Powered by Blogger.
RSS

Kraf Kitar Semula: Botol Kaca

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Lama tidak bersua di ruang maya ini, rindu pula pada sahabat-sahabat yang setia mengikuti blog ini ^-^ Kami ingin meminta maaf lantaran lama tidak meletakkan cerita di sini. 

Apa aktiviti kami yang terbaru? Buat masa ini tiada tempahan origami. Sekarang kami sedang ralit dengan aktiviti menjahit manik. Hehehehe. Eh, bukan...bukan... Bukan menjahit manik di baju, tetapi di beg. Kami menolong sahabat baik kami, Puan Yana (yang masih lagi pengantin baru...hehehe) untuk mencantikkan beg-beg comelnya (pssttt...dia memang suka tukar-tukar beg ikut warna baju)

Baiklah, berbalik kepada topik di atas. Mungkin ramai yang sudah tahu dan arif, apa kegunaan botol-botol kaca terpakai, kami di sini cuma ingin berkongsi sedikit ilham. Semoga ianya memberi manfaat kepada sahabat-sahabat.

Botol yang pihak kami gunakan ialah botol kicap pekat, setelah dibuang perekat labelnya. Botol dicuci bersih. Di sini kami ingin memberi sedikit tip-tip bagaimana untuk membuang perekat di botol kaca. Cara kami:

1. Rendamkan botol dalam air sabun (tenggelamkan bahagian perekat dalam air sabun) semalaman.
2. Kemudian, gosokkan bahagian [erekat menggunakan span hijau (yang guna untuk menyental kerak nasi tu...hehehehe)
3. Kalau masih ada perekat yang tak mahu tertanggal, rendamkan span hijau dalam minyak masak. Kemudian gosok di kawasan perekat tersebut.

Untuk hiasan dibotol pula. Kami kongsikan teknik dekorasi yang menjimatkan duit. Tak perlu untuk membeli warna yang mahal di pasaran untuk mengecat kaca. Pihak kami gunakan glitter glue. Pernah tak lihat di rak-rak alat tulis? Pasti pernah kan. Kanak-kanak suka bermain dengan gam ini kerana ianya berkilat (mereka suka letak di kuku, konon-konon perasan macam pakai pewarna kuku la...hehehehe). Harganya saya beli dalam RM2-RM3 sahaja satu pek (ada enam warna dalam satu pek).

Hiaskan mengikut citarasa sahabat-sahabat. Pihak kami memilih motif berbentuk hati  untuk dekorasi kali ini 



Kemudian, kami letakkan di tepi tingkap bagi proses pengeringan. Pastikan semasa menghias, gam tersebut diletakkan penuh, kerana apabila gam kering, akan terdapat ruang-ruang kosong. Inilah hasilnya apabila gam telah kering: 

  

Kemudian saya isikan dengan kapal kertas mini yang dilipat sendiri. Unik bukan...selalunya kita hanya terfikir untuk melipat bintang untuk diletakkan di dalam botol. Kali ini kita tukar selera pula. Pihak kami menggunakan kertas terpakai untuk melipat kapal/ sampan ini. 

Kepada kanak-kanak zaman 80-90an, mesti tau bagaimana mahu melipat kapal ini. Melipat kertas model kapal adalah sesuatau yang popular satu ketika dulu. Sesiapa yang masih ingat lagi, bolehlah mencuba ilham ini pula. Sambil melipat, sambil terkenangkan zaman kanak-kanak...manis sangat kan....



Kami memilih variasi tona warna hijau ^-^ sahabat-sahabat boleh melakukan eksperimen dengan pelbagai warna yang ada.

Akhir sekali, sedikit sentuhan untuk mencantikkan/ memperkemaskan hiasan. Kami gunakan hiasan ladybird (juga kami beli dengan harga yang murah). Di samping mencantikkan botol, ianya juga menutup cela di penutup botol. 


Sudah siap! Mudah dan murah. Bersedia untuk dijadikan hiasan di atas meja atau diberikan sebagai hadiah untuk sahabat-sahabat lain bagi mengeratkan ukhwah ^-^ Yang kami punya ni? Oh, yang ini telah kami masukkan dalam beg kertas untuk diberikan kepada salah seorang sahabat kami...Siapa? Cuba baca balik tulisan di atas, mesti jumpa satu nama. Ini untuk dialah! 

Sahabat-sahabat boleh mencuba ilham ini. Daripada kita buang sahaja, boleh dikitar semula menjadi sesuatu yang berharga. InsyaAllah di lain kali kami kongsikan pula ilham kraf yang lain. Selamat mencuba!

