Powered by Blogger.
RSS

Pengumuman: Selamat Datang Ramadhan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Buat sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya

Hari ini sudah 27 Sya'aban 1433. Bagi yang menantikan kehadiran Ramadhan, pastinya detik-detik yang berlalu dihitung. Kerinduan terhadap bulan yang mulia ini semakin membusung.

Di kesempatan ini, pihak Leyanita Craft Studio ingin merangkai ucapan "Selamat Datang Ramadhan" dan "Selamat Berpuasa" bagi saudara-saudara Muslim. Tidak lupa jua untuk memohon berjuta-juta kemaafan daripada semua. Semoga kalian memaafkan kelalaian dan kesilapan kami.

Di ambil dari enjin carian Google

Seperti yang kita tahu, Ramadhan ini ialah bulan yang Allah hadiahkan kepada hamba-hambaNya. Lalu, rebutlah peluang yang Allah beri secara langsung ini dengan perkara-perkara kebaikan. 

Bagi yang merasakan sukarnya untuk melaksanakan ibadat yang indah ini, sentiasalah kita berdoa semoga sentiasa menerima hidayah dan taufikNya untuk istiqamah, supaya nikmat Ramadhan dapat sama-sama kita kongsi dan kecapi.

Di ambil dari enjin carian Google

Pihak Leyanita Craft Studio sama-sama berdoa agar kita dapat memanfaatkan segala rahmahNya pada bulan ini, seterusnya memastikan kelangsungan kebaikan ini pada hari-hari yang mendatang. Buat saudara-saudara sekalian, ingin pihak kami tegaskan, jangan sia-siakan hadiah daripada Allah ini. Hidupkanlah ia dengan taubat, ibadat-ibadat sunat, membina ukhwah, kebajikan, kebaikan dan kemuliaan.

Di ambil dari enjin carian Google

Semoga kita ditemukan dengan Ramadhan, ditemukan dengan malam al-Qadar. Semoga kita tidak melakukan kezaliman, tidak melakukan pembaziran. Sentiasa senyum dan memberi salam, melebarkan ukwah. Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan!

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilham: Kraf Kitar Semula

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya

Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit ilham bersama rakan-rakan di sini, bagaimana boleh memanfaatkan barang-barang (yang kadang-kadang kita campakkan saja ke dalam tong sampah). mungkin ada yang tersenyum apabila melihat gambar-gambar yang akan saya paparkan nanti.

Secara dasarnya di sini, saya ingin berkongsi sesuatu. Satu, tentang kitar semula. Betapa kita masih kurang kesedaran tentang isu ini, dan kita perlu tahu, menjaga alam sekitar adalah satu tanggungjawab kepada kita sebagai khalifah. Tanggungjawab yang kita terlupa, lantaran terlalu mengejar material dalam kehidupan.

Dua, tentang berjimat cermat. Ramai juga yang terlupa tentang ini lantaran kita smua, rata-ratanya bekerja dan memiliki gaji. Kita mampu membeli beberapa kehendak kita dengan duit gaji tersebut. Walhal berjimat cermat juga adalah satu sifat yang terpuji. Lihat sahaja kepada atuk nenek kita, mak ayah kita suatau masa dahulu. Mereka menggunakan segala sumber yang ada dengan efisien. malah kita juga pada zaman kanak-kanak, merupakan generasi yang kreatif.  (ketika bermain, atau apa sahaja).

Maka, tugas kita untuk sentiasa mendorong generasi akan datang supaya tidak membazir, mendorong mereka ntuk lebih berfikiran kreatif, tidak hanya tahu meminta. Dan seterusnya tahu bagaimana mahu melestarikan kehijauan alam anugerahNya ini.

Gambar-gambar di bawah saya ambil di beberapa profil facebook individu. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi banyak manfaat kepada rakan-rakan.

Di ambil dari profil PanduanIslam.com

Di ambil dari profil I-Khalifah.com

Di ambil dari profil Ujang

Saya sudah dapat melihat senyuman di wajah rakan-rakan sekarang. Alhamdulillah... Semoga memberi manfaat.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasil eksperimen

Assalamua'laikum dan salam sejahtera


Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya

Ketika hasil origami saya dipasarkan kepada pelanggan, terdapat beberapa komen tentang model Angry Bird dan Ladybird. Untuk model Angry Bird, mereka memberikan komen bahawa model itu terlalu kurus, dan tidak bulat. Dan, untuk model Ladybird pula, mereka mengatakan yang kepalanya lebih besar dari badan (mereka mahu badan lagi besar dari kepala)

Maka, melalui komen mereka, saya cuba untuk menjadikan model origami seperti yang mereka inginkan. Setelah beberapa kali cubaan, akhirnya saya berjaya mendapatkan model Angry Bird yang lebih gebu berbanding sebelumnya.



Model yang pertama ini telah dicop oleh suami yang tercinta...hehe. 

Setelah berjaya menjadikan model ini lebih gebu, saya juga telah bereksperimen dengan lipatan-lipatan kertas untuk membuat Blue Angry Bird (pernah diminta oleh adik saya yang comel, kerana biru adalah warna kegemarannya). Setelah meneliti karakter tersebut saya cuba menyiapkan model secara try and error sehinggalah beberapa kali sebelum mendapat model yang seiras dengan karakter tersebut



Untuk model yang pertama ini saya ingin hadiahkan kepada adik saya yang comel itu. 

Tapi, pastinya sebelum menyerahkan origami ini kepada orang-orang yang saya sayang, saya perlu membuat kembar untuk saya rujuk (lantaran tiada diagram atau video, hanya try and error)

Untuk Ladybird, saya belum lagi berjaya menghasilkan model yang lebih comel seperti yang pelanggan inginkan, maka, saya menutup dahulu tempahannya buat sementara waktu.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengumuman: Penurunan Harga

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya

Disebabkan saya tidak dapat stok kotak plastik lutsinar untuk menempatkan hasil origami, maka saya akan mengantikan kotak pembungkusan dengan kota cenderahati (seperti kotak untuk majlis perkahwinan).

Oleh kerana harga kotak tersebut lebih murah (jika dibeli dalam kuantiti yang banyak) maka saya juga telah menurunkan harga origami.

Sahabat-sahabat boleh merujuk di label 'PRICE" di bahagian atas blog untuk mengetahui harga terbaru

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Lahir Mar!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Buat sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya

Mungkin entry ini agak terlambat, kerana Hari Lahir kawan baik saya ialah pada April yang lepas. Saya terpaksa menunggu untuk entry ini bagi memastikan kawan baik saya itu mendapat hadiahnya dahulu (kalau tak, tentu tak jadi kejutan yang saya rancang!)

Bagi sahabat-sahabat yang membaca...inilah hadiah yang saya berikan buat sahabat baik saya itu...saya buatkan hamtaro, kerana dia begitu teruja dengan hamtaro itu...


Tetapi hamtaro yang ini versi warna ungu...hehehehe...kerana ungu ialah warna kegemarannya...versi ini khas untuk sahabat baik saya


Saya juga menghadiahkan reben berbentuk hati (pastinya berwarna ungu juga...hehehe) buat sahabat baik saya...sebagai tanda betapa saya amat menyayanginya

Buat kawan baik saya, Marinar Mohd Nasar...sebagai kawan, saya sentiasa hadiahkan doa-doa yang baik untukmu. Ukhwah fillah...Terima kasih kerana menjadi kawan yang setia, saling tegur-menegur dan saling memperingati...

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS