Powered by Blogger.
RSS

02032016 ~ Happy 20th Friendship Annivesary!

CORETAN ISTIMEWA BUAT YANG TERISTIMEWA

Kita telah lama menyulam cinta
Kita telah lama berkongsi rasa; berkongsi cerita

Meski lama tidak bersua muka
namun masih berutus khabar berita
Meski lama tidak berjumpa
warna di hati tetap sama

Terpisah jasad; bukan jiwa
Terpisah jarak; bukan rasa
Meniti usia-usia kedewasaan
Kita makin jauh dari mimpi; dari angan-angan
makin diuji dengan perkataan P.E.R.P.I.S.A.H.A.N

Perpisahan; bukan halangan
in shaa Allah, dengan izin Tuhan
Perpisahan; lebih mendekatkan
inshaa Allah, dengan izin Tuhan

Perpisahan; rindu pun tercipta
sama-sama berkongsi sarat di dada
Perpisahan; kami bahagia
begini, sama-sama berkongsi air mata dan ketawa

20 tahun menyulam kasih
Alhamdulillah; syukur ya Allah!
Ukhwah ini anugerah terindah
cinta, rindu; di hati ini, masih!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita yang Tertinggal: Happy Birthday December Girls! & Selamat Pengantin Baru P.lang

Assalamua'laikum dan salam sayang,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, diberi kesempata lagi pagi ini untuk kita bersua ^-^

Hari ini santai-santai je. Terjumpa gambar hari tu, rasa nak kongsikan di sini. Seronoknya masih terasa, Rindu pun menggamit lagi.

Kami merancang, Allah pun merancang, tapi perancangan ALLAH lebih baik.




Yati dan Along berkongsi bulan kelahiran, memang dari kecil lagi, kami sudah biasa menyambut bersama. Namun apabila masing-masing makin dewasa, sudah makin jarang menyambutnya bersama.

Ketika ini kami dapat berkumpul, cuma adik sahaja yang tiada kerana bekerja. Seronok melihat anak-anak bermain, seronok melihat ukhwah dan kasih sayang yang ada.

Atuk, nenek pun seronok bermain dengan cucu-cucu.

Kami masak sama-sama. Makan sama-sama. Walau lauknya biasa-biasa, kerana ukhwah, sedapnya Allahu...Allahu...

Lebih meriah, keesokkan harinya kami meraikan adik kami, Selamat Pengantin Baru Lama :P Pak Lang... Seronok dapat ahli baru dalam keluarga kita yang kecil ni.



Semoga ukhwah ini sentiasa dalam redha Allah. Semoga hati-hati kita sentiasa diikat dengan kasih sayang.

Sampai sini dulu, ada kelapangan kita berjumpa lagi, in shaa Allah.

Salam sayang dan illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak Suka Bergaduh? Jom, Kita Baca Ni!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah bersua lagi kita di medan ini.

Perkongsian hari ini; 8 TEKNIK MENANGANI ANAK SUKA BEREBUT DAN BERGADUH

Sebelum itu dengan rendah hati, kami ingin menyatakan, ini bukanlah penulisan dari pengalaman kami. Kami masih terlalu hijau dalam profession sebagai ibu bapa ^-^ Kami juga masih belajar.

Ilmu ini dikongsikan di kumpulan WhatsApp taska anak-anak. Semoga bermanfaat ye ^-^











Sebagai ibu bapa, kita mungkin punya cara kita tersendiri, sebab kita lebih mengenal feel anak-anak kita. Namun ini boleh dijadikan panduan dalam kita mencari pengalaman, in shaa Allah.

Sampai sini dulu, in shaa Allah ada kelapangan kita berjumpa lagi

Salam sayang, Illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK SAFFIYYA 12022016

SELAMAT HARI LAHIR CAHAYA HATIKU 

Selamat hari lahir anak emak yang solehah

semoga sentiasa berada dalam redha ALLAH

sentiasa ikut ajaran Rasulullah

itulah antara bait doa dari emak dan ayah

hadir Kakak Saffiyya merupakan amanah

buat emak dan ayah

ditambah dengan Adik Sumayyah

Alhamdulillah.... 

Selamat Hari Lahir Kakak Saffiyya 

emak dan ayah tak kan putus berdoa

zahirkan bahagia dalam tiap ruang rasa

syukur ya Allah atas anugerah yang tak terhingga 

Selamat Hari Lahir Sayang

emak dan ayah mungkin tidak selalu ada untuk meneman

namun kita sama-sama tahuemak dan ayah sentiasa ada dalam hatimu



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Jumaat; Awal Mula Setelah Sekian Lama

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Lama kita tidak berkongsi cerita
lama jua kita tidak bersapa mesra
di sini; di ruang maya

Harapnya masih ada yang setia
harapnya masih ada yang tidak lupa
untuk terus berkongsi rasa

Alhamdulillah, diberi masa untuk kita bersua lagi
In shaa Allah, semoga ini bukan yang terakhir kali
Moga-moga permulaan ini mengubat rindu di hati

Ingin berkongsi cerita gembira
Lahirnya seorang cahayamata
Seorang puteri; Sumayyah namanya
Membawa berjuta rasa bahagia

Hari ini juga
dua tahun yang lalu
lahirnya kakak Saffiyya
Allahu...betapa derasnya masa berlalu

Awal mula, doakan yang baik-baik untuk kita semua
Awal mula, agar semua mengejar redhaNYA
Awal mula, semoga mendapat apa yang dicita
Awal mula, teruskan usaha tanpa putus asa

Terima kasih pada yang masih berkunjung di sini
Terima kasih pada yang menyokong kami
Terima kasih pada yang tidak jemu menanti

Minta maaf atas segala kekurangan
In shaa Allah akan ada penambahbaikan
Nafas baru; jiwa baru
Teguh, nekad yang jitu


Sampai di sini dulu, in shaa Allah ada masa kita berjumpa lagi

Salam sayang, illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS