SELAMAT HARI LAHIR KAKAK SAFFIYYA 12022016
Salam Jumaat; Awal Mula Setelah Sekian Lama
Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Lama kita tidak berkongsi cerita
lama jua kita tidak bersapa mesra
di sini; di ruang maya
Harapnya masih ada yang setia
harapnya masih ada yang tidak lupa
untuk terus berkongsi rasa
Alhamdulillah, diberi masa untuk kita bersua lagi
In shaa Allah, semoga ini bukan yang terakhir kali
Moga-moga permulaan ini mengubat rindu di hati
Ingin berkongsi cerita gembira
Lahirnya seorang cahayamata
Seorang puteri; Sumayyah namanya
Membawa berjuta rasa bahagia
Hari ini juga
dua tahun yang lalu
lahirnya kakak Saffiyya
Allahu...betapa derasnya masa berlalu
Awal mula, doakan yang baik-baik untuk kita semua
Awal mula, agar semua mengejar redhaNYA
Awal mula, semoga mendapat apa yang dicita
Awal mula, teruskan usaha tanpa putus asa
Terima kasih pada yang masih berkunjung di sini
Terima kasih pada yang menyokong kami
Terima kasih pada yang tidak jemu menanti
Minta maaf atas segala kekurangan
In shaa Allah akan ada penambahbaikan
Nafas baru; jiwa baru
Teguh, nekad yang jitu
Sampai di sini dulu, in shaa Allah ada masa kita berjumpa lagi
Salam sayang, illalliqa'
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~