Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,
Syawal dah pun berlalu. Ramai yang berpendapat puasa sebulan, raya pun sebulan. Itu yang kita amalkan dari kecil sampailah sekarang. Budaya turun-temurun. Dan seperti biasa, apabila syawal tiba, kita kunjung mengunjung. Menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Malah ada yang menganjurkan open house.
Banyak pro and con nya open house ni. Rumah kami? In shaa Allah sentiasa terbuka menyambut tetamu yang datang, walaupun banyak kelemahan dan serba kekurangan.
Eh, bukan...bukan...Kami bukan mahu bincangkan tentang isu open house. Lari tajuk pula ye...
Hal kat atas tu, terpanggil nak kupas apabila mendapat beberapa pengalaman yang bernilai. Semoga ianya menjadi sempadan dan teladan.
Apabila ianya terjadi, hati berdetik, ALLAHU...bagaimana aku? Dan anak (anak-anak) aku?
Meh nak kongsikan kisah yang kami alami:
Kisah 1:
Awal Ramadhan, Yati blogwalking untuk mencari ilmu jahitan. Niatnya mahu jahitkan baju raya untuk anak dan suami (tapi tak sempat pun, kain pun tak beli, sempat jahitkan topi je untuk si kecil tu). Ada baca beberapa blog yang postnya berkisarkan jahit beg duit untuk budak-budak. Dengan pointnya ialah, senang anak-anak nak collect duit raya. Apakah?
Kisah 2:
Ada sekumpulan anak-anak datang untuk beraya. Tuan rumah bertanya, "ni nak duit raya ke nak datang raya?" Andai anak-anak itu cakap, "nak duit raya je", tanpa mempelawa anak-anak itu masuk, duit raya terus di hulurkan.
Kisah 3:
Kami baru balik dari kampung. Rumah belum berkemas, jag dan gelas belum dibasuh, balang kuih raya pun baru nak beli. Pendek kata, rumah belum selesai untuk menerima kunjungan tetamu. Datang seorang anak kecil, lelaki, umur sekitar darjah 2 atau mungkin darjah 3. Masuk dari gate, terus ke pintu rumah yang terbuka.Cakap datang nak beraya. Allahu...dengan rasa bersalah kami katakan, "minta maaf rumah acik tak kemas lagi, takde apa nak hidang ni". Dengan reaksi mahu memberikan dia masuk. Tau apa anak kecil itu cakap, "kalau macam tu bagi duit raya je la". Tanpa masuk ke dalam rumah, tanpa ada rasa mahu bersalam. Tau apa yang kami rasa? Perasaan berubah 360 darjah. Kami katakan, "kalau datang esok boleh?, nanti acik kemas rumah dulu" (masih cuba mendamaikan hati). Dia masih menunggu di muka pintu dan menjawab, "bagi duit raya je la cik, esok saya takde kat sini". Allahu...dan dia terus menunggu. Yati pandang suami dan suami pandang Yati. Lama jeda begitu dan dia masih di muka pintu.
Kisah 4:
Yati berdua di rumah dengan anak. Sedang menyusukannya di dalam bilik. Gate hanya berselak, diletakkan mangga yang tak berkunci. Hanya grill dikunci mangga, sekumpulan anak-anak dengan slumber, buka gate rumah, terus menyerbu ke grill (mujur grill berkunci) dan berteriak kuat-kuat "Assalamua'laikum kami datang nak beraya" berulang kali. Namun, Yati tak dapat menyahutnya lantaran anak yang sedang menyusu dan nak tidur. Setelah berkali-kali menjerit, tiada balasan dari Yati. Mereka keluar, tanpa tutup kembali gate. Dan pergi ke rumah jiran.
Melalui pengalaman ini, membuatkan kami terfikir, dan sedikit takut. Melihat generasi hari ini, dan kita juga sebagai orang dewasa...subjeknya >>> >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>duit.
Teringat ketika kami kecil dulu. Beraya rumah jiran tetangga memang satu fenomena. Dan dari situ saling kenal mengenal, anak siapa, cucu siapa. Memang, mondus operandi tetap nak collect duit, tapi masih tahu adab dan objektif ziarah menziarah itu sampai.
Sekarang?
Itu belum lagi cerita yang kita biasa dengar, budak-budak komen nilai duit yang kita beri, di depan kita.
Bukan mahu menuding jari dan mencari salah siapa. Kami berkongsi cerita untuk mencari solusi. Bimbang kerana kami juga mempunyai anak kecil. Sibuk sangatkah kita untuk meraikan anak-anak yang datang ke rumah. Sibuk sangatkah kita sehingga terlepas pandang akhlak anak. Allahu...kerdilnya kami dalam ilmu mendidik anak-anak.
Camna pulak pengalaman kawan-kawan? Mungkin ada cerita yang baik-baik untuk kita ikuti, in shaa Allah.
Ok, sampai sini dulu, ada kesempatan, kita jumpa lagi, in shaa Allah.
Illalliqa' dan salam sayang
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
p/s: Setelah mengalami pengalaman ini, kami telah mengambil beberapa pengajaran. Alhamdulillah, proses belajar itu bukan hanya di dalam kelas.
0 comments:
Post a Comment