Powered by Blogger.
RSS

Aqiqah Vs Cukur Jambul

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, 

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan lagi untuk berjumpa di sini. Ingat lagi post kami yang terakhir, tentang kepingin yang mendalam untuk makan kek. Alhamdulillah hari Jumaat yang lepas, ALLAH izinkan untuk menikmati kek yang sangat sedap >>> Red Velvet Cake, home made dari Syafa Cupcake (Kuantan)...Allahu...nikmat dan sangat puas menikmatinya! Alhamdulillah.

Kalau ada kawan-kawan yang mahu menikmatinya, boleh buat tempahan DI SINI atau pun DI SINI.

Ok, hari ni nak bercerita tentang aqiqah untuk anak kami. Apabila ramai yang bertanya, dan dari pertanyaan itu, ada yang masih menyamakan aqiqah dengan cukur jambul. Budaya masyarakat kita, aqiqah kedengaran sinonim dengan cukur jambul. Sebab, bila kami kata kami tak buat cukur jambul, cuma buat aqiqah, ada yang memberikan reaksi yang kurang senang

Alhamdulillah, ketika menerangkan tentang aqiqah anak, kami harap ianya dapat memberi penjelasan dua benda, syariat dan adat. Dua benda yang selalu buat orang kita keliru. Dan semoga berjalannya dakwah agamaNYA. 

Untuk anak kami, kami lakukan aqiqah dengan menggunakan khidmat EZ Qurban. Kesimpulannya, kami sangat, sangat berpuas hati dengan servis syarikat tersebut. Mengambil sunnah Rasulullah saw, aqiqah Saffiyya dilakukan pada hari ke-7 kelahirannya. Dilakukan di Kemboja. Dengan nilai seekor kambing. Alhamdulillah. Setelah mendapat mesej daripada pihak EZ Qurban, kami pun mencukur botak rambut Saffiyya. Alhamdulillah, ALLAH izinkan untuk membuat perkara-perkara sunnah untuk anak kecil ini. 



Tengok, lebatkan rambut saffiyya. Ada yang cakap sayangnya botakkan. Kami hanya tersenyum, dan berkata, rambut boleh tumbuh balik, in shaa Allah. Dalam hati kami meyakini, setiap sunnah ada hikmahNYA. 

Ada satu yang belum kami lakukan. Kami belum berkesempatan mahu nilaikan berat timbangan rambut untuk disedekahkan. In shaa Allah dalam masa yang terdekat ni, doakan agar urusan kami dipermudahkan ALLAH.

Ok, tiada cukur jambul. Kami tertanya-tanya juga apa hikmahNYA cukur jambul, dan apa hikmahNYA majlis berendoi. Tengok anak lagi nangis ada la, tak selesa diperlakukan begitu. Mak, ayah, tolong fahami, jangan jadi ikut-ikutan.

Mesti ada yang tanyakan >>> camna dengan orang tua, diaorang ok ke, tak buat majlis cukur jambul? Alhamdulillah, kami tidak melalui proses yang sukar untuk mendapat green light daripada atuk-atuk dan nenek-nenek saffiyya. Mereka sangat menyokong tindakan kami. Lebih-lebih lagi apabila tahu, ianya dilakukan di negara yang kita tahu, hidup mereka tidak mewah. Alhamdulillah mereka faham, dan tahu. Kami, anak-anak, tidak perlu menjelaskan dengan panjang lebar.

Macam selalu kita baca, cukur jambul, berendoi dan diselangi dengan marhaban (kalau dilakukan secara terbuka oleh kaum wanita) adalah adat, dan ada unsur-unsur yang tidak baik, dan kalau tidak dijaga batasnya boleh mendapat saham dosa. Anak yang baru lahir itu suci, peliharalah kesuciannya.

Untuk yang bakal menimang cahayamata, tidak perlu terlalu ingin mengikut adat. Kami doakan kalian bakal ibu dan ayah diberi kekuatan untuk melakukan perkara yang betul. Amin. Belajar, dan terus belajar.

Jumpa lagi nanti, in shaa Allah ^-^

Salam sayang, salam ukhwah fillah

~ cinta ~ ukhwah ~ hadiah ~

p/s: Boleh klik kat SINI, untuk tahu lebih lanjut tentang EZ Qurban. Ok, kami duta tak berbayar. Tak salah hebohkan perkara baik. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment