Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Lama kita tidak bersua, harapnya masih ada yang sudi baca coretan kami.
Apa khabar kawan-kawan semua? Harapnya semua dikurniakan kesihatan yang baik-baik, dan mendapat perkara yang baik-baik hari ini, amin...
Kami? Alhamdulillah bi kulli hal ^-^
Minggu lepas, kita semua meraikan Hari Raya Korban. Nak tau, kami memang suka Raya Korban, sejak dari kecil. Sebab apa? Kerana kami suka makan daging, kuikuikui...Dahulu fikir kami daging korban hanya layak untuk yang tidak berkemampuan. Allahu...tahun ini baru kami tahu...andai ada yang memberi daging korban, terimalah walaupun kita mampu, kerana ada keberkatan dari itu. Orang kata dah besar panjang baru tahu. Tetapi lebih bagus dari selamanya jahil kan? Bak kata pepatah mat saleh, better late than never (Allah! tiba-tiba saya teringatkan seorang kawan lama, yang telah lama terputus hubungan, apabila menyebut pepatah ini)
Lagi, benda yang kami suka tentang Hari Raya Korban ialah, takbir yang berlarutan sehingga hari ke-3. Iya, kami sangat suka mendengar takbir, rasa syahdu, namun ada rasa bersemangat, rasa sayu berselang dengan rasa rindu. Tidak seperti Raya Aidilfitri, takbir hanya boleh berkumandang selama sehari (Cakap pasal takbir, teringat dulu hari raya masa zaman kanak-kanak, malam raya, kena siapakan hidangan untuk orang yang datang takbir. Budak lelaki siap-siap, pergi ikut takbir. Allah! Rindunya zaman itu. Ok melalut lagi...)
Lagi yang buat kami suka tentang Hari Raya Korban, kerana di kaca televisyen akan sentiasa memaparkan kaabah, dan lafaz seruan haji, dan para jemaah. Allah! Hati siapa yang tidak sayu...berdoa agar Allah sudi menjemput kami menjadi tetamuNYA. Hati siapa yang tidak cemburu melihat para jemaah lemas beribadah di sana. Hati siapa yang tidak syahdu mendengar lafaz seruan haji itu Labaik Allahhumma Labaik...Allah...menulis ini pun menitik air mata! Rindu. Mudah-mudah Allah berikan rezeki ini.
Bercakap tentang raya, sinonim dengan balik kampung. Sekarang kami jarang balik kampung, kerana Incik Imamku agak sibuk, dan kerap hujung minggunya, dia perlu menjalankan tugas. Dapat bercuti raya, Allah, nikmatnya rasa dapat pulang, menatap wajah-wajah kesayangan. dapat merasai masakan. Ok, part yang ni, memang nikmat. Makan, makan dan makan lagi...walaupun kau tahu rosak amalan diet sihat yang kau amalkan selama 3,4 bulan. Dan nikmat juga apabila terbayang kepuasan dan seronok di wajah-wajah kesayangan apabila kau makan banyak.
Lagi, nikmat dapat berkumpul bersama adik-beradik, walaupun sekejap. Hiruk-pikuk sekejap rumah Atuk Ajis. Dan sekali lagi, bahagia melihat riak bahagia di wajah-wajah kesayangan dengan kehadiran cucu-cucu. Melayan keletah dan kerenah cucu-cucu. Nikmat, dapat makan buah durian dan rambutan. Ok, memang sangat nikmat buat kami yang memang penggemar buah-buahn tempatan, dan kalian tahu, betapa mahal harganya di tempat kami.
Allahu Allah! terlalu banyak nikmatnya yang Allah beri, dengan sifat Rahman dan RahimNYA. Syukur Ya Allah! Syukur!
Syukur punya keluarga, syukur punya semuanya, walau ianya sementara, kami hargai setiapnya, in shaa Allah...
Sampai sini dulu ye kawan-kawan, ada masa kita jumpa lagi,
Illalliqa' dan salam sayang
~Cinta~Ukhwah~Hadiah~
0 comments:
Post a Comment