Powered by Blogger.
RSS

Kemahiran Motor Si Manja - Mewarna

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, Allah izinkan untuk menulis di sini hari ni.

Tajuk nampak macam best je ye tak, hari ni edisi tak tau nak buh tajuk apa.

Sebenarnya nak cerita dan berkongsi link-link yang boleh kita; sebagai ibu bapa ambil manfaatnya.

Sejak dua menjak ni, kami selalu mencari buku untuk saffiyya. Alhamdulillah, anak kecil itu sangat teruja dengan buku. Dia boleh ralit bila ada buku. Antara buku yang kami cari, buku mewarna, dan pastinya kami mahukan yang murah! Diulangi murah, edisi berjimat-cermat ye... Y^^

Akhirnya terfikir, boleh sahaja cari di internet, print dan buat copy banyak. Diulangi, buat copy banyak-banyak. Kenapa? Sebab kos fotostat lagi murah dari kos mencetak. Dan anak anda bukan tiba-tiba pandai mewarna, cantik semenggah tekniknya. Itu belum kes dia koyakkan buku tu. 

Ajar anak mewarna ni bagus sebenarnya, banyak menggerakkan motor. Ibu-ibu, ayah-ayah, tolong, jangan lekakan anak anda dengan telefon pintar anda. Bermain bersama, bercakap bersama itu lebih seronok!

Dalam pencarian tu, kami taipkan, "Free download printable colouring book for kids"

Banyak, kawan-kawan boleh pilih ikut tahap dan minat anak. Kami pada awal ini lebih mencari apa yang saffiyya minat, huruf, nombor, alif ba ta, dan akhlak yang baik. Kartun, masih lagi mencari doraemon, tu karakter yang dia suka, syukur, dia tidak gemar akan puteri fantasi (buat masa ini).

Ok, jom kita

http://www.coloring-book.info/coloring/ <<< untuk pelbagai karakter kartun

http://www.kidzfunonline.com/archives/1480 <<< untuk ABC

http://www.uniquecoloringpages.com/doraemon-coloring-pages-and-book.html <<< untuk karakter doraemon

http://www.iloveallaah.com/book/coloring_book_styleislam.pdf <<< untuk akhlak yang baik, buku ni dah dua kali jadi korban saffiyya. Tapi yang bagus, dia tau masjid, azan, siram pokok, sayang emak, tolong emak masak, sedekah, semua yang ada dalam buku tu.





Nanti kami akan tambahkan lagi ye, internet tidak sihat untuk kami copy link, in shaa Allah

Ok la samapai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu Untuk Berkongsi Tutorial

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Makin lama makin sepi rasanya blog ni. Permainan masa, terasa sukar untuk beri komitmen yang kental dan jitu dalam minit-minit sekarang.

Dua, tiga minggu yang lepas, kami sibuk dengan aktiviti dan rutin kerja. Namun, apabila semuanya telah selesai, lega, iya, sangat lega!

Di sini, kami kongsikan beberapa keping gambar. Maaflah tuan punya badan tak terselit pun dalam tu...

Training; Microscope

Goodie Bag: KOMiC 2015

Opening Gimic: KOMiC 2015

Red Team

Telematch


Rehearsal: KOMiC 2015

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.

Banyak pengalaman yang dikutip. Semoga ianya memberi manfaat.

Kawan-kawan, tolong doakan kami dapat berkongsi tutorial ye. Tidak kisahlah tutorial apa pun, asalkan ianya mampu menjadi saham akhirat kami.

Ok la samapai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Checklist: Standby Bag dalam Kereta (Persediaan untuk Bersalin)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,

Minta maaf, makin hari, blog ini makin kurang postnya.

Pejam celik, pejam celik, tahu-tahu tarikh due makin dekat.

Kehamilan kali kedua ini, terlalu banyak bezanya dengan yang pertama. Sejujurnya, tidak banyak barang-barang yang perlu dibeli. Guna sahaja yang mana sudah ada. Cuma ada penambahan sedikit di sana sini.

Pagi ini kami ingin kongsikan checklist persediaan untuk bersalin. Pertama kali warded adalah ketika melahirkan anak yang pertama. So, bear in mind ye kawan-kawan, memang akan kena warded. Cuma bilangan hari tu je kita tak tau berapa. Bergantung pada kesihatan emak dan anak.

Ketika usia kandungan dah mencecah 6 bulan dan ke atas, dan boleh dah untuk sediakan beg ni, dan letakkan je dalam kereta. Bawa je ke mana-mana, Lagi satu buku merah tu, letak dalam handbag, again, ke mana-mana, bawa je. Sebab kita tak tahu bagaimana proses kelahiran kita nanti. Bak kata orang tua-tua :sediakan payung sebelum hujan"

Ok lah, mula-mula kami kongsikan checklist ini dengan biras, kemudian dengan seorang rakan. Checklist ni dibuat berdasarkan pengalaman yang pertama dulu.

Barang Anak (Masa menyambut kelahiran)

-           Buh dalam 1 plastik, asingkan siap2. Bagi kat nurse bila nurse mintak masa kat dalam labour room. Letak nama mak siap2 kat plastic tu

ü Baju lengan panjang (1 pasang) 
ü Baju lengan pendek (1 pasang)
ü Mitten and booties (1 pasang)
ü Pampers (3 pc)
ü Barut (1 helai)
ü Bedung (1 helai)

Barang Emak ( Dalam labour Room)
-             Yang ni xpe buh sekali je dalam beg tu xyah asingkan plastik, sbb hy akan digunakan kalau perlu je) tp btau suami siap2 mn letak duduknya, xde la kombah 1 beg bila nak amik

ü  Hand towel – 1 (untuk pegang/ gigit ms sakit tu)
ü  Stokin (1 pasang) + sweater (in case x tahan sejuk dlm blk labour room tu.)

Barang Anak (Dalam Wad)
-             Better ada beg yang ada byk compartment, so x campur baju emak dgn baju anak. Kalau xde compartment, buh je kadboard tgh2 tu asalkan terasing. Utk sng nak amik je.

ü  Diapers (20 pcs) – xyah buh dlm beg pun xpe, bwk je 1 pek tu
ü  Baju lengan pendek + seluar (5 pasang)
ü  Baju lengan panjang + seluar (4 pasang)
ü  Mitten & booties (5 pasang) – Yati bwk yg xde lubang2 sbb kat wad sllunya sejuk, kat rmh bru guna yg ada lubang2 tu.
ü  Barut (4 helai)
ü  Bedung (3 helai) – yati guna kain batik/ pelikat j, kelim tepi sendiri buat besar 1 m x 1 m, lagi praktikal dpd kain flannel etc yg jual kat psrn tu
ü  Towel (1 helai)
ü  Toiletteries – mandian, baby oil, lotion, syampoo, nappy cream, myk telon
ü  Napkin/ Tuala kecik (3 helai) – utk lap2 mulut anak, i.e. air liur, lps nyusu
ü  Wet wipe (1-2 peket)
ü  Alas getah (1 pcs)
ü  Topi (1 pcs) – pakai ms nk keluar hospital, tp xde pun xpe, kalau kain bedung bsr, nurse mmg akan buat sekali penutup kpla anak

Barang Emak (Dalam Wad)

ü  T shirt (2 helai) – xyah byk2 sbb kat wad kna pakai baju wad tu. Ni pakai ms nk keluar je nnt.
ü  Skirt/ seluar (1 helai) – pakai utk kuar wad, tp kalau x kisah, pakai kain batik je, hahahaha, yati dulu pakai kain batik je, tp kali ni rs mcm nk melawa skit bila kuar wad
ü  Tudung (3helai) – bwk tudung yang dh siap jht, sng sarung je, xyah pk nk pin2 dh. Bila org dtg melawat, sarungkan je. p/s, jangan lupa anak tudung sekali ye
ü  Kain batik (3 helai) – in case kain kat wad tu bocor, n lmbt gnti. Kain batik bwk lebih xpe, byk sgt kegunaannya.
ü  Nursing bra (4-6 helai) – yati pakai sport bra je, memandangkan x selesa pakai nursing bra, n ssh nk cri saiz nursing bra. Bawak je yg mn2 kita selesa. Nurse suh bwk nursing bra ni sbb dia nk kt sng nyusukan ank
ü  Panties (10 helai)  – Ada org suggest bli yg disposable, buang je lps guna, kononnya nnt drh byk, bocor, xyah ssh2 nk basuh. Tp yt bwk je panties tu, praktikal je, xde la apa sshnya pun
ü  Pad ( 1 pack) – yt pakai overnight wing, sbb mcm geli nk pakai yg maternity pad tu, main guna tali2 je, xreti mak…hahahahaha
ü  Stokin (2 pasang) – total 3 psg sbnrnya, cmpur 1 yg kat ats td
ü  Towel ( 1 helai)
ü  Toiletteries (berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, etc.)
ü  Sikat + getah rambut + bedak
ü  Minyak panas (utk urut2 kaki)
ü  Selipar (2 pairs) – 1 utk pakai time mndi, 1 utk pakai dlm wad tu
ü  Telekung (in case kna thn wad dlu before masuk labour room)

Barang2 Utk Ayah
-          Ikut pengalaman, kna tggu sampai ke malam, sian dia x mandi x apa…

ü  T shirt (2 helai)
ü  Kain pelikat (1 helai)
ü  Tracksuit (1 helai)
ü  Underware (2 helai)

Barang2 lain (buh dalam bakul/ beg lain)

ü  Air masak
ü  Air zamzam
ü  Air selusuh
ü  Cawan + sudu
ü  Kurma + kismis
ü  3 in 1 (Oat, Nestum, Kopi, Vico etc) – utk emak dan utk ayah
ü  Biskut
ü  Termos - air panas nanti mintak je kat nurse
ü  Tisu
ü  Plastik baju kotor

Tapi untuk yang kali kedua ni, kami gunakan 2 beg, satu untuk anak, dan satu untuk emak. Jadi, yang dalam kategori barang-barang lain tu boleh sumbatkan je dalam mana-mana beg yang tak penuh. Masa pengalaman yang pertama dulu, beriya je kami bawak bakul, hahahaha. Skema ok.

Ok lah kawan-kawan, banyak sangat bahasa pasar ye post kali ni, minta maaf sangat-sangat.

Ok la sampai sini dulu ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS