Powered by Blogger.
RSS

T-shirt Upcycle - Headband

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami sayangi kerana ALLAH,

Selepas beberapa siri cerita tentang ikan gapi/guppy, akuarium dan haiwan peliharaan. Kali ini kami mahu bercerita pula tentang kraf. Lama sungguh kami tidak berkongsi cerita tentang kraf. Tentu ada kawan-kawan yang rindu untuk membaca cerita tentang kraf.

Baiklah, seperti tajuk yang tertera. Kraf kita kali ini ialah headband, ataupun dalam bahasa melayunya cekak. 


Kami jahitkan asas cekak menggunkan tutorial DI SINI. Sahabat-sahabat boleh juga mencubanya. Di blog tersebut disertakan juga free pattern yang boleh dimuat turun dan di simpan. Kawan-kawan boleh print, dan potong kain mengikut pola tersebut.

Kami menggunakan kain strechable t-shirt yang dibeli di bundle dengan harga RM1 ^-^ murahkan...

Headband ini adalah atas permintaan seorang sahabat baik kami. Dibuatkan sepasang, yang bunga setompok besar tu untuk babynya yang comel >>>> rifa eryna. Yang bawah tu pula untuk umminya >>>> elyaerdiyana.

Untuk baby headband, kami ikut tutorial DI SINI. Lebih senang dan mudah dari membuat headband untuk umminya.

Untuk bunga putih, kami gunakan bahagian kaki seluar dari uniform lama. Untuk bunga kelabu, kami gunakan reja kain (bahagian tepi yang berbulu). Tengah-tengah bunga putih besar juga kami gunakan kain strechable blous yang dibeli di bundle, cuma RM3.

Menarikkan ilham upcycle ini. Banyak sebenarnya yang boleh dilakukan dengan t-shirt yang lama. Kawan-kawan yang ada t-shirt yang dah tak dipakai lagi, bolehlah mencuba. Tidak susah pun, kalau tiada mesin jahit, jahit tangan pun boleh, sebab hanya menggunakan jahit lurus je.

Jumpa lagi nanti, in shaa Allah ^-^ sayang semua...

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penghuni Comel Akuarium Kami

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Apa khabar kawan-kawan semua, sihat.... Alhamdulillah ^-^ bagaimana sambutan Aidil Adha yang baru berlalu? Seronokkan... ^-^

Baiklah mungkin ramai yang tertunggu-tunggu cerita kami tentang ikan peliharaan kami yang sangat comel >>>>ikan gapi/ guppy.

p/s: Oleh kerana percubaan untuk mengambil gambar gagal, maka kami ikhtiarkan untuk mencari gambar ikan di internet dengan rupa yang hampir serupa. Hehehehe

Sumber: Google
Yang putih ni kami gelarkan dia 'Putih Gomok'. Banyak cerita menarik tentang ikan seekor ni.

1. Ketika hanya dia seorang ikan dewasa di dalam akuarium, sisiknya hanya berwarna putih jernih. Namun apabila hadirnya ikan dewasa jantan (ok, sebelum tu, dia ni betina), kilas badannya makin cantik. Ada campuran warna biru-kuning. Malah ekornya juga mempunyai campuran warna kuning-merah.

2. Kami suspek dia bunting tidak lama selepas itu apabila melihat gravid spot makin membesar dan makin hitam (dan of course dia makin berisi!). Kami pun mencari-cari info waktu dia akan bersalin. Ok, menurut pembacaan lebih kurang sebulan. Maka, kami sudah mula bersedia untuk menanti kelahiran baby sulung dalam akuarium. Tetapi...jeng...jeng...jeng...baru 2 minggu, dan perutnya tidaklah buncit mana (macam tengok dalam gambar, perutnya mengening bulat). Tanpa disedari, dia telah selamat bersalin. Itupun Incik imamku yang perasan baby dia dalam akuarium, kalau ikut mata Yati yang rabun ni memang tak perasanlah. Kira-kira adalah dalam 9-11 ekor (maaflah masih xdapat kira kuantiti yang sebenar sebab aktif bebenor diaorang dalam akuarium tu). Yang selebihnya tu agaknya dah selamat jadi santapan (sedih, tapi redha)

3. Minggu lepas kami cuti seminggu. Apa lagi balik kampung la, sambut Raya Korban. Tinggallah mereka semua di rumah. Malam tadi, kami mengesyaki yang dia bunting lagi. Bukan main gomok lagi dia....Incik imamku cakap, "Bagus, sangat produktif" Jadinya, kami pun batalkanlah untuk beli induk lagi memandangkan dia sudah cukup untuk menambahkan bilangan ikan di dalam akuarium. Hehehehehe...

Sumber: Google
Ikan betina yang ke-2 yang kami pernah miliki. Dia ni anggun sikitlah daripada Si putih Gomok. Kalau nak dibandingkan, ekor dan warna badan dia lebih cantik. Malah, gerak renang dia pun lebih menggoda. Nama spesifik; tiada. Setakat panggil, "betina lagi sekor" Ahahahahaha. Cerita dia...tak banyak, sebab dia telah pergi meninggalkan kami seminggu sebelum kami balik cuti beraya. Sobs...sobs...sobs... tak sempat nak tengok dia bunting-bersalin. Pagi kejadian, Incik imamku tanya, "Mana lagi seekor?" Cari punya cari (ingatkan dia dok main kat celah-celah kayu) sekali rupanya dah tergolek kat dasar dah. 

Sumber: Google
Yang ini merupakan kesukaan Yati. Nama panggilan dia "Rainbow/ Rambo" Kalau dalam gambar ni ekor dia kemabang sangat. Kami punya, ekornya tak kembang sangat, dan lagi cantik corak pelanginya dari yang ni. Jantinanya masih menjadi tanda tanya. Hahahahaha. Sebab masa beli tu, dia kat dalam tank ikan-ikan betina. Masa pilih dia (sebab dia sekor je yang corak pelangi), sekali tauke kedai tu cakap, ni bukan betina, jantan ni, tersalah masuk tank. Yati panggil Rainbow awalnya, sebab masih merasakan dia betina. Incik imamku pula cakap, kalau dia jantan, kita panggil dia Rambo. Setakat ni, kalau ikutkan pemerhatian, rasanya dia ni jantan, suka kejar dan sondol-sondol Putih Gomok. Tapi, kadang-kadang, macam betina pun ada, sebab kami pernah mengesyaki dia bunting, sebab tiba-tiba nampak gravid spot. Feelnya yang mengasingkan diri dan garang tak tentu pasal, mood tak menentu, kadang-kadang ok, mesra, kawan sama-sama. Kadang-kadang tak ok. tengok dan lihat je la dulu dia ni.

Sumber: Google
Ini pula kebanggaan Incik imamku. Kami beli sepasang. Kami punya lagi hensem dari gambar ni. Memang terserlah kejantanannya. Hehehe. Kacak, gagah bergaya. Walaupun dia sepasang, masih boleh bezakan. Yang seekor tu siripnya tidak merah merambu-ramba, biasa sahaja. Yang lagi seekor, siripnya sama macam ekor, merah berambu-ramba. Sangat manja dan mesra. Tidak kiralah sesiapa pun yang menjenguk dekat akuarium, dia lah yang menyambut tetamu. Nama, belum ada lagi. Kalau ada sesiapa mahu mencadangkan, sangat dialu-alukan. Dia agak gatal juga. Ahahahaha. Kadang-kadang kita perhatikan yang lain, dia 2 ekor sibuk dok berenang-berenang dengan lenggok yang mengada-ngada depan kita. Manja sangat dia ni. Incik imamku suka layan dia.

Sumber: Google
Anak-anak kecil yang sangat survivor. Awalnya kami mempunyai 3 ekor anak ikan (yang seangkatan dengan Putih Gomok) Kemudian tambah lagi dengan anak-anak Putih Gomok. Anak-anaknya makin membesar dan sudah berani makan bersama-sama yang dewasa. Agak kerek dengan yang besar-besar. hehehehe. Kuat makan, dan sangat tangkas berenang. Seronok apabila tengok mereka ni makan. Tidak sabar untuk melihat meraka mencapai tahap dewasa, betinakah? jantankah? Lebih teruja hendak tengok, dia anak siapa sebenarnya. Ahahahaha. Genetik siapalah yang mereka warisi.

Sumber: Google
Yang ini kami ada sepasang. Incik imamku panggil Wall-E. Sebenarnya bukan sebab mewakili karakter kartun tu, tetapi untuk kawan Wall-E yang comel >>>> M-O yang tugasnya membersihkan. Samalah fungsinya dengan ikan kami ini. Melalui pembacaan barulah kami tahu dia ni albino corycatfish. Patutlah putih bersih je dia. Sangat rajin, dan sangat comel bila dia tidur. Hehehehe. 

Sumber: Google
Yang ini adik-beradik dengan Wall-E, kami panggil dia Wall-E Hitam. Kami punya hensem sikit dari yang kelihatan di gambar. Hehehehe. Kami beli sepasang, tapi kawan dia tak sempat sehari pun duduk dalam akuarium. Tidak serasi agaknya. Dia ini pun, masa kami tinggalkan masih lagi senyap, tidak mahu bergaul dengan yang lain-lain. Duduk diam je. Risau dan geram jugak lihat dia. Tetapi, setelah seminggu tinggalkan dia, agaknya dah melalui sessi orientasi dengan Wall-E, dia sudah mula menjalankan tugas, meski tidak secergas dan seaktif Wall-E. 

Baiklah, setakat itu dulu cerita kami. In shaa Allah, ada cerita menarik kami akan kongsikan dengan kawan-kawan.

p/s: Semalam, ketiga-tiga ekor Wall-E ni meroyan. Entah kenapa dok main dengan bayang sendiri kat tepi cermin akuarium. Hmmm...masih tertanya-tanya apakah sebabnya feelnya begitu.

~cinta~ukhwah~hadiah~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Membela Ikan Gapi/ Guppy dalam Akuarium Hiasan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kami akan kongsikan sedikit ilmu yang kami cedok di merata blog semasa kami blogwalking, dan berkongsi pengalaman kami sendiri.

Sebelum kami pergi jauh, di bawah ni kami senaraikan beberapa blog yang telah kami cedok ilmunya:


Ada beberapa lagi yang kami tidak jumpa dah linknya.

Mula-mula kita sentuh tentang AIR

1. Letak anti-klorin
Kesilapan yang biasa dilakukan:
- Titiskan dalam kuantiti yang banyak sebab rasa insecure.

Sepatutnya:
- Titiskan ikut arahan yang tertulis di botol

Tips: Sekiranya rumah kita sudah terpasang penapis air yang menampung seisi rumah (yang macam tong gas tinggi kat paip utama) tidak perlu lagi untuk letak anti-klorin. Kalau nak letak juga (disebabkan rasa insecure), letak sedikit je, tidak perlu ikut seperti yang tertera dibotol

2. Tukar air akuarium
Kesilapan yang biasa dilakukan:
- Tukar seminngu sekali, dan buang semua air lama, gantikan dengan air baru (kalau ikutkan sangat rajin dan efisien)

Sepatutnya:
- Air hanya perlu ditukar ikut tahap kotornya. Dan jangan buang semua air lama, tinggalkan 1/2 atau 1/3 air lama, bersihkan kotoran dan sisa, tuangkan air baru.

Tips: Kekerapan menukar air bergantung juga kepada saiz akuarium. Akuarium yang kecil lebih kerap perlu dibersihkan berbanding akuarium yang besar. Ianya juga bergantung kepada saiz komuniti ikan hiasan di dalam akuarium.

3. Masukkan Air Dalam Akuarium Baru
Kesilapan yang biasa dilakukan:
- Terus masukkan pokok hiasan, dan batu hiasan selepas tuangkan air dalam akuarium

Sepatutnya:
- Setelah set up akuarium, perlu tunggu 1-2 hari sebelum masukkan ikan

Tips: Kita perlu set up kan akuarium dulu, kira macam sediakan rumah dahulu barulah kita beli ikan hiasan di kedai. Jangan terburu-buru hendak semuanya terealisasi dalam masa sehari.

4. Masukkan Ikan Dalam Akuarium
Kesilapan yang biasa dilakukan:
- Beli ikan di kedai, balik rumah, terus je masukkan dalam akuarium

Sepatutnya:
- Biarkan ikan yang masih dalam plastik terapung dalam akuarium selama 15-20 minit supaya ikan biasa dengan suhu air akuarium. Kemudian buka plastik, masukkan pula air dari akuarium, biarkan dalam 5-10 minit. Lastly, barulah lepaskan ikan perlahan-laham ke dalam akuarium


Kemudian tentang IKAN

Oleh kerana kami dah spesifikkan ikan gapi/ guppy, jadi, kita teruslah ke beberapa norma ikan gapi/ guppy ni

1. Bagaimana nak tahu jantan dan betina?
- Yang jantan biasanya berekor kembang dan warnanya lebih cantik berbanding yang betina. Yang betina ekornya kecil dan warnanya tidak colourful macam jantan.

