Powered by Blogger.
RSS

Rasa Macam Syok Sendiri T_T

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,


Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,


Leyanita Craft Studio 1st Give Away sudah pun berlalu.


Dan dukacita nak bagitau, takde sorang pun yang join <sigh>


Seriusly rasa macam kami syok sendiri. Kami dah tempah hadiah dan dah list beberapa hand made craft kami untuk dijadikan hadiah (perasan yang ramai akan join)


Serik...ada jugak kot <angkat bahu>


Ni saja nak tunjuk grand prize yang kami tempah khas untuk give away ni. Poster jigsaw puzzle.


Frame dan gantung kat rumah sendiri je la kisahnya...




Hadiah yang lain malas nak tunjuk

Mode: Sedih, malas nak tulis lagi

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st Give Away: Terasa kehangatannya!

Assalamuailaikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Harinya semakin hampir...semakin hampir...

Doakan agar ianya terlaksana dengan sempurna, amin

Doakan agar kita sama-sama dapat manfaatnya, amin

Doakan agar ukhwah ini sentiasa mekar, amin

Amin Ya Rabb! Limpahi kami dengan kasih sayangMU

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah Ujian

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Minta maaf lama kami menyepi, bb kami warded last week

Alhamdulillah, sekarang kesihatan bb semakin baik, tolong doakan kesejahteraan bb kami ye

Alhamdulillah dah keluar wad. 

Terima kasih pada customer yang boleh bertolak ansur dengan kami. Dan sahabat-sahabat di sini yang sentiasa menunggu berita-berita dari kami.

Setiap apa yang kalian 'hadiahkan' buat kami sangat kami hargai.

Seronok berkenalan dengan kawan-kawan semua, meski kita tak kenal paras rupa

Ukwah itu indah

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st Give Away: Intro Announcement

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

In shaa Allah, dalam seminggu dua ni, kami akan anjurkan 1st Give Away. 

Nantikan kemunculannya nanti ye

Hari ni tak nak cakap banyak-banyak Y^^

Hadiahnya apa? R.A.H.S.I.A 

Berapa? Tengok pada sambutannya, in shaa Allah

Ok dah, jangan tanya lagi

Mode: Tutup Mulut

Ok sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi: Labu Goreng Cili Api (Mencipta Suatu Kelainan Untuk Deria Rasa)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan lagi untuk menulis dan berkongsi ilmu di sini ^-^

Tajuk tak menahan ye....hehehehehe... Sebenarnya pernah terniat di dalam hati untuk kongsikan seminggu satu resepi di sini, namun takut tidak kesampaian target tu, so kami target sekurang-kurangnya satu resepi sebulan. Kenapa pulak kongsi resepi...kata blog kraf...asyik cite benda lain je, mananya cite pasal kraf...

Ok, ok...minta maaf bagi yang menunggu cite-cite tentang kraf. Masih belum berkesempatan mahu menulis tentangnya. In shaa Allah, ada beberapa projek kraf yang akan menghiasi di sini. Doakan kami di beri kesempatan untuk menulis cite tentang kraf.

Hari ni kami nak share resepi labu. Bagi yang nak merasai kelainan memasak labu, dan nak rasa something different, boleh la cuba. Yela...selalunya kita jumpa labu masak lemak... labu tumis air.... Kalau bab resepi ni kami memang agak adventure, cuba itu ini. Kalau sedap, kami buat lagi, kalau tak sedap, tak ulang dah la, hehehehe...

Ok, jom kita!


Bahan-bahan yang kita perlukan; 
1/4 biji labu kuning (kupas, potong dan bersihkan)
2 ulas bawang merah (diracik halus)
3 ulas bawang putih (diracik halus)
5 biji cili api (kalau nak lagi pedas boleh tambah. diracik kasar)
1 helai daun kunyit (diracik sederhana halus, nak halus pun ok)
Sejemput ikan bilis
Sedikit minyak
Sedikit garam


1. Mula-mula kita panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan ikan bilis.
2. Bila ikan bilis dah garing, masukkan bawang dan cili api yang diracik tadi.
3. Tumis hingga bawang dan cili api garing.


4. Pastu, masukkan labu, gaul-gaul jap. 
5. Masukkan daun kunyit pulak.
6. Masukkan garam sikit (ikut tahap kemasinan masing-masing). Teruskan gaul bagi rata dan sebati.
7. Slowkan api, sebab kita nak bagi labu empuk, tapi taknak rencah tumis dengan daun kunyit hangus.
8. Gaul-gaulkan sehinggalah nampak labu dah empuk.
9. Ok, dah siap, tutup api.


Tarrraaaa...dah boleh hidang dan yummm...yumm...yummm...jom kita makan!

Ok, kawan-kawan boleh cuba. Rasanya tip top. Lagi pedas, lagi berapi telinga ^-^ Banyakkan ikan bilis pun sedap gak (thumbs up)

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang

p/s: Jangan lupa cuba ye
p/s lagi: Jangan buh air, kalau buh air nanti ikan bilis dan rencah tak krup krap, tak best
p/s lagi, dan lagi; Jangan tanya nilai kalori bagai...i tak tau u...i tau masak n makan jek...

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS