Powered by Blogger.
RSS

Ikan Guppy/ Gapi...Oh Ikan Guppy/ Gapi!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, kita bersua lagi, bagaimana hari kawan-kawan hari ini, besar harapan kami agar semuanya ceria bagai mentari yang megah bercahaya ^-^

Sejak kebelakangan ini, kami kerap menerima panggilan/ sms/ WhatsApp dari kawan-kawan yang tentang penjagaan ikan Guppy/ Gapi. Wahhh...ramai rupanya yang punya minat untuk membela ikan ni.

Untuk yang bertanya, minta maaf andai kami menjawab ada kurang di mana-mana. Kami bukanlah pakar, menjawab berdasarkan pengalaman sahaja. Kebanyakan yang bertanya adalah yang baru hendak cuba, dan kecewa apabila ada yang mati. Bertenang...bertenang ye kawan-kawan, sedih iya, kecewa, iya...tapi jangan lama-lama, semua itu pengalaman.

Hari ini kami mahu kongsikan kesilapan-kesilapan yang kita lakukan apabila baru pertama kali membela ikan guppy/ gapi ni...semoga ianya memberi manfaat dan rujukan buat kawan-kawan. 

p/s: Entrynya agak panjang

Kesilapan 1: Membeli Semua Aksesori, Bekas dan Ikan Serentak
- Cadangan kami, kawan-kawan beli bekas/ akuarium dulu. Kalau mahu beli aksesori, boleh, tapi jangan terlalu teruja sehingga akuarium jadi terlalu semak, dan ikan mengalami kejutan (pernah ke beli ikan kat kedai, dalam akuarium tu tauke kedai buh macam-macam aksesori? tidak kan...). Dah beli, bawa balik rumah, basuh dahulu bersih-bersih. Kemudian, buh air, buh aksesori yang dah beli tadi. Biarkan sekurang-kurangnya semalaman, paling bagus 24jam. Esoknya, baru beli ikan.

Kesilapan 2: Cantik Ikan-ikan Dia Kak!
- Cadangan kami, untuk permulaan, beli 1-2 pasang ikan dahulu. Jangan beli sampai 10 ekor! A big NO! Rasai pengalaman menjaga, merawat ikan. Apabila ikan telah serasi, stabil semuanya, barulah tambah. Tapi, perlu ingat SAIZ akuarium. Beri peluang untuk ikan bebas berenang kuak lentang gitu...

Kesilapan 3: Kurang Membaca
- Cadangan kami, gali ilmu dahulu kawan-kawan. begitulah yang kami lakukan dulu. Jangan malas-malas tau! Kalau ikutkan baca dari kulit ke kulit, gitu istilahnya. Banyak rujukan di internet yang boleh kita baca, ramai yang tak lokek berkongsi ilmu. Kaji dulu tabiat ikan, apa yang ikan suka, apa yang ikan tak suka. Kemudian lanjutkan dengan penjagaan di dalam ruang terhad (akuarium). Tahap survivor ikan. Kemudian lanjutkan lagi tentang pembiakan, dan lagi...dan lagi...jangan berhenti cari ilmu.

Kesilapan 4: Ikan Perlukan Oksigen kan kak?
- Cadangan kami, ye betul dik...dalam air pun memang dah ada oksigen yang terlarut. Sebab itu dalam akuarium jangan letak ikan banyak-banyak, sesak nafas ikan dik. Kalau saya nak bela banyak-banyak jugak, saya letak pam, boleh tak kak? Again, a big NO! Teorinya bukan begitu. Perasan tak, ikan berenang, seperti tertarik ke pam. Betulkan? Lama-lama ikan penat melawan arus. Dan ada juga yang tersedut masuk dalam pam. Ini kesilapan besar. Andai ada yang masih mahu menggunakan pam, pastikan kuasa pam (power) adalah sesuai dengan SAIZ akuarium (again, saiz akuarium adalah faktor yang penting juga), Kemudian, tutupkan bahagian blower, kita gunakan pam hanya utk circulate air je. Pam membantu apabila ikan dah banyak, dan memerlukan penjagaan akuarium yang optimum. Ikan kuat makan, so kuat juga membuang, so, air cepat kotor, mudah kan teori itu.

Kesilapan 5: Anti Klorin tu Apa?
- Cadangan kami, kami tak bergantung sangat dengan anti klorin ni. Di rumah kami memang guna air yang bertapis. Kalau gi kedai, memang tauke akan suggest beli. Ianya baik, untuk nyahkan klorin dari air, iya, air terawat senang cerita, air paip kat rumah kita tu basically memang ada added klorin. Itulah gunanya cecair ni. Tak salah pun hendak guna, tapi...haa...ada tapinya tu...guna ikut arahan kat botol ye kawan-kawan, ada arahan 1 tutup botol utk 8 gallons water, tau tak 8 gallons tu banyak mana...hah, gi google sekarang. Kalau tank biasa cukup la setitik dua. Anyway, depend on brand gak, again, sila ikut arahan. 

Kesilapan 6: Terlebih Beri Makan
- Cadangan kami, buat jadual sendiri, sehari 3-4 kali sudah memadai. Dan sekali beri bukan sampai suku botol makanan tu. Berpada-pada. Ikan memang kelihatan seperti meminta makan. Tahankan hati. Mainlah dengan mereka, ikan-ikan ni bila dah biasa, manjanya tergedik-gedik ^^Y 

Kesilapan 7: Terlalu Sempurna, dan Kecewa Lagi...
- Cadangan kami, mulalah dengan perkara yang asas dahulu...perlahan-lahan, timba ilmu dan pengalaman. "Saya measure suhu air, pH air pun saya dah pastikan betul. Pam pun saya dah buh, kenapa ikan saya mati juga"...Allahu Allah...melihat kesungguhannya dan rasa kecewanya, kami memahami. "Saya guna air bukit pun mati, air mineral pun mati" Keluhan lagi. Kawan-kawan, ikan ini tidak seperti ikan peliharaan yang lain, melalui pengalaman, tahap survivor tinggi. Tidak perlu penjagaan yang terlalu kompleks. Cubalah sedikit-sedikit, in shaa Allah...

Lain-lain soalan yang pernah ditanya kepada kami. 

S - Air nak letak paras mana? 
J - Setengah boleh, 3/4 pun boleh. Tiada masalah mana-mana, tapi kami prefer 3/4, ikan akan lebih luas skala ikan berenang.

S - Kalau nak tinggalkan ikan lama-lama, nak bagi makan apa?
J - Boleh rujuk SINI

S - Ikan ni melompat ke kak? 
J - Melalui pengalaman, ikan ini adakalanya melompat, namun tidaklah sampai melompat keluar akuarium, baru baca tadi, andai ia melompat keluar, itu bermaksud ikan stress dengan persekitran dan air

Ini sahajalah coretan kami, andai ada lagi persoalan, boleh drop comment ye

Boleh rujuk balik post kami di SINI, ataupun klik je kat tag Penghuni Comel. Bila lihat post-post yang lama, baru sedar, rupanya sudah lama kami berkecimpung dengan ikan ni, hehehehe. Tahun 2013. Pernah kami merajuk, tukar bela ikan besar, bela ikan kap, kaloi, lampam...tapi, hati masih mencintai, kami kembali semula dengan mereka. 

Sampai sini dahulu, ada masa kita berjumpa lagi, in shaa Allah.

Ilalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada Apa Dengan Sumayyah

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, hari ni, kita berkesempatan untuk berjumpa lagi. Setelah sekian lama menyepi.
Apa khabar kawan-kawan semua, doa kami agar kalian, dan kami diberi kesihatan yang baik, amin.

Kami sedang mengemaskini folder gambar, banyak sangat kenangan. Tiba-tiba rasa, eh, dah kongsi ke pasal Sumayyah dalam blog. Bila search, oh, belum lagi, Sumayyah dah nak masuk 10 bulan dah ^-^ Takpelah, orang cakap better late than never (ayat nak cover ni)

Andai Saffiyya dulunya ditanya "Saffiyya je, nama panjangnya apa?" Untuk adiknya Sumayyah, pertanyaannya berbeza, "Sumayyah, kenapa Sumayyah?" kerana ramai yang berkata, nama Sumayyah kedengarannya lebih 'keras' dan 'kuat' berbanding Saffiyya. Saffiyya lebih lembut, walhal Saffiyya yang sulung, yang kakak. Allahu...persoalan kenapa itu membuatkan kami mengimbau bagaimana tercetusnya nama Sumayyah...

Kalian tahukah syahidah pertama dalam Islam? Sumayyah binti Khayyat...kalian tahukan ceritanya, sebuah cerita yang masyhur, betapa beliau memelihara iman dan tauhidnya. Begitulah harapan kami pada anak kecil kami ini...Harapan dan doa.

Ada juga yang bertanya, "apa maksud nama Sumayyah?" Mari, kami kongsikan, Sumayyah ertinya yang berkedudukan tinggi, yang bersinar. kebangaan. Indahkan ertinya.

Berbalik pada persoalan, mengapa Sumayyah? Andai Saffiyya dulu ekslusif emaknya yang pilih nama, untuk Sumayyah pula, ekslusif dari ayahnya.

Anak kecil ini kuat semangatnya, jitu azamnya, cekal hatinya, in shaa Allah. Mari, kami kongsikan kisahnya. Kisah mengandungkan Sumayyah unik sekali, Kenapa ya...? Satu, kerana tika itu ayahnya sudah draf ke kapal, selalu duty dan belayar...(ye, saya isteri navy). Dua, tika itu Saffiyya baru berusia 10 bulan...Tiga...kisahnya...begini...bagaimana hendak mula, dari mana hendak mula...Allahu...

Tika itu, yati buat UPT di rumah, apabila merasakan lewat kedatangan haid. Positif...Allah je yang tahu tika itu, sejujurnya kami memang hendak anak ramai. Berkongsi gembira dengan suami di telefon. Pergi ke klinik untuk pengesahan. Ok, tika ini, saya kena bebel kerana tidak ikut nasihat doktor, maaf doktor, andai ada rezeki saya mahu anak ramai, tapi umur saya makin meningkat. Telinga, tahan saja, kerana hati sedang berbunga-bunga.

Selang 2, 3 hari kemudian, ada pendarahan. Akibat pernah gugur, rasa takut kehilangan itu ada, terus pergi check. Doktor scan dan beritahu, saya keguguran, kantung baby dah tiada, check lagi dan doktor confirmkan yang dh complete gugur, tak perlu cuci. Di depan doktor yati menangis. Pelukan doktor buat saya lebih syahdu.

Perasaan saya tika itu bagai disentap, dicarik-carik. Senyum saya rupanya tidak lama. Dalam tangisan yang melebat, saya belajar untuk redha. Saya pun berpantang, paling saya ingat, saya makan manjakani untuk pastikan semuanya keluar. 

Selepas dua minggu, pendarahan berhenti. Saya menjalani rutin harian seperti biasa. Tetapi mengalami sindrom morning sickness. Mahu sedapkan hati saya kata, mungkin sebab hormon belum stabil selepas keguguran.

Sebulan berlalu, hati makin rasa sesuatu, dua bulan berlalu...saya mula mengadu, mengapa masih belum datang haid sejak keguguran. Mengapa saya cepat penat, mengapa saya muntah-muntah, loya dan mabuk. Suami memujuk...mungkin sebab angin, mungkin sebab hormon. Suami tidak mahu saya berharap.

Hati, gerak rasanya berbeza...saya nekad lakukan UPT. Saya bersedia andai ianya negatif! Menggigil tangan memegang, apabila dua garis jelas kelihatan. Saya ke klinik untuk pengesahan. Betul, positif. Kata doktor cepatnya rezeki. Doktor cuba scan, tapi tidak kelihatan apa-apa, kata doktor, mungkin kerana kecil lagi.

Hati, bicaranya tak sama...saya pergi ke klinik lain, Bercerita dari A hingga Z, kata saya, saya nak tahu sudah berapa minggu, kerana saya tidak datang haid selepas keguguran, tidak tahu bagaimana pengiraan.

Apabila sudah bersedia, scanner diletakkan dan....Allah...Allah...Allah...air mata merembes laju, doktor turut sama rasa terharu. Anak kami sudah terbentuk kepala, sudah ada tangan dan kaki. Apa lagi yang keluar dari mulut, besarnya kuasa Allah. Anak yang disangka telah pergi mengahadap Ilahi, rupanya masih tenang mendiami rahim ini. Keluar dari klinik, saya menelefon suami, esak tangis kedengaran lagi. Dan suami tergamam kaku mendengar, di bibirnya hanya keluar perkataan Allahuakkbar...Allahuakbar...

Itu baru kisah mula, banyak lagi kisah selepasnya. Mengandungkan Sumayyah, perilakunya berbeza, manja itu ada, tapi tidak ketara. Hati kuat dengan bicara Allah kan ada. 

Mengandungkan Sumayyah buat saya rasa jangan putus asa dengan rahmat Allah.


Inilah dia, anak kami Sumayyah,

Tika mahu bersalin pun ada ceritanya, Allahu...anak ini memang kuat semangat juangnya.

In shaa Allah esok, dah nak masuk 10 bulan. Sudah banyak cerdiknya, sudah tahu emosi.

Alhamdulillah.

Yang kami beri cuma doa-doa, selebihnya Allah yang pelihara, in shaa Allah

Kami cuma kongsikan secebis kisah. Semoga Sumayyah memiliki akhlak yang mulia, tak gentar dalam menghidupkan agamaNYA, jitu tauhidnya pada Allah. Amin

Ok lah kawan-kawan, entry cerita kali ini agak panjang, agak beremosi.

Mudah-mudahan ada kebaikan untuk dimanfaatkan.

In shaa Allah kita jumpa lagi di lain kesempatan.

Illalliqa' dan salam sayang

~ cinta ~ ukhwah ~ hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kit Ramadhan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Kawan-kawan yang dikasihi keranaNYA,

Apa khabar kawan-kawan hari ni? Doa kami agar semuanya dalam keadaan sejahtera, amin. 

Lama tak bersiaran, minta maaf ye kawan-kawan, agak sibuk sikit dengan pelbagai aktiviti, in shaa Allah ada masa kami share kongsikan di sini.

Tiada sesiapa pun rakan yang dikasihi keranaNYA pm kami, kami try cuba pm, tak boleh, tidak tahu kenapa...

Hari ni kami nak kongsikan Kit Ramadhan. Kami jadi ejen untuk Kuantan, in shaa Allah.

Tik...tok...tik...tok..dah nak Ramadhan dah, bulan yang dirindui, yang dinanti-nanti. Mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk ketemu kembali. Amin.

Bagaimana dengan persiapan kawan-kawan, ingat tau Ramadhan bukan sekadar puasa...

Dengan itu, kami tampilkan Kit Ramadhan, apa tu kit Ramadhan?



Belanja gambar sikit...

Meh baca lagi...

Dalam Kit Ramadhan ni ada 3 benda

Jurnal Ramadhan (Saiz A4, 68 m/s)
Memuatkn pelbagai aktiviti, dan soalan yg dpt membina daya fikir yg lbh kreatif dan komprehensif
 Sarat dgn ilmu sesuai utk rasa ingin tahu ank2 soleh/ solehah
Poster Ibadah (Saiz A3)
 Rumusan aktiviti sehari yg telah dilakukn oleh ank2 soleh/Solehah.
 Memupuk daya saing yg sht di kalangan ank2 soleh/solehah
Stiker Ganjaran
 Stiker yg b'warna-warni
 Ank2 soleh/solehah pasti t'uja utk lekatkn stiker di poster ibadah

Bahan pendidikn ini direka khas buat anak-anak mengenali dan menghayati bulan mulia ini

Kit ini dapat membantu parents dalam melatih anak-anak menjalani ibadah solat, puasa, membaca al-Quran, dan sedekah, in shaa Allah.

Kit ini juga boleh dijadikan medium mengajar buat cikgu2 tadika dan sekolah rendah.



* Boleh COD area kuantan
* Kami juga boleh pos untuk yang di luar Kuantan atau pada yang ingin buat surprise untuk anak-anak/ anak buah/ adik sepupu dll

Harga 1 set RM 20

+ FREE special gift dari kami
+ FREE postage bagi pembelian 10 set dan ke atas
+ ADD RM 1 ONLY untuk wrapping services + wishing note dari kami untuk dijadikan hadiah.

Ada yang berminat tak? Kalau ada boleh pm/ WhatsApp kami: 013-6698906 (Hayati)

Jom, kawan-kawan, jadikan Ramadhan ini sesuatu yang bermanfaat untuk Qurraotua'in kita, in shaa Allah.

Sampai sini dulu ye kawan-kawan, in shaa Allah ada masa kita bertemu lagi ^-^

Salam sayang, illalliqa'

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NOTIS: Buat Kawan-kawan yang dikasihi keranaNYA. sila hubungi kami

Assalamua'laikum,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Sebelum kami terlupa, kami mahu membuat hebahan:

Kepada kawan-kawan di sini :



Kami berharap agar kawan-kawan yang sudi follow kami, menghubungi kami. Emel/ WhatsApp kepada kami secepat yang mungkin ye, kami ada hadiah istimewa untuk kalian. Untuk silent reader juga...jangan segan-segan ye...kami sangat menghargai kalian. 

Jumpa lagi kawan-kawan, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang

~ Inspire Your Creativity ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom, Kenal Al-Quran!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Apa khabar kawan-kawan hari ini, kami harap semua dikurniakan kesihatan yang baik. Cuaca panas masih belum reda. Jaga diri ye kawan-kawan.

Kami? Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja. Cuaca panas ini, saya teringat satu statement daripada Ustaz Badli Shah ketika beliau pernah hadir memberikan ceramah. Ayat beliau begini, "kita ni macam taugeh, bila kena panas, lembik" Geli hati, namun menusuk ke kalbu. Allahu...

Apa perkongsian hari ini ye kawan-kawan?

In shaa Allah, hari ini kami panjangkan perkongsian yang kami dapat melalui FB. Banyak fakta menarik yang kita tidak belum tahu. Dan mebuka kotak minda kita.

Jom, kita semak!

 
 

 
 

 

 





















Menarikkan kawan-kawan...Allahu...terima kasih pada yang berkongsi ilmu. Kami hanya panjangkan sahaja. 

Nampaknya sampai sini dahulu ye kawan-kawan, ada masa kita akan bertemu kembali, in shaa Allah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kawan-kawan. Kenali al-Quran, sayang al-Quran.

Illalliqa' dan salam sayang

~ Inspire Your Creativity ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS