Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,
Minggu lepas ada post gambar kek, ada pulak yang bertanya.
Ha, meh nak promote sikit. Kek tu namanya kek karamel. Atasnya lapisan puding karamel lapisan bawah macam marble kek.
Ok, kek ni, pada kami macam lain la kan, sbb atasnya puding karamel, mungkin satu inovasi baru dalam dunia baking kek (tak pun kami yang tertinggal keretapi... hehehehe ^_- ) Selalu kita tengok kek lapis-lapis kastard/ agar-agar.
Sebab rasa kek tu istmewa, lain dari yang lain. Tu yang tempah untuk pengasuh anak tu. Nak bagi kat orang biar yang baik-baik kan...yang kita pun suka.
Bab rasa minta maaf sebab kami tak rasa pun kek tu, terus bagi kat tuannya. Mungkin 1 hari nanti kami pulak yang tempah untuk rasa sendiri, in shaa Allah.
Tapi tanya kat kakak aqma saffiyya, dia kabo, yg lapisan atas tu rasa telur sikit, kek tu sedap sangat...
|
Diambil dari blog Naufa Shoppe |
Menarik, tertarik takkk....kami yang tengok pun macam kecur liur.
Panjang pulak intronya ye...ok, ok, nak tempah ke? Boleh contact Naruana 019 949 3810/ 013 9814287 boleh jenguk blog dia kat SINI kalau kat fb klik kat SINI.
Ok, kami sebenarnya mula mengenali tuan punya Naufa Shoppe ni masa sebelum ramadhan lagi. Masa tu sedang terfikir-fikir, apa nak bagi kat sahabat handai, rakan taulan sempena nak sambut ramadhan. Nak beri barang kraf memang tak dan dah nak buat. Nak buat makan-makan pun, sejak ada baby ni bangun awal uruskan anak dan suami, tak dan dah macam dulu-dulu. So, mula la mengoogle (ada ek istilah ni) apa yang sesuai untuk diberikan, Yang penting under bujet.
Google punya google, sekali terjumpa apam ais krim
|
Diambil dari blog Naufa Shoppe |
Again,sebab kami rasa macam benda ni lain dari yang lain. So, dengan terujanya kami pun contact, pastu bincang-bincang, akhirnya setuju.
Ni ha yang kami tempah masa ramadhan yang lalu. Kami tempah apam polka dot, dan apam aiskirm. Kami rasa, apam polka dot dari Naufa Shoppe ni yang paling murah kat kuantan.
Overall, kami sangat puas hati sepanjang berurusan dengan Naufa Shoppe, (dah jadi kawan pun ^^Y)
Banyak lagi produknya, kawan-kawan boleh la klik-klik ye untuk tengok. Pilih la yang mana berkenan kat hati, kat mata dan perut pun ye jugak...hahahahaha ^o^
Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah
Ilalliqa' dan salam sayang
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
p/s: Again, saya duta tak berbayar...Again, benda yang baik, elok kita panjang-panjang kan ^-^