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Pengantin Baru, Beb!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya,

Kali ini saya ingin bercerita tentang majlis perkahwinan sahabat baik saya. Kita soroti sekejap tentang persahabatan kami. Uniknya persahabatan ini telah berlangsung selama lebih 17 tahun (hampir memasuki 18 tahun) lama kan...Uniknya lagi apabila persahabatan ini tidaklah manis di awal perkenalan. Jangan tak percaya, di awal perkenalan kami saling membenci tidak menyukai antara satu sama lain.

Namun, takdir ALLAH, siapa yang mampu menduga. Disatukan lagi ketika memasuki fasa sekolah menengah, menjadi titik tolak kami menjadi sahabat baik. Bukan sedikit air mata dan ketawa yang kami kongsi. Melalui perubahan fasa dalam hidup, dari seorang kanak-kanak, remaja, pelajar, dewasa, dan akhirnya mengharungi alam rumah tangga. Semuanya kami harungi bersama. 

Tipulah andai persahabatan ini tidak pernah dilanda badai. Pernah. Bukan sekali dua, banyak kali. Namun, dengan izinNya, persahabatan ini masih kekal. Alhamdulillah.

Pada 2 September yang lepas, berlangsunglah majlis persandingan antara Elyaerdiyana dan Roazfarizal. (Majlis pernikahannya pada 1 September). Untuk pernikahan, temanya warna hijau epal, dan untuk persandingan warna kelabu. Jom, kita tengok gambar pengantin. 






Yang di tepi, satu ayah pengantin baru (yang segak berbaju melayu), satu ayah pengantin lama (ayah kami la tu)...hehehehehe...

Cantikkan sahabat baik saya tu. Bak kata orang kita, naik serinya.

Baiklah, nak tahu tak, selain pengantinnya, satu benda yang menarik perhatian saya ialah apabila saya dapat melihat bunga telur ini 



Mungkin ada sahabat-sahabat yang masih ingat tentang bunga telur ini. Rasa terharu pula apabila melihat hasil tangan sendiri; ketika majlis paling bermakna.

Buat Beb, aku sayang kau...tumpang bahagia bila tengok kau dah ada imam disisi.

~cinta~ukhwah~hadiah~

P/S: Buat sahabat-sahabat, tolong doakan kesejahteraan mak sahabat kami ini. Emak masih di tahan di wad (Hospital Teluk Intan). Semoga semua ahli keluarga sabar dan tabah hadapi kesulitan ini. Amin.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada Yang Bertanya: Isu Hak Cipta

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Doa kami, agar sahabat-sahabat sentiasa berada dalam lindunganNya. Melihat senario hari ini, dengan cerita-cerita yang tidak sedap untuk ditatap, membuatkan kami sentiasa berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan. Adakah sekarang manusia makin gila dan hilang rasa cinta sesama saudara? Bukankah Islam mengajar kita tentang ukhwah dan kasih sayang...

Oh, maaf ye sahabat-sahabat, agak serius pula kita pagi ini...Baiklah, mari tarik nafas dan ucap asmaNya dengan perlahan-lahan...sedikit lega? Alhamdulillah. Hanya pada Dia kita mohon perlindungan.

Baiklah, perkara yang ingin kita bincangkan pada hari ini agak berat. Melihat tajuk di atas, mungkin ada sahabat-sahabat yang pernah tertanya-tanya akan isu ini di dalam hati.

Ingin pihak kami terangkan di sini, kebanyakan model origami 3D kami diambil daripada video-video yang diletakkan di rangkaian Youtube. Ada juga model yang kami ubah suai sedikit bagi menepati selera pelanggan-pelanggan kami, dan ada juga yang kami olah sendiri setelah lama bereksperimen dengan beberapa model.

Namun begitu kami tidak ambil mudah perkara ini, sebelum blog ini ditubuhkan, pendek kata, sebelum kami memulakan memasarkan model-model origami kami telah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada pereka bentuk origami. Malah jika sahabat-sahabat ada membaca bahagian 'Intro' awal-awal lagi telah kami berikan pautan asal model origami kami.

Di bawah adalah proses diplomasi kami sebagai menghormati hak cipta pereka tersebut, dan bagaimana kami mendapat kebenaran bersyarat ^-^ daripadanya. 






Kami, pihak Leyanita Craft Studio menghormati setiap hasil reka cipta, kerana kami tahu, bukan perkara mudah untuk mecipta sesuatu rekaan.

Semoga dengan penjelasan ini, sahabat-sahabat dan mereka yang bertanya faham dan jelas akan perkara ini. 

~cinta~ukhwah~hadiah~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS