Assalamua'laikum dan salam sayang,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Alhamdulillah, hari ini, berkesempatan lagi untuk kami menulis di ruang ini, berkongsi pengalaman dan cerita. Harapnya kawan-kawan ambil yang baik-baik ye...
2,3 minggu sebelum cuti Hari Raya Korban, kami mengambil keputusan yang agak gila dan tergesa-gesa (mungkin!) emmm...apa ye perkataan yang sesuai. Keputusan yang diputuskan setelah berbincang hanya beberapa detik! Begitu...dan selalu juga kami begitu. Tiada apa-apa perancangan yang teliti, namun hasilnya, alhamdulillah kami berpuas hati. Alhamdulillah, atas pertolongan dan sifat ar-RahimNYA.
Sebenarnya sudah lama kami berkira-kira untuk menyempurnakan sifat rupa rumah kami. Kami buat sedikit demi sedikit. Iya, kami bukan orang berada. Petik jari, semuanya dapat! Barang-barang dibeli sedikit demi sedikit, dan banyak yang DIY untuk edisi jimat-cermat, dan untuk kepuasan sendiri.
Oh...melalut sudah... Y^^
Back to the point, nak cerita, kami akhirnya buat kata putus untuk jadikan ruang bawah tangga sebagai ruang untuk anak-anak bermain, dan rak tv akan dialihkan ke dinding yang lain. Pada mulanya hanya itu, kemudian datang ilham pula untuk mengecat ruang tersebut.
Kemudiannya, mahu letak itu dan ini, tapi masih dalam proses menabung untuk membeli itu dan ini, Ok, part yang ini tunggu dahulu (hahahaha, akan ada kesinambungan dari post yang ini)
Untuk perkongsian hari ini, kami mahu tunjukkan teknik mengecat menggunakan masking tape pita penutup (gigih kami menulis dengan Bahasa Melayu yang betul).
Dinding ini awalnya dipenuhi dengan poster untuk anak-anak kami, tiada dalam perancangan untuk mengecat dinding ini. Spontan mahu mengecat apabila melihat kesan-kesan lekatan pita selofan yang mencacatkan permukaan dinding. Ini yang dikatakan lain yang dirancang, lain yang jadi. Ok, hijau, itu warna kegemaran kami. Memang mudah untuk mendekorasi rumah apabila mempunyai kecenderungan yang sama.
Inilah hasilnya, Oh, ya, kami mengecatnya sendiri. DIY katanya...
Ini pula sudut di bawah tangga, awalnya sudut ini kami letakkan rak tv, dan bakul baju anak Y^^ Gigih ukur lebar dinding untuk mendapat pembahagian yang sekata. Panjang dinding kami tak ukur, lantaran kami mahukan ianya nampak berseni.
Taraa! Cantikkan hasilnya. Ada garisan yang senget, Kami abaikan dan anggap ianya adalah hasil seni. Hehehe...tak perlu terlalu skema, dan buatlah dengan hati yang tenang dan menerima seadanya. Jangan stres, nanti hasilnya tidak mengancam!
Ok lah, sampai sini dahulu, ada masa kami menulis lagi, in shaa Allah.
Illalliqa' dan salam sayang.
~Cinta~Ukhwah~Hadiah~