Powered by Blogger.
RSS

Hobi Baru - Permulaan Cerita Setelah Lama Menyepi

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang sangat kami rindui dan kasihi keranaNya,

Terlebih dahulu izinkan kami luahkan betapa kami merindui untuk berkongsi cerita besama kawan-kawan di ruang maya ini ^-^ 

Lama rasanya kami menyepi dari sebarang cerita, baik dari segi cerita kraf, ilmu, masak-masak, jalan-jalan dll. Sejujurnya kami meraikan beberapa keterbatasan untuk kami berada di ruang maya ini bersama kawan-kawan. In shaa Allah kami akan tetap ada berkongsi cerita meski kekerapan untuk bersama itu tidaklah seperti dulu. Chewahhhh....

Kali ini kami ingin bercerita tentang hobi baru kami. Tarrrraaaaa....


Akuarium ini diberikan oleh Along (kononya untuk clearkan barang rumah sebelum berpindah ke Bentong) Rezeki kami, Along terus berikan akuarium ini meskipun dia tidak jadi berpindah ke Bentong. Alhamdulillah.

Rasanya hampir setahun juga akuarium ni jadi tukun kat tangan kami hehehe. Sebabnya kami decide untuk meraikan pemberian ini setelah pindah rumah. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan berpindah rumah, maka akuarium ini hidup semula.

Incik imamku yang decide penghuni akuarium ini. Maka dengan rasminya ikan gapi/ guppy menjadi haiwan peliharaan kami di rumah. 

Awalnya kami mendapat 11 ekor ikan gapi/ guppy dewasa dan beberapa ekor anaknya daripada kawan Incik imamku. Namun oleh kerana kami yang kurang ilmu dan persekitarannya yang tidak sesuai membuatkan setiap hari ada sahaja bilangan ikan yang mati sehinggalah yang tinggal cuma seekor ikan betina dan 3 ekor anak.

Kemudian kami belikan sepasang ikan gapi/ guppy. Namun ianya tidak bertahan lama. 

Akhirnya kami membuat sedikit kajian. Chewahhh... Nanti kami kongsikan ye ilmunya, in shaa Allah. 

Kami membeli lagi ikan gapi/ guppy 


2 ekor ikan gapi/ guppy merah (jantan), seekor ikan gapi bercorak pelangi (tauke kedai cakap jantan sebab badan dia sangat colourful, tapi ekornya tidak kembang sangat) seekor ikan gapi betina (badan warna putih kebiru-biruan, ekor ada warna kuning lembut). Dan...oleh kerana telah membuat beberapa kajian, kami jua telah membeli ikan Cory Catfish (warna putih) yang bertugas sebagai tukang bersih akuarium.

In shaa Allah nanti kami akan letakkan gambar satu per satu gambar mereka. Berserta nama-namanya ^-^

Setakat ini dahulu, doa kami semoga hari kawan-kawan ceria, sehangat mentari yang bersinar di angkasa. 

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunnah di Aidilfitri dan Salam Lebaran

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Agak lama juga kami menyepi di ruang ini, terlebih dahulu kami mahu memohon maaf. Banyak keterbatasan yang ada, alhamdulillah, di penghujung Ramadhan ini kami berkesempatan untuk menulis dan berkongsi cerita dengan kawan-kawan.

Rata-rata ramai yang telah bercuti, tentu seronokkan berada di kampung dan sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Meriah!

Kami kali ini hanya beraya di sini sahaja lantaran Incik imamku yang perlu bertugas. Tapi misi balik kampung akan tetap dilakukan walaupun agak lewat sedikit berbanding orang lain.

Hari ini, kami masih bekerja, persiapan raya, hanya akan dimulakan petang ini. In shaa Allah. 

Pagi ini, kami ingin berkongsi tentang perkara-perkara sunat dilakukan ketika menyambut aidilfitri. Tadi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, kami sempat mendengar slot Motivasi Pagi di radio ikim.fm. Ustaz yang menyampaikannya ialah Ustaz Syed Norhisham al-Idrus (dulu kami mengenalinya dengan nama Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang). 

Gambar Ihsan Google


Beberapa perkara sunnah yang kelihatannya kecil dan mudah, tetapi ianya sunnah. Jom, kita semak >>>

1. Mandi sunat di pagi hari raya, tambahannya, Ustaz menyatakan andai pagi itu perlu mandi wajib juga, makanya, niatkanlah sekali, tidak perlulah mandi sampai dua kali. Hehehehe ^-^

2. Pakai baju baru, andai tiada baju baru, cukup dengan baju yang paling disayangi.

3. Bagi lelaki, sunat memakai wangi-wangian, bagi perempuan, Rasulullah saw melarangnya, cukuplah memakai wangi-wangian sekadar untuk hilangkan bau badan.

4. Jamah makanan sebelum pergi solat sunat hari raya

5. Pergi solat sunat hari raya

6. Sunnahnya pergi ikut jalan lain, balik ikut jalan lain.

Emmm...lagi apa ye...Oh, hampir terlupa. Ini adalah ilmu baru buat kami. Alhamdulillah ^-^

6. Ucapkanlah "Taqaballahu minna waminkum" ketika berjumpa. Ucapan ini dilakukan oleh para sahabat ketika mereka berjumpa. Tambahan, lepas itu, nak ucap selamat hari raya ke, maaf zahir batin ke, ikut sukalah...

Ini adalah isi-isi yang sempat kami ambil tadi. Andai ada yang terkurang, kami mohon maaf.

Sebelum kami mengundurkan diri, kami ingin memohon maaf atas segala kesilapan, kami ucapkan juga "taqaballahu minna waminkum" buat semua, salam lebaran.

Gambar Ihsan Google


p/s: Jangan lupa nanti kita raikan syawal dengan puasa sunat 6 hari ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Char Kuey Teow Paling Best (Setakat Ini) di Kuantan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Kali ini mahu berkongsi cerita tentang makan-makan... Ehehe, tengah-tengah puasa ni pula ye nak tepek cerita pasal makan-makan.

Bukan apa, cerita ini nak tulis lama dah, sebelum kita semua menyambut Ramadhan lagi. Tetapi tidak kesampaian. Maka terbitlah ceritanya di bulan yang mulia ini Y^^

Kami suka sangat makan Char Kuey Teow, tetapi berada dalam lingkungan kawasan pantai timur ini, agak sukar bagi kami untuk menikmati Char Kue Teow yang sedap dan kaw! 

Pencarian kami dari satu gerai ke satu gerai, sehinggalah kami diperkenalkan dengan gerai ini (oleh kawan Incik imamku).

Kedainya terletak di jalan nak menghala ke bandar Kuantan (dari Bukit Bayroute/ dari Bukit Setongkol). 

Terletak bertentangan dengan stesen minyak Petronas. Gerainya di parking di depan kedai steamboat dan mejanya pula diletakkan di kaki lima kedai perabot Kuantan Modern Furniture. 

Seperti biasa, kami akan minta Char Kuey Teow spesel, sbb; suka udang lebih ^-^

Tarrraaa...


Pertama kali dapat Char Kuey Teow spesel yang diletakkan telur goreng mata kerbau. 

Sepinggan makan ni, memang perut penuh sangat-sangat. Nampak macam sikit dan kuahnya cair. Hakikatnya...kuah dia marveles (walaupun ada rs hangit-hangit sikit). Udang dia banyak dan segar <<< paling best dan menawan hati.

Harga...hehehehe bab ni tak tau, lupa nak tanya kat Incik imamku berapa sepinggan ni.

Selain dari Char Kuey Teow, dia ada juga jual makanan goreng-goreng (bagi yang tak nak order Char Kuey Teow) Dah aim dah, andai ada rezeki untuk makan di gerai ini lagi, kami nak cuba Nasi Goreng Udang. Sebabnya masa dia tumis rencah nasi goreng tu...wallla! sangat sedap baunya, kalau tak dek kerana kenyang, maunya nak order lagi. Hehehehe.

Eh, lupa pula. Kedai ni buka malam je. Kami tidak pasti jika Ramadhan ini gerainya dibuka atau tidak. Tidak pula kami selidik waktu operasinya.

Kalau nak cuba, bolehlah pergi ke gerai ini, manalah tahu selera kita sama ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemberitahuan Kedua: Tidak Mengambil Tempahan Kraf Berbentuk Haiwan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami hormati keranaNya,

Agak lama kami tidak berkongsi cerita dan pengalaman di ruang ini. Bukan kerana tidak rindu, rindu, namun kesibukan dan faktor kesihatan membataskan. 

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, kami sedang menyiapkan tempahan kraf origami 3D untuk majlis perkahwinan. Sahabat tersebut telah menempah swan. Berikut adalah sebahagian swan yang telah kami siapkan




Potpuri yang belum diletakkan bunga reben

Pertama kali kami ingin meminta maaf banyak-banyak pada sahabat-sahabat yang ingin menempah origami swan. Ini adalah tempahan terakhir. Kami tidak akan lagi menerima sebarang tempahan kraf yang berbentuk haiwan untuk dijadikan hiasan. Kami hanya mengambil tempahan kraf berbentuk haiwan dengan tujuan pembelajaran dan permainan untuk kanak-kanak.

Perinciannya di:


Kami akan kemaskinikan juga tentang hal ini di bahagian 'order' in shaa Allah.

Buat sahabat-sahabat yang bertanya, terima kasih atas kesudian kalian untuk menempah dengan kami. Namun, minta maaf kami dahulukan kerana tidak dapat memenuhi kehendak kalian.

Kami mengharapkan sokongan kalian untuk menambahbaikan hasil kraf kami, dan penghijrahan kami ini.  Banyak lagi hasil kraf origami yang boleh sahabat-sahabat tempah untuk dijadikan hiasan (selain menggunakan motif haiwan), malah lebih indah di pandangan ^-^

Sebelum mengundur diri, salam Ramadhan kami ucapkan. Semoga Ramadhan mendidik hati-hati kita untuk terus istiqamah menjadi muslim dan muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengumuman: Tempahan Kraf Ditutup Sempena Ramadhan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Sempena kedatangan Ramadhan tidak lama lagi, kami di Leyanita Craft Studio ingin mengucapkan Ahlan wa sahlan Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua muslim.

Kami ingin memberitahu bahawa kami tidak  menerima sebarang tempahan kraf sepanjang Ramadhan ini. Tempahan dibuka semula pada 26 Ogos 2013.

Terima kasih buat kawan-kawan yang selama ini memberikan sokongan kepada kami.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS