Powered by Blogger.
RSS

Nama Panjangnya Apa...?

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Pagi tadi ketika melihat fb, kami terpandangkan gambar ni 


Haaa....amik...berbelit-belit nak sebut nama nenek dengan atuk.

Betul, kami terfikir, apa yang bestnya letak nama anak panjang-panjang. Ntah dari mana datangnya budaya bagi nama anak panjang-panjang ni. Pastu siap dengan nama yang agak glamer dan dengar macam nama mat saleh, bangga sangat gamaknya kalau nama anak dia ala-ala omputih. 

Teringat masa awal kelahiran anak kami (sekarang pun ada gak lagi), bila orang tanya nama apa ni? Kami jawab, Saffiyya. Nama panjangnya apa? Takde...saffiyya je. Malah ada yang tidak percaya bila kami katakan nama anak kami cuma itu, tiada tambahan Nur, atau Siti, atau Puteri, atau apa je la.

Kenapa saffiyya je? Apa makna saffiyya?

Makna saffiyya >>>> Baca kat SINI 

Mengambil iktibar dan teladan dari diri kami sendiri, membuatkan kami sepakat letak hanya satu nama utnuk anak kami. Sebab:

1. Nama sedap, Nur Hayati, makna pun cantik, cahaya hidupku, tapi >>>> kat rumah dan sedara mara panggil angah. Kawan-kawan panggil Yati 

>>>> dua-dua panggilan takde makna yang baik

2. Kat depan nama ada muhammad/ mohd/ ahmad etc. tapi bila panggil anak, tak sebut pun kan, sebut nama selepasnya. Niat dah bagus, letak nama Nabi saw, tapi praktiknya takde.

3. Tengok ramai je letak nama anak panjang-panjang, tapi panggilnya satu nama je. Sangat tak best, nama yang banyak-banyak tu buat apa,  sebut dalam keadaan tertentu je. 

4. Dok fikir, siannya nanti anak aku kena tulis nama dia panjang-panjang bila nak isi kat paper exam ke, kat buku ke, kat borang ke. Kami pun jenuh nak menulis kat borang nama dia kalau panjang-panjang.

5. Dok fikir gak, nak ikut trend letak nama panjang-panjang. Nanti dia pulak letak nama anak dia panjang-panjang...dah nanti generasi depan nama camni Puteri Nur Qasandra Camelia binti Muhammad Darren Daniel Hakim...Fuhhhh....>-< pengsan! (ni contoh! jangan ada yang terasa pulak)

Makin lama, makin sikit je bunyi-bunyi arab a.k.a Islam. Ok, kami kuno.

Mesti akan ada yang kata, tak kisah la bunyinya apa asalkan maksudnya baik-baik. Betul. Kami tak kata salah pun.


Hah, tengok gambar ni teringat P.ngah saffiyya cakap gini, senang nanti masa nak nikah, "Aku nikahkan kau dengan saffiyya..." sebelum berderai tawa. Betulkan...imagine, nak nikah, sian pengantin lelaki, kot nama dia pun panjang, nama perempuan pun panjang. Bukan pengantin laki je jenuh, imam nak nikahkan pun jenuh.

Ok la, tepuk dada, tanya iman.

Ni sekadar pandangan je. Kena berani, takyah takut buat benda yang betul.

Ok, smpai sini dulu, ada kesempatan, kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: tembamnya saffiyya masa baby 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syawal...Raya...Duit Raya...Adab & Akhlak Kita dan Anak-anak...

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Syawal dah pun berlalu. Ramai yang berpendapat puasa sebulan, raya pun sebulan. Itu yang kita amalkan dari kecil sampailah sekarang. Budaya turun-temurun. Dan seperti biasa, apabila syawal tiba, kita kunjung mengunjung. Menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Malah ada yang menganjurkan open house.

Banyak pro and con nya open house ni. Rumah kami? In shaa Allah sentiasa terbuka menyambut tetamu yang datang, walaupun banyak kelemahan dan serba kekurangan.

Eh, bukan...bukan...Kami bukan mahu bincangkan tentang isu open house. Lari tajuk pula ye...

Hal kat atas tu, terpanggil nak kupas apabila mendapat beberapa pengalaman yang bernilai. Semoga ianya menjadi sempadan dan teladan. 

