Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Alhamdulillah, hari ini dapat kita berkongsi cerita sekali lagi, in shaa Allah.
Catatan hari ini mungkin ringkas sahaja.
Umum dah tahu banyak kebaikannya yang kita dapat andai kita melazimkan diri membaca al-quran ketika sedang mengandung.
Malah ada yang menyarankan untuk membaca surah-surah tertentu untuk kebaikan dan keelokkan akhlak dan rupa paras anak di dalam kandungan.
Pengalaman Yati, Yati tidak mampu untuk membaca hari-hari surah-surah yang disarankan tersebut. Yati hanya meneruskan membaca al-quran 1-2 mukasurat setiap hari, tanpa mengkhususkan surah-surah tertentu.
Bagi kawan-kawan yang punya kekuatan dan kelapangan masa, bolehlah ikut, tapi bagi yang tidak, jangan sedih-sedih ye...ikutlah kemampuan diri. Sebab rutin seharian kita tidak sama untuk semua orang, tapi kita sentiasa baiki untuk menjadi dan berbuat yang lebih baik, in shaa Allah
Hari ini yati nak kongsikan ini
Mak cik kafe yang berikan pada Yati, terharu ok ^-^
Meh salin balik apa yang tertulis kat situ
IBU MENGANDUNG
1. Kandungan 7 minggu ke atas, baca surah Yusuff
2. Kandunagn 24 minggu ke atas, surah Luqman
3. Kandunagn 36 minggu. surah Maryam
Yati kongsikan kat sini, semoga bermanfaat untuk semua.
Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.
Illalliqa' dan salam sayang.
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
0 comments:
Post a Comment