2. Mengawan, Persenyawaan, Bunting dan Melahirkan
- Ikan gapi/ guppy akan masuk usia matang dan ada sifat untuk mencari pasanagan sekitar 2-4 bulan. Kalau tengok ikan betina perutnya mengening bulat, bolehlah asingkan. Dan setelah lahir semua anak ikan, ibunya perlu diasingkan dari anak-anaknya kerana ikan dewasa ada tendency untuk makan anak-anak yang baru lahir ni.

3. Tahan Lasak dan Tidak Cerewet
- Ikan ini senang untuk dipelihara lantaran tahap survivor yang tinggi. Tidak seperti ikan hiasan yang lain yang manja dan cepat mati.

4. Sentiasa Minta Makan
- Rasanya memang feel ikan begitu. Dia akan minta makan sentiasa, kelihatan seperti kuat makan dan kelaparan. Hakikatnya, kita perlu memberi makan dalam skala/ jadual. Dicadangkan memberi makanan ikan 2-4 kali sehari, dalam kuantiti yang sedikit.

Lain-lain Perkara:

1. Pokok Hiasan/ Batu Hiasan
- Seeloknya letakkan pokok hiasan yang hidup dalam air berbanding beli pokok hiasan plastik. 
- Fungsinya selain menjadi tempat bermain untuk ikan, ianya juga menjadi tempat untuk ikan ehem, ehem (ikan ni nak privacy juga) dan jadi tempat melahirkan anak. Ianya juga menjadi tempat perlindungan bagi anak ikan yang baru lahir dari dimakan oleh ikan dewasa (in case accidentally tak sempat nak asingkan dia dah beranak)

Tips: Sebelum memasukkan batu hiasan, rendamkan semalaman dahulu. Jangan beli-beli terus masukkan dalam akuarium, boleh menganggu pH air.

2. Pam 
- Kami tidak pasang pam lagi. Telah membuat sedikit survey. Untuk ikan comel ini, gunakan pam yang kecil sebab saiznya yang kecil boleh lolos tersedut dalam pam.

Tips: Kalau saiz akuarium besar dan memerlukan pam yang besar, boleh letakkan sieve di depan pam bagi mengelakkan ikan tersedut sekali.

3. Ikan Pembersih
- Sedikit survey, sebenarnya kami memang tidak mahu letakkan ikan DBKL dalam akuarium, kerana saiznya yang besar akan menghilangkan sifat comel ikan gapi/ guppy. Lalu kami melakukan sedikit research, jumpa nama ni, Cory Catfish dan Dwarf Otocinclus Catfish.

Cerita kami:

Kami direzekikan untuk membeli batu hiasan, ikan gapi/ guppy dan ikan pembersih ni dalam masa yang sama. Awalnya kami pergi ke kedai akuarium untuk membeli batu hiasan. Kemudian terpesona dengan jenis-jenis ikan gapi/ guppy yang ada di kedai tersebut. Walaupun harganya ikan di kedai tersebut agak mahal, tetapi kerana kondisi akuarium dan penjagaan yang dilakukan oleh tuan kedai, ditambah dengan ikannya yang cantik-cantik, Subhanallah! Masyaallah! Kami teruskan sekali misi membeli ikan. Kemudian kami nampak ikan putih yang sangat khusyuk 'bekerja' terus tengok gambar, bandingkan. Tanyakan pada tokei kedai nama ikan, dia cakap selalu panggil catfish (ok, dalam kepala otak kami, catfish = ikan keli) Tokei tu cakap ikan tu rajin, tak ganggu ikan lain. Bila tanya, "dia makan algae ke?" Tokei kedai cakap, "Taklah, dia bersihkan je". Hehehehe. Terus beli sepasang. 

Begitulah serba sedikit perkongsian kami hari ini. In shaa Allah di lain kali kami kongsikan pula penghuni-penghuni akuarium kami itu ^-^ sangat comel dan sangat berkeletah

~Cinta~Ukhwah~Hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS