)

Kalau makan main cubit-cubit, lagi terasa kemasamannya.

Cuba makan dengan nasi, sedap gak ni kalau buat sambal colek, hahahahaha.

Keesokannya gi kafe

Saya: Mak cik, terima kasih sebab bagi buah keranji tu. 1st time yati makan dan tau rupa buah tu, banyak ilmu dapat, kalau tak tau dalam pantun melayu je
Mak cik kafe: (Gelak) ada student yang tak tau bila mak cik sebut pantun tu, (Ada la beberapa cerita lain, malas nak taip, tapi pokoknya student tu bagi alasan tak tau sebab dia orang bandar)
Saya: Yati pun orang kl gak cik, tau je pantun tu 

Dalam hati, rasa macam, betul, dalam genre puisi, pantun semakin dilupakan. Sedih...sebab yati paling suka lenggok dan lembut pantun melayu, ada budi bahasanya, ada seninya.

Allahu...saya sangat rindu bidang penulisan yang dah bertahun-tahun ditinggalkan.

Ok, berbalik kepada buah keranji tu, alhamdulillah...Allah berikan ilmu baru. Melalui pembacaan, ianya tidak diusahakan secara kormersial, hanya boleh didapati bila ada penerokaan hutan (ianya sejenis pokok hutan). Kot la ada sape-sape yang berminat nak usahakan secara komersial, boleh dipertimbangkan kot. Sebab melalui pembacaan, buah ni ramai gak yang minat, terutama yang memang dah pernah makan dari kecik.

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi: Ikan Kaci Goreng Beraroma (Resepi Simple2 Je)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Lama dah resepi ni terperap dalam draf.

Alkisah, ni 1st time kot Yati dengar nama ikan kaci. 1st time jugak masak dan makan hasil tangkapan Incik Imamku. Intro Incik Imamku sangat best, "Ikan kaci ni sejenis ikan coral, susah nak dapat kat pasar. Abang pun  tak tau masak apa yang best, sayang try la google"

Ok, fine. Dah la suri hatinya ni pun 1st time tau nama ikan tu. Mula-mula google, saja nak tau ikan tu apa ciri-cirinya.

Ihsan Google

Ok, bila dah baca sikit, nak baca lagi. Lama-lama suri hatinya ni khatam pulak pasal ikan ni, hahahahaha...Lepas tu baru la cari resepinya.

Ok, ikan ni rasa dia lemak-lemak, sedap goreng, sedap masak kari, asam pedas pun sedap. Boleh belaka la orang cakap.

Disebabkan masa yang ciput nak menyediakan juadah hari tu, Yati amik jalan senang >>> goreng pon sodapppp... Y^^

Tapi nak nampakkan macam best, saja la tambahkan beberapa rencah, bagi terangkat sikit makannya.

Ok, jom kita!

.
Bahan-bahannya:

1 ekor ikan kaci (saiz sederhana, siang dan bersihkan)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
5 biji cili api (suka pedas boleh tambah lagi)
3-5 tangkai daun kari
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menumis


 Cara-caranya:

1. Mula-mula kita garamkan ikan (Erkkk,,,kenapa rasa macam pelik jek ayat ni). Ala, tengok la macam dalam gambar tu.


2. Panaskan minyak, goreng sampai garing.

3. Sementara nak tunggu ikan tu, bolehla hiris-hiris cili api, bawang putih, bawang besar tu Yati potong baji je, tak hiris pun. Kalau nak lagi umphhh...tumbuk dalam lesung batu. Pastu lurutkan daun kari.


4. Bila ikan dah garing, angkat. Gunakan sikit minyak yang buat goreng ikan tadi untuk tumiskan bahan-bahan yang dihiris tadi.

5. Tumiskan sampai bawang layu dan naik bau. Kemudian masukkan ikan tadi.


6. Gaul-gaulkan sampai sebati rencah dan ikan. Kalau takut bawang hangus, masa gaulkan tu, dah boleh slowkan api.

7. Bila dah tengok cantik je dia, tutupkan api.


Tadaaaa...dah siap dah, buh dalam pingan sedia untuk diratah-ratah.

Ok, memang isi ikan ni sedap... tak puas makan kecik sekor ni...hehehehe ^-^

Kalau takde ikan kaci, ikan lain pun boleh...cubalah, resepi bujang ni

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illailliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Jangan lupa cuba tau, nanti dah cuba boleh share dengan kitaorang ^-^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thank You! Red Origami Swirl Rose & Blue, Red Dahlia Flower

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Sihat ke semuanya, lama kami menyepi...bukan...bukan merajuk. Tapi banyak perkara yang terjadi lately yang menjadi kekangan buat kami untuk menulis.

Sekarang ni kami gila dok beli kain cotton (secara online) motifnya, sedang gigih untuk cuba menjahit sendiri baju anak, in shaa Allah kalau berkesempatan kami akan share.

Kemudian, sedang galak mencari barang-barang untuk buat kraf. Ok, yang ni pun untuk anak. Kami lebih gemar membuat sendiri permainan untuknya (meski ada kekangan masa di situ, fuhhh...) tapi sedang tanamkan azam untuk cari masa untuk membuatnya. Cuma sekarang lebih kepada yang jahit-jahit, tak boleh lagi buat kraf guna kertas, macam origami tu. Satgi, kejap je dia masukkan dalam mulut. Dok ralit tengok supplier craft macam nk beli fiber, mata gedik-gedik tu. Kalau ada yang membaca di sini, boleh la share link ye, boleh kami jenguk-jenguk ke kedai online kalian <feeling great>

Again, in shaa Allah akan kongsikan jika berjaya buat Y^^

Eh, macam dah lari topik pula.

Ni ha, nak tunjukkan tempahan daripada seorang adik ni, nama Mira. Dia tempah bunga origami untuk diletakkan at display table as deco. Dia dan kawan-kawan buka gerai jualan di universitinya pada 14 November ni. Semoga berjaya ye Mira.




Budak kecik tu sibuk nak tolong emaknya packing ^-^

Alhamdulillah, Mira dah selamat menerima kiriman ini (lama dah pos ni, cuma baru sempat nak share cerita kat sini sebab dok excited sangat pasal 1st give away dulu tu) 

Alhamdulillah, dia juga puas hati dengan bunga-bunga ni.

Ok, sampai sini dulu ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Sedang dalam proses hasilkan tutorial bunga origami ni. Doakan kami berjaya siapkan ye. Nanti dah siap, kami akan kongsikan di sini, in shaa Allah ^-^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS