Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Cepat masa berlalu kan, sedar tak sedar dah masuk fasa kedua dalam bulan Ramadhan.
Gunakan sebaiknya peluang yang ada.
Tahun ni, alhamdulillah, hati masih mahu terus positif, ALLAH anugerahkan kekuatan lewat sebuah doa. Hati, janganlah putus asa dengan rahmatNYA.
Pertemuan dengan kawan-kawan pada kali ini, kami nak kongsikan sedikit ilmu untuk buat pop up card. Sebenarnya sejak dari dulu lagi kami sangat suka hasilkan handmade card untuk meraikan sesuatu. Sentuhan tangan yang hasilnya dari hati, akan menghasilkan sesuatu yang tak terjangkau mutunya.
Tips untuk buat pop up card adalah bermain dengan imaginasi, dan konsep garisan, lipatan dan dimensi...yang penting kena kreatif!
Ramai yang kata susah, iya, kadang-kadang kita akan rasa lost bila sedang mencipta imaginasi. Tapi jangan cepat mengalah, buat dulu, kalau tak jadi, belajar dari pengalaman. Kami juga bukanlah pandai dalam bab ini, sejujurnya ketika sedang buat tutorial ini pun, kami ada melakukan kesilapan. Tapi melalui kesilapan itu, kami dapat kongsikan tips dengan kawan-kawan. Lihat, tak semua yang kita tak suka tu, tak elok...kita tak tahu hikmah disebaliknya.
Kad ni dibuat untuk meraikan ulang tahun kelahiran Incik imamku. Sedikit terlewat sebenarnya, tapi orang cakap better late than never kan...? Tengah buat tu, tiba-tiba teringat untuk buat tutorial, sambil buat sambil ambil gambar. Maaf la ye andai kualiti gambar tidak memberangsangkan.
Ok, jom kita tengok
1. Mula-mula kita print gambar/ deko yang kita nak letak untuk kad kita. Kalau rajin, lukis dan buat kolaj sendiri. Kami, edisi tak berapa nak ada masa dah nak buat camtu, Dulu-dulu boleh la. jadi, solusinya, cari je gambar kat google, susun ikut saiz, penuhkan kertas selagi boleh, pastu print.
2. Kemudian gunting ikut kreativiti ye kawan-kawan ^-^
3. Untuk step yang ini, kami cadangkan guna 2 jenis kertas yang berbeza. Saiz ikut suka, untuk tutorial ni kami gunakan kertas saiz A4. Kertas A; kertas kad (keras dan tebal). Kertas B; kertas biasa. Lipat dua kertas-kertas tersebut.
4. Kita mulakan dengan bahagian dalam dahulu. Ambil kertas B. Langkah ini adalah untuk membuat tiang pop up (kami yang istilahkan tiang). Pada bucu yang berlipat, buatkan garisan seperti di dalam gambar. Ini contoh ukuran yang kami gunakan, tetapi kawan-kawan boleh bereksperimen dengan ukuran lebar dan tingginya. Kemudian guntingkan ikut garisan.
5. Secara free hand, guntingkan di bahagian tepi kertas. Ini pun ikut kreativiti, boleh je kalau nak gunting bentuk zigzag, bentuk kotak-kotak, corak beralun-alun. Ikut selera masing-masing. Tapi jangan sampai terkena kat garisan yang kita gunting tu tadi dah la.
6. Amik kertas A tadi, acukan tulang tengah (yang kita lipat tadi), bagi sama kedua-dua kertas. Perhatikan anak panah. Yang ditunjukkan di situ ialah bahagian-bahagian yang kita akan tekan pada kertas B untuk pastikan ianya mengikut tulang belakang kad A. Bahagian yang tiada anak panah, pastikan lipatannya menghala ke atas (lihat gambar). Inilah yang kami istilahkan sebagai tiang kad. Kemudian lipatkan kedua-duakan kad dan kertas, tekan sedikit bagi mendapatkan garisan lipatan yang jelas.
7. Di langkah ini, kami akan kongsikan tips untuk mengam kertas B di atas kad A. Perhatikan gambar 7b. Itu ialah garisan lipatan yang akan kita dapat bagi sebelah bahagian kad. Letakkan gam (ikut garisan putus-putus). Kemudian, jatuhkan kad A, tekan untuk kertas lebih melekat. Jangan gunakan gam yang banyak. Nanti kad akan comot. Buatkan pula untuk bahagian yang satu lagi (lihat gambar 7a). Pastikan kawan-kawan buat sebelah-sebelah. jangan gopoh letak gam dan lekat.
8. Ambil gambar/ deko untuk bahagian dalam kad. Acukan di bahagian tiang tadi (rujuk gambar langkah 6). Haaaa...di sini dah mula sedar kesilapan kami. Gambar dan deko lagi besar daripada tiang. Tak muat hendak letakkan ketiga-tiganya. Jangan panik! Kita kena kreatif ^-^ hehehe. Akhirnya kami hanya gunakan 2 tiang, satu tiang lagi kami jatuhkan ke bawah (lihat kat anak panah). Perhatikan bulatan, di situ ialah bahagian yang kami letakkan gam untuk melekatkan deko dan gambar. Sikit je, tak perlu diletakkan gam di seluruh tiang. Deko lagi satu, lekatkan je di bawah (kira dia tak ikut la pop up nanti).
9. Sekarang kita hiaskan pula bahagian depan kad. Ambil satu gambar, lekatkan sahaja ^-^ Kalau nak lagi kreatif, boleh tambahkan kulit kerang, hiasan burung, dll yang bersesuaian.
10. Lekatkan pula ucapan di belakang kad. Asalnya ucapan ni nak letak kat dalam kad. Tetapi disebabkan kesilapan yang dinyatakan tadi, tak muat nak letak kat dalam. Jangan buang pulak, membazir je dah print dan potong tu. Cari je ruang yang ada, lekatkanlah.
Dah siap!
Nanti kawan-kawan bolehlah cuba. Boleh buat untuk kad raya. Tukarkan je gambar/ deko dengan gambar-gambar dan ucapan raya, macam gambar ketupat, gambar bermaafan dll.
Boleh buat untuk kad annivesary, letakkan la gambar merpati sejoli ke, love ke.
Macam-macam lagi la, tiang tu tak semestinya tiga, buh je ikut suka. Pastikan ukur dulu panjang kad, kemudian bahagikanlah untuk tinggi dan lebar tiang.
Bermainlah dengan imaginasi dan kreativiti kawan-kawan ^-^
Harap-harap perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan. Kalau ada yang terkurang mana-mana, minta maaf ye. Kalau tak faham boleh tanya kat ruangan komen. Minta maaf juga sebab tiada gambar photogrid kad yang dah siap. Lupa betul nak ambil gambar kad yang dah siap dalam pelbagai sudut.
Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi.
Illalliqa' dan salam sayang
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
p/s: Kalau dah ada yang cuba, boleh share dengan kami