Apabila ianya terjadi, hati berdetik, ALLAHU...bagaimana aku? Dan anak (anak-anak) aku?

Meh nak kongsikan kisah yang kami alami:

Kisah 1:

Awal Ramadhan, Yati blogwalking untuk mencari ilmu jahitan. Niatnya mahu jahitkan baju raya untuk anak dan suami (tapi tak sempat pun, kain pun tak beli, sempat jahitkan topi je untuk si kecil tu). Ada baca beberapa blog yang postnya berkisarkan jahit beg duit untuk budak-budak. Dengan pointnya ialah, senang anak-anak nak collect duit raya. Apakah?

Kisah 2:

Ada sekumpulan anak-anak datang untuk beraya. Tuan rumah bertanya, "ni nak duit raya ke nak datang raya?" Andai anak-anak itu cakap, "nak duit raya je", tanpa mempelawa anak-anak itu masuk, duit raya terus di hulurkan. 

Kisah 3:

Kami baru balik dari kampung. Rumah belum berkemas, jag dan gelas belum dibasuh, balang kuih raya pun baru nak beli. Pendek kata, rumah belum selesai untuk menerima kunjungan tetamu. Datang seorang anak kecil, lelaki, umur sekitar darjah 2 atau mungkin darjah 3. Masuk dari gate, terus ke pintu rumah yang terbuka.Cakap datang nak beraya. Allahu...dengan rasa bersalah kami katakan, "minta maaf rumah acik tak kemas lagi, takde apa nak hidang ni". Dengan reaksi mahu memberikan dia masuk. Tau apa anak kecil itu cakap, "kalau macam tu bagi duit raya je la". Tanpa masuk ke dalam rumah, tanpa ada rasa mahu bersalam. Tau apa yang kami rasa? Perasaan berubah 360 darjah. Kami katakan, "kalau datang esok boleh?, nanti acik kemas rumah dulu" (masih cuba mendamaikan hati). Dia masih menunggu di muka pintu dan menjawab, "bagi duit raya je la cik, esok saya takde kat sini". Allahu...dan dia terus menunggu. Yati pandang suami dan suami pandang Yati. Lama jeda begitu dan dia masih di muka pintu. 

Kisah 4:

Yati berdua di rumah dengan anak. Sedang menyusukannya di dalam bilik. Gate hanya berselak, diletakkan mangga yang tak berkunci. Hanya grill dikunci mangga, sekumpulan anak-anak dengan slumber, buka gate rumah, terus menyerbu ke grill (mujur grill berkunci) dan berteriak kuat-kuat "Assalamua'laikum kami datang nak beraya" berulang kali. Namun, Yati tak dapat menyahutnya lantaran anak yang sedang menyusu dan nak tidur. Setelah berkali-kali menjerit, tiada balasan dari Yati. Mereka keluar, tanpa tutup kembali gate. Dan pergi ke rumah jiran.

Melalui pengalaman ini, membuatkan kami terfikir, dan sedikit takut. Melihat generasi hari ini, dan kita juga sebagai orang dewasa...subjeknya  >>> >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>duit.


Teringat ketika kami kecil dulu. Beraya rumah jiran tetangga memang satu fenomena. Dan dari situ saling kenal mengenal, anak siapa, cucu siapa. Memang, mondus operandi tetap nak collect duit, tapi masih tahu adab dan objektif ziarah menziarah itu sampai.

Sekarang?

Itu belum lagi cerita yang kita biasa dengar, budak-budak komen nilai duit yang kita beri, di depan kita. 

Bukan mahu menuding jari dan mencari salah siapa. Kami berkongsi cerita untuk mencari solusi. Bimbang kerana kami juga mempunyai anak kecil. Sibuk sangatkah kita untuk meraikan anak-anak yang datang ke rumah. Sibuk sangatkah kita sehingga terlepas pandang akhlak anak. Allahu...kerdilnya kami dalam ilmu mendidik anak-anak.

Camna pulak pengalaman kawan-kawan? Mungkin ada cerita yang baik-baik untuk kita ikuti, in shaa Allah.

Ok, sampai sini dulu, ada kesempatan, kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Setelah mengalami pengalaman ini, kami telah mengambil beberapa pengajaran. Alhamdulillah, proses belajar itu bukan hanya di dalam kelas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aqiqah Vs Cukur Jambul

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, 

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan lagi untuk berjumpa di sini. Ingat lagi post kami yang terakhir, tentang kepingin yang mendalam untuk makan kek. Alhamdulillah hari Jumaat yang lepas, ALLAH izinkan untuk menikmati kek yang sangat sedap >>> Red Velvet Cake, home made dari Syafa Cupcake (Kuantan)...Allahu...nikmat dan sangat puas menikmatinya! Alhamdulillah.

Kalau ada kawan-kawan yang mahu menikmatinya, boleh buat tempahan DI SINI atau pun DI SINI.

Ok, hari ni nak bercerita tentang aqiqah untuk anak kami. Apabila ramai yang bertanya, dan dari pertanyaan itu, ada yang masih menyamakan aqiqah dengan cukur jambul. Budaya masyarakat kita, aqiqah kedengaran sinonim dengan cukur jambul. Sebab, bila kami kata kami tak buat cukur jambul, cuma buat aqiqah, ada yang memberikan reaksi yang kurang senang

Alhamdulillah, ketika menerangkan tentang aqiqah anak, kami harap ianya dapat memberi penjelasan dua benda, syariat dan adat. Dua benda yang selalu buat orang kita keliru. Dan semoga berjalannya dakwah agamaNYA. 

Untuk anak kami, kami lakukan aqiqah dengan menggunakan khidmat EZ Qurban. Kesimpulannya, kami sangat, sangat berpuas hati dengan servis syarikat tersebut. Mengambil sunnah Rasulullah saw, aqiqah Saffiyya dilakukan pada hari ke-7 kelahirannya. Dilakukan di Kemboja. Dengan nilai seekor kambing. Alhamdulillah. Setelah mendapat mesej daripada pihak EZ Qurban, kami pun mencukur botak rambut Saffiyya. Alhamdulillah, ALLAH izinkan untuk membuat perkara-perkara sunnah untuk anak kecil ini. 



Tengok, lebatkan rambut saffiyya. Ada yang cakap sayangnya botakkan. Kami hanya tersenyum, dan berkata, rambut boleh tumbuh balik, in shaa Allah. Dalam hati kami meyakini, setiap sunnah ada hikmahNYA. 

Ada satu yang belum kami lakukan. Kami belum berkesempatan mahu nilaikan berat timbangan rambut untuk disedekahkan. In shaa Allah dalam masa yang terdekat ni, doakan agar urusan kami dipermudahkan ALLAH.

Ok, tiada cukur jambul. Kami tertanya-tanya juga apa hikmahNYA cukur jambul, dan apa hikmahNYA majlis berendoi. Tengok anak lagi nangis ada la, tak selesa diperlakukan begitu. Mak, ayah, tolong fahami, jangan jadi ikut-ikutan.

Mesti ada yang tanyakan >>> camna dengan orang tua, diaorang ok ke, tak buat majlis cukur jambul? Alhamdulillah, kami tidak melalui proses yang sukar untuk mendapat green light daripada atuk-atuk dan nenek-nenek saffiyya. Mereka sangat menyokong tindakan kami. Lebih-lebih lagi apabila tahu, ianya dilakukan di negara yang kita tahu, hidup mereka tidak mewah. Alhamdulillah mereka faham, dan tahu. Kami, anak-anak, tidak perlu menjelaskan dengan panjang lebar.

Macam selalu kita baca, cukur jambul, berendoi dan diselangi dengan marhaban (kalau dilakukan secara terbuka oleh kaum wanita) adalah adat, dan ada unsur-unsur yang tidak baik, dan kalau tidak dijaga batasnya boleh mendapat saham dosa. Anak yang baru lahir itu suci, peliharalah kesuciannya.

Untuk yang bakal menimang cahayamata, tidak perlu terlalu ingin mengikut adat. Kami doakan kalian bakal ibu dan ayah diberi kekuatan untuk melakukan perkara yang betul. Amin. Belajar, dan terus belajar.

Jumpa lagi nanti, in shaa Allah ^-^

Salam sayang, salam ukhwah fillah

~ cinta ~ ukhwah ~ hadiah ~

p/s: Boleh klik kat SINI, untuk tahu lebih lanjut tentang EZ Qurban. Ok, kami duta tak berbayar. Tak salah hebohkan perkara baik. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak Makan Kek...Nak Makan Kek...

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Hari tiba-tiba mengidam nak makan kek...opsss...teringin je, bukan mengidam, sebut mengidam, banyak pula spekulasi nanti Y^^

Nak makan kek yang boleh dimakan, bukan kek yang direka untuk hiasan

Ntah bila ada masa nak bakar kek lagi. Nak beli...emmm...emmm...emmm...in shaa Allah akan beli kot, hehehehehe ^-^

Kak Fisha...(tersedak K.Fisha) nak kek....(merayu dengan mata berkaca macam cat in boots)...

Jom la jamu mata dengan gambar-gambar kek...semuanya amik kat internet je









Ok, declaration, saya suka cheese cake, kek cekelat dengan kek melayu....

Mode: Meleleh ayaq liur

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada Yang Bertanya: Kenapa Lambat Nak Siapkan 3D Origami

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Minta maaf andai kehadiran kami timbul tenggelam semenjak dua menjak ni. Minta maaf sangat-sangat. In shaa Allah selepas ini kami akan aktif kembali (namun tidak berani untuk berjanji!).

Ramai yang bertanya kenapa lama menyepi dalam dunia kraf origami. Ada juga yang menebak bahawa kami sudah tidak membuka sebarang tempahan kraf. 

Baiklah di sini kami ingin ambil peluang untuk menjernihkan keadaan. Sebenarnya kami banyak menerima pertanyaan tentang 3D origami. Namun kebanyakannya terpaksa kami tolak atas beberapa sebab:-


1. Hiasan berbentuk haiwan (majoriti yang bertanya mahukan origami swan), dan ingin jadikan sebagai gift a.k.a kami tafsirkan menjadi hiasan kepada end user.
2. Mahu dalam kuantiti yang banyak (dengan time frame yang singkat)
3. Mahu cepat
4. Kami tiada stok kertas seperti warna yang dikehendaki pelanggan (warna yang susah nak cari, purple, cekelat)

Untuk menjawab soalan seperti tajuk di atas pula. Inilah sebab-musababnya yang menyebabkan proses menyiapkan 3D origami mengambil masa yang lama untuk siap. Kami tidak dapat menyiapkan 1 model origami dalam hanya sehari, kami minta maaf ye. Di luar kemampuan kami.

Sebab-sebabnya:-

1. Kami hanya membuat kraf atas permintaan, (kami pun kerja) bukan sepenuh masa.Jadi, hanya apabila ada tempahan, barulah kami keluar mencari bahan-bahannya (tiada stok sedia ada di rumah).
2. Proses hendak meyiapkan >>>> memotong kertas, melipat kertas, kemudian barulah boleh disusun mengikut modelnya. Macam kat bawah ni.


ihsan Google

ihsan Google


Kemudian kalau nak kena pos, kami akan gamkan setiap satu unit segitiga tu semasa menyusun. Sebab bimbang tercerai-cerai nanti ketika pos (sebab tu kami lagi suka by hand, takyah nak gam-gam, baru lah ori!)

3. Kami ada baby baru 6 bulan...banyak masa kami tumpukan padanya. In shaa Allah kalau baby kami besar nanti, dan dia minat dengan kraf-kraf ni, kami boleh minta dia tolong, cepat sikit kerja, hehehehe Y^^

Ok la, kepada kawan-kawan yang nak tempah 3D origami, kami alu-alukan, tetapi berikan kami masa untuk menyiapkannya. Janganlah nak tempah 3D origami sampai 12 unit, tapi bagi kami masa 4 hari. Tak dan kami nak siapkan. Sebab tu kami minta maaf kalau terpaksa tolak.

Salam sayang untuk semua, maaf andai ada yang berkecil hati. In shaa Allah kita jumpa lagi.

p/s: Sekarang sedang siapkan 3D origami pasu. Jeng...jeng...jeng...nantikan kemunculannya...chewahhh!

~ Cinta ~ Ukwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS