Powered by Blogger.
RSS

Selamat Hari Raya; Family Bonding

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Selamat Hari Raya!

Maaf Zahir dan Batin!

Perutusan raya (chewahhh...) pada kali ini, kami ingin kongsikan tentang ikatan kekeluargaan.

Bagi kami istilah keluarga itu luas, kadang-kadang melangkaui batas ikatan darah. Betulkan? Angkat tangan bagi yang setuju ^-^

Sesuatu yang sangat istimewa, anugerah dari ALLAH.

Kali ini kami pilih perihal ikatan kekeluargaan, tahun lepas, kami masih ingat lagi, kami bincangkan tentang adab-adab anak-anak ketika berhari raya dari rumah ke rumah.

Tahun ini, kami mulakan perjalanan balik ke Nyalas, alhamdulillah, berpeluang memenuhi ruang-ruang terakhir Ramadhan bersama keluarga, meski hanya beberapa malam dan hari. tetap bersyukur. Banyak yang dikongsi dan dipelajari. Puas makan durian tau ^-^ dan kakak saffiyya belajar banyak benda baru. Durian tu tajam, rambutan tu geli-geli, kelapa tu berat (tapi, kakak saffiyya mampu angkat sebiji kelapa muda, dan ada hati nak angkat dua biji sekali, macam dia pegang belon!) nyamuk tu gatal, hahahaha. Bunga tu cantik, limau kasturi tu pahit tapi wangi, rumput tu best untuk diajak lawan tarik sampai jatuh terduduk, hahaha...macam-macam lagilah. Tu belum lagi dia bermain dengan atuk nenek, mak pak sedara, sepupu...

Pengalaman kakak saffiyya mungkin lebih, banyak yang dia teroka, banyaklah yang dia belajar. Dannnnn...dia cepat sangat tiru apa yang orang buat. tak kira lah elok ke tak elok ke. Budak-budak memang macam span, serap je, takde tapis mana yang baik mana yang buruk.

Kemudian, kami berpeluang tidur semalam di rumah nenek timah kakak saffiyya. Menziarah atuk ghani yang kurang sihat. Melihat kegembiraan orang tua adalah benda yang tak ternilai. Meski sekejap sangat-sangat, syukur jua. Kakak saffiyya teruja dengan burung atuk ghani. Suka main dengan atuk, suka sekodeng nenek buat apa, hehehe. Suka kacau nenek kat dapur, nangis mandi air sejuk, burrr... main alas meja nenek, main bakul nenek...tu belum periuk, senduk nenek lagi tu. 



Destinasi terakhir, balik Sungai Besi. Ada atuk, nenek, pak lang, mak zakiah. Ada wonder pet jugak. Ok, kakak saffiyya dah pandai main dengan 'anak-anak bulu' ni. Takde dah main tarik bulu. Dah pandai usap. Cuma kelemahan kakak saffiyya, dia ada asma, tapi sangat obses dengan kucing dan binatang yang seangkatan dengannya. Jadi, bagi mengawal keadaan, kami akan basuh tangan dia lepas main dan memang pantau supaya dia tak pegang muka/ hidung/ mulut masa main tu.

Banyak benda yang dia usik kat rumah atuk ni. Selipar nenek, telur...akhirnya pecah sebiji telur selepas beberapa kali percubaan amik dan baling telur. Tangan dia sangat pantas. Periuk nasi, hahahaha, benda ni memang daripada dia kecik dia suka, tiap kali balik rumah atuk, benda ni tetap jadi pujaan hati. Belum lagi kes jerit-jerit ajak keluar berjalan, dengan tengok kereta/ lrt. Mandi pun jerit jugak, sebab air rumah atuk sejuk.

Atuk masak gulai tempoyak pucuk ubi, yummeh! Sampai 2-3 hari ulang makan (selagi tak habis, hahahahaha)

Hari raya, kakak saffiyya belajar banyak benda jugak, dan petang raya jugak, urgently gi cari pampers saiz L, selepas tengok celah peha dah luka pakai saiz M, peha gebu ok, walaupun orangnya kecik je.

Kami pulang ke Kuantan pada hari raya kedua. 

Melihat banyak benda yang kakak saffiyya pelajari, banyak hajat kami yang tercapai, apa lagi yang mampu kami buat dan sebut, melainkan syukur dan alhamdulillah.

Sungguh ikatan kekeluargaan ini sangat istimewa, sungguh kami pelik bagaimana orang boleh menghadap gadget dan tidak boleh melepaskan dari tangan, daripada duduk dan habiskan masa bersama orang-orang yang kita claim sebagai KELUARGA. 

Entahkan sampai bila ALLAH pinjamkan mereka semua kat kita. Kita memang camtu kan, bila dah takde, barulah nak imbas memori la apa la. Masa dok ada depan mata, macam-macam alasan yang ada. <menginsafi kelemahan diri>

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS