Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Agak lama juga kami menyepi di ruang ini, terlebih dahulu kami mahu memohon maaf. Banyak keterbatasan yang ada, alhamdulillah, di penghujung Ramadhan ini kami berkesempatan untuk menulis dan berkongsi cerita dengan kawan-kawan.
Rata-rata ramai yang telah bercuti, tentu seronokkan berada di kampung dan sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Meriah!
Kami kali ini hanya beraya di sini sahaja lantaran Incik imamku yang perlu bertugas. Tapi misi balik kampung akan tetap dilakukan walaupun agak lewat sedikit berbanding orang lain.
Hari ini, kami masih bekerja, persiapan raya, hanya akan dimulakan petang ini. In shaa Allah.
Pagi ini, kami ingin berkongsi tentang perkara-perkara sunat dilakukan ketika menyambut aidilfitri. Tadi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, kami sempat mendengar slot Motivasi Pagi di radio ikim.fm. Ustaz yang menyampaikannya ialah Ustaz Syed Norhisham al-Idrus (dulu kami mengenalinya dengan nama Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang).
Gambar Ihsan Google |
Beberapa perkara sunnah yang kelihatannya kecil dan mudah, tetapi ianya sunnah. Jom, kita semak >>>
1. Mandi sunat di pagi hari raya, tambahannya, Ustaz menyatakan andai pagi itu perlu mandi wajib juga, makanya, niatkanlah sekali, tidak perlulah mandi sampai dua kali. Hehehehe ^-^
2. Pakai baju baru, andai tiada baju baru, cukup dengan baju yang paling disayangi.
3. Bagi lelaki, sunat memakai wangi-wangian, bagi perempuan, Rasulullah saw melarangnya, cukuplah memakai wangi-wangian sekadar untuk hilangkan bau badan.
4. Jamah makanan sebelum pergi solat sunat hari raya
5. Pergi solat sunat hari raya
6. Sunnahnya pergi ikut jalan lain, balik ikut jalan lain.
Emmm...lagi apa ye...Oh, hampir terlupa. Ini adalah ilmu baru buat kami. Alhamdulillah ^-^
6. Ucapkanlah "Taqaballahu minna waminkum" ketika berjumpa. Ucapan ini dilakukan oleh para sahabat ketika mereka berjumpa. Tambahan, lepas itu, nak ucap selamat hari raya ke, maaf zahir batin ke, ikut sukalah...
Ini adalah isi-isi yang sempat kami ambil tadi. Andai ada yang terkurang, kami mohon maaf.
Sebelum kami mengundurkan diri, kami ingin memohon maaf atas segala kesilapan, kami ucapkan juga "taqaballahu minna waminkum" buat semua, salam lebaran.
Gambar Ihsan Google |
p/s: Jangan lupa nanti kita raikan syawal dengan puasa sunat 6 hari ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~