Powered by Blogger.
RSS

Ikan Guppy; Kenapa Ikan Saya Mati? - Orang Berbudi, Kita Berbahasa

Assalamua'laikum, dan salam sayang,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Bagaimana cuaca di tempat kawan-kawan. Di tempat kami, mungkin tengkujuh sudah menjengah. Boleh dikatakan setiap malam hujan...membawa sampai ke pagi. Alhamdulillah, syukur, cuaca sejuk. Rezeki baik Allah yang beri.

Sejak kebelakangan ini ramai yang wassap Kak Yati berkenaan ikan guppy/ gapi. Sebenarnya kami tidak lagi aktif menulis tentang perkembangan ikan guppy/gapi. Namun, kami cuba untuk kongsikan pengalaman kami sepanjang kami berkecimpung dengan pemeliharaan ikan guppy/ gapi.

Namun, kami harap kawan-kawan faham akan situasi Kak Yati. Di tempat kerja, Kak Yati ada tugas yang perlu dilakukan, dan di rumah, masa untuk bersama keluarga. 

Pertanyaan lazim yang ditanya, sebenarnya boleh kata semua. "KENAPA IKAN SAYA MATI?" Minta maaf, andai adik-adik, kawan-kawan yang baru hendak membela ikan, bagi Kak Yati itu perkara biasa, sementara kalian hendak belajar bagaimana mahu menguruskan ikan guppy/ gapi kalian. Sebab itu, kalian lihat Kak Yati akan membalasnya dengan nada santai. Bukankah pengalaman itu mendewasakan?

Kemudian, tolong jangan letakkan high expectation pada Kak Yati. Kak Yati hanya kongsikan pengalaaman yang seciput je. Ada yang bertanya tentang kenapa ada kulat pada badan ikan, kenapa saya letak ini ikan saya mati juga, saya dah letak semua, mati juga. Minta maaf, tak semua yang Kak Yati tahu. Namun, apabila kawan-kawan bertanya, Kak Yati google juga, untuk berikan jawapan.

Point ke-3 yang Kak Yati nak highlight sangat-sangat. Tolong rajinkan diri untuk BACA. Ada yang tanya Kak Yati berapa banyak nak letak anti klorin. Kak Yati katakan, bergantung pada jenama, boleh baca arahan kat botol. Kemudian snap gambar bagi pada Kak Yati, dan tanya lagi, kalau begini, berapa banyak nak letak. Allah...tapi tika itu, Kak Yati layankan sahaja. Ada juga yang bertanya perkara yang Kak Yati tidak tahu, kemudian apabila Kak Yati mintak google untuk cari ilmu, dikatanya Kak Yati kedekut ilmu. Sekali lagi, Kak Yati sabarkan aje...Untuk akhirkan point yang ini, Kak Yati berharap sangat kawan-kawan baca dulu post Kak Yati yang sebelum ini (boleh klik di penghuni comel) sebelum wassap Kak Yati tanya soalan. Penat Kak Yati taip panjang-panjang tips semua tu.

Dan yang terakhir, tolong jaga bahasa. Kita ni orang Malaysia, kaya dengan budi bahasa. Tolong perkenalkan diri kawan-kawan ketika berwassap, agar senang Kak Yati berkomunikasi. Kadang-kadang wassap kalian hanya sempat Kak Yati baca, kemudian ada masa baru Kak Yati balas. Tolong jaga adab. Ada yang macam-macam apabila Kak Yati lewat membalas, dengan beri alasan sudah ada tanda dua tick biru, tanda Kak Yati sudah baca. Betul, Kak Yati sudah baca, tapi masa tak mengizinkan untuk Kak Yati balas ketika itu. 



Minta maaf, hari ini Kak Yati membebel. Manusia ini macam-macam ragamnya. Minta maaf Kak Yati tak dapat nak jaga hati semua. Apa yang Kak Yati boleh kata, Kak Yati akan bantu semampu mungkin untuk kawan-kawan menjayakan cita-cita untuk membela ikan guppy/ gapi. Jadikan setiap masa itu untuk meraih pengalaman, jangan stress bila ikan mati. Sebaliknya fikir kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan kematian. Kemudian, kita ubah cara, jaga baik-baik.

Oh, lupa, nak membebel juga. Ada yang kata dapat nombor telefon Kak Yati dari blog, namun apabila Kak Yati minta baca dulu perkongsian Kak Yati di blog, minta link blog dari Kak Yati...krik...krik...krik...bukan tadi kata dapat dari blog? Konfius sekejap kepala otak Kak Yati ni. 

Ok lah, nak azan Zuhur dah ni. 

Jumpa lagi di lain masa, in shaa Allah
Bebel-bebel sayang

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Telekung Puteri - Abadikan Cinta Anda Buat Yang Tersayang

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI SESUATU UNTUK DIBERIKAN UNTUK/KEPADA:-

🌹Hadiah birthday ibu atau ibu mertua anda?
🌹 Hadiah anniversary kepada isteri tersayang?
🌹 Hari Guru?
🌹 Birthday sahabat baik anda?
🌹 Hadiah perkahwinan sahabat anda?
🌹 Cenderahati?

Jika anda sedang mencari telekung yg mempunyai jahitan yg kemas, material kain telekung yang selesa, warna menarik, harga berpatutan dan mudah untuk dibawa pergi travel, Telekung Puteri boleh memenuhi kriteria diatas.

Menggunakan material daripda kain jersey yang sejuk dan selesa.

Telekung Puteri mempunyai 4 pilihan warna yg boleh anda pilih!

πŸ’– Putih border Pink
πŸ’– Putih border Grey
πŸ’– Pink border Putih
πŸ’– Pink border Grey



Whatsapp untuk pembelian:
☎ 0136698906 (Hayati)

Berapa RM Kak? Kena PM ke?
Ishhh...takyah susah2 nk PM dik, harga kasih sayang Kak Yati bagi, in shaa Allah mampu milik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Telekung Safiya - Selesa, Sejuk, Murah

========================
TELEKUNG SAFIYA (KANAK-KANAK) ========================



Anda ada masalah dgn telekung anak?
❌ Terlalu longgar & tidak padan dengan usia anak?
❌ Material kain yg panas dan anak tidak selesa bila memakainya?
❌ Susah nak jumpa telekung yg materialnya berkualiti, melekap kemas di muka dan jahitan kemas?
❌ Saiz muka besar?
❌ Terpaksa pakai pin di leher kerana longgar?
❌ Bila solat rambut anak terjurai keluar?

Telekung Safiya boleh membantu anda untuk mengatasi masalah di atas..

Telekung Safiya ini pilihan tepat utk anak anda. Sangat kemas di bahagian muka, tidak perlu memakai anak tudung dan selesa utk anak bawa solat.









Untuk tempahan sekarang:
☎ Whatsapp 0136698906 (Hayati)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Lahir Puteri ke-2; Sumayyah (29092016)

Selamat Hari Lahir Puteri Ke-2
Hadirmu menambah ceritera bahagia
Buat Emak, Ayah, dan kakak saffiyya
Lahirmu satu anugerah
Satu cereka tentang kebesaran ALLAH
Meski Emak lupa;
Bagaimana air mata bahagia
Lembut menyaluti setiap relung jiwa
Tika tahu engkau diam di situ
Dalam ruang gelap pekat rahimku

Setahun, setahun
Bagaikan cuma angin yang menyapa
Terasa deras, derap langkah masa
Satu per satu menjadi memori cinta

Emak ayah tak mampu berikan harta
Emak ayah punya doa

Syukur ya Allah
Pinjamanmu ini, amanahmu ini
Berikan aku berbagai cerita magis

Selamat Hari Lahir Sumayyah
Semoga sentiasa dalam peliharaan ALLAH


p/s: Sedikit lewat kami paparkan di blog ini. Terasa cepat masa berlalu, anak kecil ini telah memasuki umur setahun!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS